Tag Archives: Abdullah

Sheih dakwa PM terima RM200 juta dari isteri TPM

Though ISA is among the toughest challenge to the human civilization in Malaysia, it never can stop it’s citizen to voice out their “findings”.  TRUE or NOT TRUE will be decided by the rakyat.  One thing for sure – The truth is out there.

Sungguhpun ISA termasuk diantara cabaran terhebat buat peradaban manusia di Malaysia, namun, ianya masih tidak mampu menahan rakyat dari terus menyuarakan “penemuan-penemuan” mereka.  BENAR atau TIDAK sesuatu isu itu akan ditentukan oleh rakyat. Apa yang pasti KEBENARAN itu ada di luar sana…

Shahrul Peshawar – Georgetown

Abdul Aziz Mustafa
Thu | Oct 02, 08 | 9:20:01 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) – Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda. 

“Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.
“Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda,” dakwa beliau dalam blognya, kickdefella. wordpress. com
Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.
“Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.
“Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya, ” dakwa blogger itu.
Blogger itu juga mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka.
“Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.
“Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya.
“Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib,” dakwa Sheih lagi.
Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda.
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.
Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).
Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?”
Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”
Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”
Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.
Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.
Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris.
Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu.

Advertisements

Leave a comment

Filed under 1, Inilah dunia

UMNO LEADERSHIP TRANSITION

Supreme Council meets today on power transfer

KUALA LUMPUR:
The Umno supreme council meets in emergency session today to again thrash out the leadership transition plan, including the possibility of postponing the December party elections.

Supreme council members were notified by party headquarters around noon yesterday as speculation grew that changes could be made to the scheduled transfer of power between Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Razak.

There is no fixed agenda but members contacted said the council was expected to discuss the transition and find a resolution to the doubts hanging over the plan.

Najib, the deputy Umno president, yesterday gave a hint of what was to come when he disclosed that the meeting would be held today.

On Tuesday, he had cancelled his attendance at the United Nations General Assembly in New York just hours before he was due to depart.
“Political questions will be answered tomorrow,” he said yesterday without wanting to be drawn further into the nature of the meeting.

In recent days, Umno appeared to be torn between two views of the transition plan first outlined by Abdullah in July.

One view is for the party to stick to the plan while the other sees Abdullah leaving office sooner than the June 2010 deadline initially agreed on.

Datuk Seri Nazri Aziz, a council member, said yesterday the meeting would most likely try to find a middle way between the two views.

“I believe the meeting will come to some kind of compromise. I believe, to accommodate both views, we will most likely cancel the coming December party elections.”

Postponement is possible as the party has until next June to conduct the elections.

The party elections were supposed to have been held last year but the supreme council decided to put them off in order to focus on the general election.

Nazri said postponing the December elections would not be a problem as it would allow matters to cool off for a few months before office-bearers were chosen.

He said a postponement was the most realistic option.

However, councillor Dr Abdul Latiff Ahmad is not happy with any arrangement that allows elections to be postponed.

He said the decision should be left to the party grassroots.

“We should leave it to them. Moreover, everyone has been preparing for December.”

Wanita chief Tan Sri Rafidah Aziz said the wing had long decided that any transition plan for the president’s post should be left to Abdullah and Najib.

“Wanita Umno will support any decision made by them on the plan.

“All we ask is that the decision take into account the role to be played by Umno, the future of the party and the country, and the image of the leaders.”

Tan Sri Annuar Musa said it was not right to speculate about today’s meeting.

“The supreme council will deliberate. It will be a final solution not just for the transition plan but what is best for our recovery,” Annuar said.

Other members who spoke anonymously said the party also needed to hold the meeting quickly as council members would be busy with Hari Raya Aidilfitri celebrations next week .

“Umno members will be going to the open house hosted by menteris besar and party leaders. They will want answers.

“This is our last chance to sort this out before the festivities and division meetings begin on Oct 9,” said a supreme councillor.

Another member said the meeting would not just resolve the transition plan but could also determine if the division meetings would be carried forward.

SHAHRUL PESHAWAR – UMNO is getting nearer to the end and definately it is not a happy ending.

Leave a comment

Filed under Anwar Ibrahim, Inilah dunia

Malang tidak berbau… jadi apa yang berbau?

Mungkin penipuan
Mungkin konspirasi
Mungkin pembohongan
Mungkin kepura-puraan
Mungkin dendam
Mungkin Hasad dengki
Mungkin Kesumat
Mungkin haloba
Mungkin ketaksuban
Mungkin kegelojohan
Mungkin tamak
Mungkin zalim
Mungkin ganas
Mungkin draconian
Mungkin petualangan
Mungkin kebaculan
Mungkin Gagal – boleh jadi
Mungkin Nak lepas diri sendiri
Mungkin Pengkhianatan…
Mungkin yang bermacam-macam…
Tapi malang memang tidak berbau..
Atau ada sapa-sapa yang kentut?
Tapi takkan kentut depan PM kot?

Shahrul Peshawar
malang tidak berbau tapi ada tanda… tutup hidung pun tanda gak..

Leave a comment

Filed under 16 September, Anwar Ibrahim

ISA: Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan

Beh Lih Yi | Sep 14, 08 3:30pm

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai ‘tidak adil’. Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera. Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam. “Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan. “Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah. Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau. “Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini. Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama. Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa. “Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan…komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu,” katanya.     Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara. “Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.      “Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya.      Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.     Mengenai pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Zaid berkata beliau kesal dengan tindakan bahagian yang membatalkan mesyuarat peringkat cawangan yang mencalonkan dirinya. “Tapi ianya sudah menjadi syarat jadi saya perlu patuh kepada keputusan bahagian. Saya tidak akan merayu. Sehingga kini saya sudah mendapat 20 pencalonan,” katanya.     Jawatan ketua Umno bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd  Fatmi Salleh dengan Zaid yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.

Leave a comment

Filed under 16 September, Bencana Manusia