Tag Archives: Banjir

Khas untuk semua Sukarelawan dan bakal Sukarelawan

Melalui blog nie, saya terima banyak permohonan untuk menjadi sukarelawan.  Ada yang saya dah hubungi, ada yang belum.  Ada yang berada dekat dan ada yang berada jauh.  Ada yang free dan ada yang tak free.

Apapun, saya akan hubungi anda semua dan terima kasih kerana sudi menawarkan diri.  Ramai yang berhasrat untuk pergi ke luar negara… tapi untuk makluman semua… saya bermula dari dalam negara dulu, dengan program anak yatim, orang tua, orang asli dan orang kurang upaya.  Kita menapak satu persatu, kita mendaki perlahan-lahan, kita seberang jambatan bila sudah sampai ditebing sungai… korang faham ke apa aku cakap nie?

Apapun, terima kasih.  ANDA AMAT SAYA HARGAI… layan youtube nie, aku tak faham lirik dia…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

Laporan pertama Misi Banjir Selatan MRA

gambar satu:- lori tangki terkandas diatas jambatan di Sg. Merlimau

gambar dua:- sebuah kedai tenggelam di sebuah kuari di jalan Gemas-Segamat

gambar tiga:- penduduk dan orang ramai menunggu air surut untuk bergerak

gambar empat:- mesyuarat koordinasi awal MRA di Bilik Gerakan MRA Seri Medan

Malam tadi (2hb Februari 2011) kami bergerak ke Gemas, Negeri Sembilan dan telah mengadakan pertemuan dengan En. Ali Affendi Zainal, Penghulu Mukim Gemas bagi mendapatkan situasi terkini di Gemas pada masa ini. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Segamat, Johor menggunakan trak tentera yang menuju ke pekan Segamat.

Sepanjang perjalanan tersebut kami dapati perhubungan darat masih lagi belum pulih kerana beberapa laluan penting masih lagi terputus hubungan terutamanya kepada kenderaan ringan, malahan lori juga kami dapati terkandas dalam banjir ini.

Di Bilik Gerakan MKN Daerah Segamat, kami kemudiannya telah diberikan taklimat oleh Pegawai Majlis Keselamatan Daerah Segamat. Kami turut diberikan layanan mesra walaupun mereka agak kepenatan dan telah bertugas tanpa rehat, syabas diucapkan kepada seluruh tenaga petugas MKN.

Setakat kami berada disana, jumlah mangsa banjir dipusat pemindahan didaerah Segamat adalah berjumlah lebih daripada 21,000 orang dengan 84 pusat pemindahan telah dibuka. Kawasan yang masih teruk ditenggelami air ialah di Buluh Kasap.

Air dikatakan sedang bergerak ke daerah Batu Pahat dan Muar, menyebabkan air semakin naik disana. Setakat ini sebanyak 34 pusat pemindahan telah dibuka di Batu Pahat dengan jumlah penghuni melebihi 5000 orang. Petugas MKN mengatakan bahawa mereka telah berjaya memaklumkan sistem “Amaran Awal” kepada penduduk dikawasan-kawasan yang terbabit bagi mempersiapkan mereka dengan kedatangan banjir. Hasilnya, banyak harta benda terutama kenderaan yang telah dapat dialihkan sebelum air naik.

Bantuan seperti air mineral, susu tepung, bahan makanan dan peralatan kebersihan diri sedang dipersiapkan untuk diedarkan kepada mereka yang ditimpa musibah pada malam ini juga dibeberapa pusat penempatan yang telah dikenalpasti. MRA turut memberikan bantuan dapur bagi menggerakkan “dapur medan” atau lebih dikenali sebagai common kitchen di sebuah pusat penempatan di Seri Medan.

Pasukan Perubatan MRA juga akan memberikan perkhidmatan percuma di Seri Medan keesokan harinya. Sumbangan dan sokongan orang ramai amatlah diperlukan kerana banjir yang melanda kali ini dikatakan lebih teruk daripada yang pernah melanda tahun 2006 dahulu.

Bagi melancarkan aktiviti dan gerakerja bantuan di lapangan, MRA telahpun
mendirikan sebuah bilik gerakan berserta kemudahan gudang bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

KHAIRIL ANNUAR KHALID
Pengarah, Bantuan Kecemasan MRA

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, sukarelawan

Sambutan mangsa banjir naikkan semangat petugas MRA



ALOR SETAR 14 Nov. – Sambutan mesra dan penghargaan mangsa banjir menjadi penyuntik semangat kepada sukarelawan serta petugas Malaysian Relief Agency (MRA) untuk terus menggembleng tenaga bagi membantu memulihkan kehidupan penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu.

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, mereka bertambah bersemangat dan gembira menjalankan kerja-kerja sukarela berkenaan apabila mangsa yang dibantu memberi layanan yang cukup mesra.
“Mangsa yang dibantu juga menyatakan dengan ikhlas penghargaan mereka terhadap sukarelawan dan petugas-petugas MRA.

“Sambutan seumpama inilah yang membuatkan sukarelawan yang telah pulang ingin datang semula secepat mungkin untuk terus membantu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Kumpulan Utusan dan MRA melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air dengan harapan dapat menarik perhatian rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Khairil Annuar, hari ini mereka menyambung kerja-kerja pembersihan termasuk membantu membuang timbunan sampah iaitu pelbagai peralatan rumah yang rosak akibat banjir di kawasan perumahan Taman UDA dekat sini.

Selain di Taman Uda, katanya, sukarelawan dan petugas MRA turut digerakkan ke Dehrang di Pokok Sena dan Megat Dewa, Jerlun bagi pengagihan makanan dan membuka klinik kesihatan bergerak oleh pasukan perubatan yang dipecahkan kepada dua kumpulan. “Semua kerja-kerja sukarela ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 6.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, malam tadi MRA menerima 1,000 kotak mi segera yang disumbangkan oleh Nestle Products Malaysia dan 300 kampit beras sumbangan sebuah syarikat swasta untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Katanya, sumbangan-sumbangan seperti mi segera itu itu amat dialu-alukan kerana ia boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir memandangkan mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk memasak masakan dengan sempurna.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen, Kenyataan Media, sukarelawan

MRA, 120 sukarelawan bersih Taman UDA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1114&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

ALOR SETAR 13 Nov. – Seramai 120 sukarelawan yang terdiri daripada penuntut Management and Science University (MSU), Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) serta Universiti Kuala Lumpur (UniKL) hari ini berganding bahu membersihkan kawasan perumahan Taman UDA dekat sini yang ditenggelami banjir baru-baru ini.

Pasukan itu diselia Malaysian Relief Agency (MRA).

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, selain membersihkan rumah, mereka turut membantu membuang timbunan sampah iaitu pelbagai peralatan rumah yang rosak akibat banjir.

Beliau berkata, kerja-kerja itu bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 6.30 petang.

“Selain itu, kita juga mengadakan khidmat klinik bergerak dengan empat orang doktor dan enam kakitangan yang bertugas memeriksa keadaan kesihatan penduduk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Kumpulan Utusan dan MRA melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan- MRA untuk membantu mangsa banjir di utara tanah air dengan harapan dapat menarik perhatian rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Semalam, mereka bergerak di sekitar kawasan perumahan di Jalan Sultanah, Kubang Rotan dan Kuala Kedah bagi memberi sumbangan barangan keperluan masakan seperti minyak masak, gula dan mi segera kepada mangsa banjir di kawasan tumpuan.

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

Aksi MRA di utara tanahair

Maaf, blog lama tak update.

1. lepas balik Pakistan, aku kena tahan wad – suspek hepatitis (banyak kontak dengan air banjir)

2. pastu aku cuti rehat – menanggung sakit tu..

3.  kerja kat pejabat melambak-lambak.

4.  ni sekarang tengah banjir, tu yang tak berapa dapat nak update.  Tapi bila aku dengar ada orang kata NGO kita asyik ke luar negara je, tapi dalam negeri takde… tak syok lah aku dengar… tapi ini betul.. pandangan orang ramai.

5.  gambar nie aku ambil, aku pun tenggelam gak… nanti aku citer lagi

6.  kami nak volunteer – call aku 019 6159948

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

Gambar Common Kitchen di Charsadda

“Common Kitche” atau “Dapur Medan” kelolaan MRA

Nasi yang siap dibungkus, sedia untuk diagihkan

penduduk berhampiran datang untuk mengambil nasi

penduduk yang tinggal jauh, MRA hantar menerusi kenderaan pacuan 4 roda

penduduk amat menghargai pemberian ini

inilah nasi yang diberikan kepada mangsa banjir dan inilah juga nasi yang kami nikmati untuk berbuka puasa

jemput berbuka…

sumbanglah kepada mangsa banjir ini melalui MRA, kami akan pastikan sumbangan anda sampai kepada mereka yang memerlukan.

akhir sekali… doakanlah agar mereka selamat di bulan yang mulia ini… anda adalah saudara mereka, dunia dan akhirat.

SHAHRUL PESHAWAR di Charsadda.. tengoklah dalam goggle kat mana tempat nie…

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

gambar hari ni

ini ialah gambar anak kecil sedang mendapatkan bekala  airri di sebuah lebuhraya berhampiran charsadda.  Kalau korang nak tahu, MRA buat projek pengagihan air cam ni lah, kalau nak sponsor dalam bulan posa nie… besau pahalanya… kontak pejabat MRA.

Shahrul Peshawar – ini aje hari ni

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia