Tag Archives: ANWAR

Hentikan Kezaliman, Tegakkan Keadilan: Penyelesai Isu Perpaduan Melayu dan Islam.

Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Lantaran, UMNO sedang menggunakan politik michevelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah ‘liwat’, membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan ‘psywar’ yang dilancar ini menjadi.

Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik UMNO itu sendiri. UMNO ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Segala khazanah negara sedang di ‘faraid’ sesama sendiri dengan pelbagai cara. Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival UMNO. Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama. Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, UMNO melagang isu perpaduan Melayu.

Hakikatnya, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan. Paling jelas, gabungan PAS dan UMNO di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN. Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam UMNO. Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah ‘liwat’ seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik UMNO.

Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada UMNO atau BN. Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Dato Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan? Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam UMNO hingga menyebabkan UMNO di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya UMNO Baru dan Parti Semangat 46? Meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam UMNO, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan. Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam UMNO seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari UMNO beberapa kemudiannya.

Bagaimana mungkin UMNO mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri? UMNO kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. UMNO umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan UMNO tidak berapa lama lagi. Percayalah!

Perjuangan para pemimpin UMNO bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.

Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…..” (Ali-Imran: 103)

Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong UMNO dan para kuncunya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika UMNO benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini. Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, UMNO telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. Perkembangan inilah yang amat menggerunkan UMNO sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan.

24 Julai 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat
Advertisements

1 Comment

Filed under Bencana Manusia

KUALA TERENGGANU P036 ELECTION – Is not winning but pride…

I’m not a political analyst or borrowing my ex-boss favourite word – political scientist, but I’m just an ordinary man who are looking into things and events as it is.

 

UMNO has no other choice but to win this by-election.  If not it will be a bye-bye election for them.  The election will become benchmark for umno as they had suffered a lot since March 8, General Election and  Permatang Pauh by-election.  UMNO can predict their future whether it is bright or a bit blur. 

Najib definitely will work hard to make sure to umno fan that he can deliver, that’s all, nothing much.  While Pak Lah, who was planning to step down might not involved full force in the campaign, this time Pak Lah definitely will come as election tourist, visiting some of the Bilik Gerakan and handing over something to the rakyat.

UMNO is struggling to convince its own supporter that they are still intact and in good shape despite all problems, conflicts and controversies between various fractions within the party due to power shift.  Wanita UMNO problem is a big headache though through lips both Rafidah and Shahrizat agree to cooperate… hihihi it sounds like a fox promise not to eat chicken.  Voters will also confuse because so many UMNO leaders especially those who will contest in the next UMNO AGM will take this opportunity to capture as many as possible coverage than the candidate himself.  It is worst than last Aidil Adha – where some UMNO leaders were shown in TV performing hajj, joint the takbir program etc. 

 

UMNO is under pressure as PAS has still keep mum on who will be their candidate in the election.  UMNO need to know who he/she is as they need to have enough time to tarnish and blackmail that guy reputation. Desperate of winning – UMNO using their official media (TV3 and RTM including Bernama and NST group) start hitting the bush – and they got something – hudud issue, open dance, new car for pakatan states, Kelantan GLC matters and others.  Not enough, Najib start much earlier announcing tonnes of promises on ringgit and sen to the rakyat of Terengganu as if the money all belong to him.  Price of petrol suddenly drop as if they had been concerned on the rakyat plights all this while.

 

PAS on the other hand couldn’t take this by-election lightly, though the mood is there and furthermore the wave after P44 – Permatang Pauh was secured for Anwar Ibrahim – the setback and non-confidence especially on the Federal Government take over, Malay and Islamic issues including performance of some of the Pakatan Rakyat states and some of the YBs performance and attitude might have some effect too.  The smear campaign combined with various UMNO trademark during election – such as – pengundi hantu, pengundi pos, duit kopi, turap jalan, beras, kain pelekat should be penetrate and curb as much as possible.

 

During 8th March General Election, PAS candidate Mat Sabu was defeated by a slim majority that is only 600 plus.  He was challenged by UMNO and a one-woman show – Makcik.  Bear in mind – on 8th March the wind of change is so strong and warm but now it is almost reaching antartica – slow and cold. The candidates from PAS must be someone who can deliver – being a local or not local is not a too big issue.  The one who represent PAS in this election shall be seen representing the new breed of “new politics of Malaysia”.

 

There are also some difficulties in Haji Hadi part to select the right candidate for this election as everybody has the qualities needed and experience deemed for this position. Anyhow let the PAS President take his time until new year eve to make the announcement.

 

UMNO will definitely play the sentiment of Chinese voters in Kuala Terengganu as their number is quite big and may jeopardize their effort to retain P036 seat.  Beside ISA, the best next is divide-and-rule policy legacy of the British intruders that BN still needed to ensure their survival.

 

Let the voters decide whether UMNO still needed or PAS should be given chance.

 

Shahrul Peshawar

Alor Setar

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Raja Petra Kamaruddin kena tahan ISA

Raja Petra Kamaruddin kena tahan ISA

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb, Ifwan Tun Tuah dan Rudy Syareme Sheriffudin
bhnews@bharian.com.my


DARI kiri, Raja Petra Kamaruddin, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng

Penahanan mereka kerana bangkitkan isu perkauman

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif dan perkauman, kerajaan semalam melancarkan gerakan dengan menahan tiga individu.

Mereka yang ditahan ialah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi lewat malam tadi mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.

Raja Petra, 58, ditahan sepasukan 10 anggota polis Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Md Yusof Che Me di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 1.10 petang.

Tan, 33, ditahan di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 malam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, manakala Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditahan di sini jam 11.20 malam tadi.

KOMEN SAYA senang sahaja… Inilah Malaysia – yang mencetuskan huru hara terlepas – yang cuba untuk menyelesaikan jadi mangsa – Sayfool bising – Anwar kena – Najib buat hal – RPK kena – Ahmad Jelutong buat hal – reporter kena – Dasar politik minda kelas dunia ketiga.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Muhyiddin tak takut risiko…

Muhyiddin tak takut risiko…

http://www.malaysiakini.com/news/89561

 

Sep 12, 08 5:07pm

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan beliau sedia berdepan dengan apa jua risiko ekoran kenyataannya mempersoalkan proses pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2010 yang dianggapnya terlalu lama.
    
Katanya, pandangan beliau agar pelan peralihan kuasa itu disegerakan adalah satu pandangan ikhlas berdasarkan kepada maklumat balas daripada banyak pihak yang telah menyatakan kebimbangan mereka tentang tempoh peralihan yang agak panjang itu.
    
umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 04Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata pandangan itu juga tidak berniat untuk menyinggung perasaan perdana menteri, sebaliknya beliau merasakan ia adalah satu tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang disuarakan oleh banyak pihak, demikian menurut laporan Bernama.
    
“Sebab itu saya tidak takut untuk menyuarakan walaupun orang kata saya mungkin menanggung risiko. Itu risiko tidak apa, yang penting saya kata apa yang harus kita lakukan.
    
“Saya telah berjumpa dengan banyak pihak, banyak badan setiap hari berhubung dengan saya, bertanya apa yang harus dibuat. Orang bertanya dengan saya apa akan jadi kepada negara kita. Mereka berasa bimbang, rasa takut,” katanya kepada pemberita di persidangan perniagaan China Guandong-Malaysia di ibunegara hari ini.

Semalam Abdullah melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu kerana ia dibuat oleh seorang anggota kabinet beliau sedangkan pelan itu dipersetujui oleh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.
    
Muhyiddin berkata sebagai pemimpin Umno dan pemimpin dalam kerajaan, adakalanya mereka perlu berterus-terang walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan.

Satu tanggungjawab
    
“Saya tidak kata saya tidak hormat keputusan Majlis Tertinggi. Saya juga tahu ada ramai pihak yang agak bimbang dan saya agak takut kalau hal sebegitu tidak saya suarakan kerana saya tidak melihat seorang manusia pun di Malaysia yang sanggup untuk menyuarakan sesuatu yang ramai merasakan sebegitu.
    
“Ini satu perkara yang bagi saya, adalah tidak baik. Apakah itu satu kesalahan? Saya serah kepada merekalah,” katanya.
    
Muhyiddin berkata banyak usaha telah kerajaan lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat tetapi usaha itu kelihatan seolah-olah tidak diterima malahan situasi tidak bertambah baik.
    
“Ini satu kenyataan yang saya sebutkan, bukan satu pembohongan. Saya nyatakan apa yang betul. Itu terserah kepada pemimpin untuk terima atau tidak. Saya sudah jalankan tanggungjawab,” katanya.

Muhyiddin berkata tindakannya membuat kenyataan itu ialah kerana  beliau  bukan seorang hipokrit.
    
“Sepanjang kerjaya politik saya, saya tidak pernah menjadi hipokrit. Saya cakap apa yang benar, dan yang benar itu kadangkala pedih. Tetapi hakikat itu tetap hakikat,” katanya sambil menjelaskan bahawa beliau menyerahkan kepada perdana menteri dan MT untuk menimbang sama ada kenyataan itu tersasar ataupun tidak,”  katanya.
    
Yang penting, menurut beliau, ialah tanggapan rakyat mengenai perkara (peralihan kuasa) itu, sama ada mereka selesa ataupun tidak.

Perlu beri perhatian

    
“Saya rasa ramai yang tidak selesa, dan saya hanya menyuarakan apa yang dirasai oleh kebanyakan rakyat, kebanyakan ahli parti dan kebanyakan anggota Barisan Nasional.
    
“Saya bukannya bercakap sesuatu yang bodoh atau pembohongan, ini adalah hakikat. Kita kena terima hakikat, dan jika kita tidak mahu terimanya, terpulang kepada masing-masing,” katanya.
    
Ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Perdana Menteri, Muhyiddin berkata: “Saya bila-bila masa tidak menjadi masalah. Dan saya dengar beliau mungkin nak jumpa saya. Perhubungan saya tidak menjadi masalah dengan beliau.”

Mengenai tarikh yang sesuai untuk peralihan kuasa itu berlaku sekiranya dicepatkan, beliau berkata ia terserah kepada budi bicara presiden parti sendiri.
    
Sambil merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan bahawa tarikh peralihan kuasa bukanlah keputusan yang harus dibuat oleh MT sahaja, Muhyiddin berkata ia penting bagi semua pihak iaitu pemimpin, MT, ahli dan juga rakyat.
    
“Kalau rakyat tidak bersedia menerima pelan itu, mereka melihat tidak ada apa-apa makna, jadi itu satu yang amat saya fikirkan, kita perlu berikan perhatian,” katanya.
    
Semasa ditanya sama ada perakuan Najib positif atau tidak, Muhyiddin berkata: “Itu satu pandangan beliau yang saya fikir harus juga diambil kira kerana sebenarnya, pemimpin tidak dipilih oleh pemimpin. Pemimpin ditentukan oleh ahli dan di peringkat negara, kita dipilih oleh rakyat.
    
“Pelan (peralihan kuasa) yang kita buat ini bukan hanya untuk kepentingan parti tapi penerimaan oleh rakyat. Saya bimbang kalau pelan itu kita terima tapi rakyat tidak terima dan menolak kita dan kita kalah, jadi ini satu beban besar. Bahaya bagi parti,” katanya.

1 Comment

Filed under 16 September

RICE TEACH RAIS on Human Rights

(Reuters) – U.S. Secretary of State Condoleezza Rice said on Thursday Washington would continue to speak out in legal cases such as that of Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, despite accusations of meddling.

Rice told a press briefing early in the morning, that the United States had long spoken out in cases deemed to be political in nature and would continue to do so.

“We are always going to speak up on human rights cases, political cases, but again we do so in a spirit of respect for Malaysia,” Rice said.

Rice later met Malaysian Foreign Minister Rais Yatim on the sidelines of an Asia-Pacific security forum in Singapore.

“I pointed out just three things…to abstain from making statements with respect to the supposition that the events related to the case of Datuk Seri Anwar Ibrahim was so-called politically motivated, which I emphatically said was not the case,” Rais told reporters.

“We should not have further or other statements from her officials with respect to Malaysia’s rule of law set up,” he said.

Anwar, a former deputy premier, faces an allegation that he engaged in a homosexual act with a former aide that could derail his political plans.

He has not been charged with sodomy — a crime punishable by up to 20 years imprisonment in Malaysia — but the claim mirrors events in 1998, when his political ambitions were halted by a jail term for sodomy and corruption.

On Wednesday, Malaysian Home (Interior) Minister Syed Hamid Albar met foreign diplomats in Kuala Lumpur and warned them against meddling in Malaysia’s affairs.

But Rice said she did not see U.S. comments on the case as meddling.

“The United States doesn’t recognize this very firm barrier, that there are certain things that are simply internal affairs when a case of this kind comes up. But we are going to continue to work with Malaysia.”

She reiterated the U.S. view that transparency and rule of law must be followed in Anwar’s case.

“Part of the comfort level or the confidence that states need to bring to the international system is that their judicial systems are indeed responsive to rule of law, transparent and fair.”

“Even-handed application of the rule of law is very important,” she added.

New York-based Human Rights Watch has said the allegation against Anwar “lacked credibility” while Anwar says he is the victim of a high-level conspiracy to thwart the opposition.

Anwar is leading a loose alliance of three opposition parties to try to seize power from the government by mid-September.

His attempt to oust the government comes at a time when the ruling National Front coalition, in power since independence from Britain in 1957, suffered its worst electoral setback in a March general election.

The political uncertainty has roiled financial markets and unnerved investors.

Rais shouldn’t be seen so desperado in getting foreign countries to understand ANWAR issue from Malaysian government point-of-view.  After all – other countries is not as “Hadhari” as Malaysia…

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Anwar Ibrahim

muzakarah dengan umno

I

PAS rancang nak buat muzakarah senyap-senyap je, taknak rakyat kecoh dan pengikut panik.  Yelah – tawaran muzakarah pun bukan sebarang tawaran – Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pusat, Ketua Menteri, Senator, dan bermacam-macam lagi.. nak tunggu sampai bila lagi?  Tapi yang HEBOHkan cerita pasal muzakarah nie ialah Pak Lah, nak publisiti untuk selamatkan karier – kenapa segelintir pemimpin PAS masih boleh terjelir lidah dan terbuntang mata untuk muzakarah dengan umno – tak paham betul.. macam tak pernah kena tipu sebelum nie..

II

Muzakarah tu kenapa sekarang? ketika PAS sedang selesa memimpin tiga buah negeri dan memenangi kerusi di beberapa buah negeri kebal umno suatu masa dahulu.  Kenapa tak nak buat muzakarah semasa umno tawan Terengganu dulu, ataupun sebelum pilihanraya umum? Muzakarah dengan BN nie boleh juga jadi Mufarakah dengan PR kesudahannya…

III

Segelintir pemimpin PAS mahu memilih jalan singkat ke putrajaya, jalan yang tidak bertol nampaknya.  Dulu hardcore PAS selalu kata Anwar masuk dalam tong tahi dan gagal nak bersihkan tong tahi tu dari dalam, tapi sekarang nampaknya segelintir pemimpin PAS pun dah mula nak main dengan tahi pulak hahahaahahahaha…

IV

Apa yang PAS akan dapat dalam muzakarah nie dan apa pula yang umno idam-idamkan?  Akan dapat ye! Belum tentu dapat lagi… apakah ianya akan menguntungkan PAS dan Islam atau HANYA menguntungkan segelintir pemimpin PAS yang bekerja terlebih kuat untuk muzakarah nie.

V

Kenapa muzakarah nie tak diceritakan dalam HARAKAH?  Ini jelas menunjukkan bahawa ada elemen “agenda tersembunyi” antara umno dan segelintir pemimpin PAS yang sedang sarat memikirkan “percent” dan “persint” yang bakal dinikmati.  Nanti, kalau muzakarah nie dah settle – mungkinkah ISLAM Hadhari di BOLEHKAN dan adakah Undang-undang Hudud dapat dilaksanakan ATAU TUNGGU MUZAKARAH LAIN?

Jangan sampai orang kata beza PAS dengan UMNO hanya satu saja – PAS mula muktamar baca DOA, UMNO mula Persidangan nyanyi lagu, yang lain saling tak tumpah.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under 1, Di Minda Saya

DNA: Anwar bersedia jika 5 syarat dipenuhi, PM saran jalani ujian

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam siasatan polis kerana tuduhan meliwat bekas pembantunya, meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

“Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

“Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng, Melaka malam tadi.

Kata Anwar, jika empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya corrobotive evidence (bukti yang memberi pengesahan).

“Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil .. ingat,” kata beliau bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lepas seolah-olah beliau “Osama Laden” .

“Saya telah “diiringi” oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya,” kata beliau yang dipetik Bernama.

Kata Anwar, semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

Anwar enggan membenarkan sampel darahnya diambil ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam Rabu lalu, dengan membantah bahawa beliau bimbang ia akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu seperti dalam kes liwatnya 10 tahun lepas.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis menimbang mendapatkan perintah mahkamah bagi Anwar memberi sampel darahnya untuk ujian DNA.

Kira-kira enam jam sebelum itu, Anwar pada sidang media di rumahnya di sini juga telah meletakkan syarat bagi menjalani DNA iaitu pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel daripada pihak pengadu, Mohd. Saiful dijalankan secara profesional.

Beliau semua pemeriksaan perubatan dan sampel yang diambil dari Mohd Saiful, disahkan secara bebas sebelum beliau mempertimbangkan untuk menjalani sebarang analisis DNA, kata beliau menerusi peguamnya R. Sivarasa.

“Terlebih dahulu semua pemeriksaan perubatan dan pengambilan sampel berkaitan pengadu (Mohd Saiful) perlu ditentusahkan secara bebas dan dilakukan secara profesional tanpa sebarang campur tangan polis.

“Hanya selepas itu sahaja, Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan mempertimbangkan untuk menyertai sebarang analisis DNA,” katanya.

Di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Anwar perlu memberikan sampel DNA yang boleh dibuat secara telus bagi membantu siasatan dakwaan kes liwat yang didakwa melibatkannya.

 Perdana Menteri berkata, Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.

“Kalau dia betul-betul kata tak terlibat ke apa. Bagi sampel,” kata Abdullah, sambil menambah kata seolah-olah dirinya berada di tempat Anwar sekarang dengan berkata: “Buat sekarang. Saya nak tengok.”

Abdullah berkata: “Dia (Anwar) kata dia tak buat apa-apa. Tengoklah. Tentu hasilnya tidak membuktikan sesuatu yang dia tidak lakukan. Itu caranya… apa susah sangat?”

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan pihak berkuasa mengambil sampel itu sekali lagi setelah sampel berkenaan diambil 10 tahun lalu semasa kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Mengenai perhatian kerajaan Amerika Syarikat dan Jepun kononnya kes itu bermotifkan politik, Abdullah berkata ia tidak betul.

“Tak ada. Tidak ada sebarang konspirasi atau pun apa-apa tindakan yang nak menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada. Toksah dok percayalah,” katanya.

Abdullah berkata kerajaan sememangnya mahu kes itu diselesaikan dengan segera.

Mengenai permintaan Anwar supaya Perdana Menteri memberi jaminan siasatan polis akan dijalankan secara profesional, Abdullah memberikan jaminan itu.

“Dia (Anwar) akan dilindungi oleh undang-undang yang ada. Kita mesti patuh dengan undang-undang. Pihak berkuasa juga patuh dengan undang-undang.

“Kita ada undang-undang. Undang-undanglah yang akan menjadi pedoman untuk kita nak bertindak atau ambil apa-apa langkah dan tindakan,” kata Abdullah.

Leave a comment

Filed under Anwar Ibrahim