Tag Archives: Bantuan Kemanusiaan

E-Majallah MRA – LaPANGAN 11

Advertisements

Leave a comment

Filed under 1

bukan senang mencari AIR


Budak lelaki ini terpaksa berjalan merentas padang pasir untuk mencari air bagi keperluan keluarganya… bayangkan cucu anda / anak anda / adik anda berada ditempat budak itu.. perhatikan kakinya… tidak berkasut..

Syukurkan kami atas nikmat yang dikurniakan kepada kami. Hulurkan bantuan anda melalui MRA di akaun MALAYSIAN RELIEF AGENCY – 5640 9820 6365 (MAYBANK)

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under 1

TABUNG Kemanusiaan dilancar

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Malaysian Relief Agency (MRA) dan Kumpulan Utusan hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Somalia bagi membantu rakyat negara itu yang kini dilanda krisis kebuluran dan wabak penyakit seperti taun, malaria dan tibi.

Ia merupakan kesinambungan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana.

Presiden MRA, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik berkata, bantuan segera perlu dihulurkan agar malapetaka lebih teruk seperti kematian terutama di kalangan kanak-kanak dapat dibendung.

“Somalia adalah satu ujian bukan sahaja kepada penduduk di sana tetapi juga masyarakat negara ini dalam menunjukkan keprihatinan membantu mereka yang memerlukan.

“Lebih-lebih lagi Islam amat menggalakkan ikatan ukhuwah Islamiah yang mana kita sebagai saudara seagama perlu mengambil tahu dan membantu tidak kira di mana mereka berada,” katanya pada majlis pelancaran tabung itu di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Sehingga kini, lebih 12 juta penduduk di Djibouti, Ethiopia, Kenya, Somalia dan Uganda menghadapi kebuluran disebabkan musim kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun.

Somalia merupakan negara yang paling teruk dilanda kemarau di Afrika dengan lima kawasan diisytiharkan berdepan dengan kebuluran yang kini mula merebak ke negeri-negeri Wilayah Selatan.

Abdul Razak berkata, sebagai langkah awal, pihaknya akan menghantar Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said bersama seorang lagi sukarelawan MRA dalam misi kemanusiaan pertama yang akan berlepas ke Somalia pada 23 Ogos ini.

Misi tersebut katanya, akan turut menyalurkan bantuan awal bernilai RM70,000 untuk penyediaan makanan, bekalan air dan nutrisi bagi kanak-kanak di negara itu.

Kata beliau, MRA dijangka beroperasi selama tiga bulan untuk fasa pertama dan melalui pengalaman beberapa misi kemanusiaan terdahulu, pihaknya yakin dapat membantu melakukan penilaian untuk projek jangkamasa panjang sekiranya memerlukan.

“Kumpulan pertama misi itu akan berada di Somalia dalam tempoh dua hingga empat minggu sebagai pasukan peninjau. Kita mempunyai jaringan mantap dengan warga Somalia yang menuntut di negara ini serta kerajaan wilayah Puntland yang akan membantu misi kita semasa di sana,” katanya.

Sementara itu, Othman berkata, Kumpulan Utusan berbesar hati dengan kerjasama MRA terutama dalam berkongsi misi mengumpul dana tabung itu dan akan sedaya upaya membantu dari segi promosi dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin dana bagi tabung tersebut.

Sebelum ini, Kumpulan Utusan pernah bekerjasama dengan beberapa agensi bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami, gempa bumi dan sebagainya di seluruh dunia.

Segala sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Somalia boleh disalurkan ke akaun Malaysian Relief Agency (MRA) menerusi nombor akaun 5640-9820-6365 (Maybank).

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sumbangan untuk tabung itu boleh menghubungi talian 03-26972007/012-2096577 atau melayari laman web http://www.mra.my.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Humanitarian, Kenyataan Media, Refugee, Somalia, sukarelawan

Hari Pekerja Bantuan Kemanusiaan 2011

Kepada semua Humanitarian dan dalam konteks MRA – semua SAHABAT MRA… ANDA MEMANG HEBAT

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Kempen-kempen, Kenyataan Media, Palestine, Protokol & Piagam, Refugee, sukarelawan

Laporan pertama Misi Banjir Selatan MRA

gambar satu:- lori tangki terkandas diatas jambatan di Sg. Merlimau

gambar dua:- sebuah kedai tenggelam di sebuah kuari di jalan Gemas-Segamat

gambar tiga:- penduduk dan orang ramai menunggu air surut untuk bergerak

gambar empat:- mesyuarat koordinasi awal MRA di Bilik Gerakan MRA Seri Medan

Malam tadi (2hb Februari 2011) kami bergerak ke Gemas, Negeri Sembilan dan telah mengadakan pertemuan dengan En. Ali Affendi Zainal, Penghulu Mukim Gemas bagi mendapatkan situasi terkini di Gemas pada masa ini. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Segamat, Johor menggunakan trak tentera yang menuju ke pekan Segamat.

Sepanjang perjalanan tersebut kami dapati perhubungan darat masih lagi belum pulih kerana beberapa laluan penting masih lagi terputus hubungan terutamanya kepada kenderaan ringan, malahan lori juga kami dapati terkandas dalam banjir ini.

Di Bilik Gerakan MKN Daerah Segamat, kami kemudiannya telah diberikan taklimat oleh Pegawai Majlis Keselamatan Daerah Segamat. Kami turut diberikan layanan mesra walaupun mereka agak kepenatan dan telah bertugas tanpa rehat, syabas diucapkan kepada seluruh tenaga petugas MKN.

Setakat kami berada disana, jumlah mangsa banjir dipusat pemindahan didaerah Segamat adalah berjumlah lebih daripada 21,000 orang dengan 84 pusat pemindahan telah dibuka. Kawasan yang masih teruk ditenggelami air ialah di Buluh Kasap.

Air dikatakan sedang bergerak ke daerah Batu Pahat dan Muar, menyebabkan air semakin naik disana. Setakat ini sebanyak 34 pusat pemindahan telah dibuka di Batu Pahat dengan jumlah penghuni melebihi 5000 orang. Petugas MKN mengatakan bahawa mereka telah berjaya memaklumkan sistem “Amaran Awal” kepada penduduk dikawasan-kawasan yang terbabit bagi mempersiapkan mereka dengan kedatangan banjir. Hasilnya, banyak harta benda terutama kenderaan yang telah dapat dialihkan sebelum air naik.

Bantuan seperti air mineral, susu tepung, bahan makanan dan peralatan kebersihan diri sedang dipersiapkan untuk diedarkan kepada mereka yang ditimpa musibah pada malam ini juga dibeberapa pusat penempatan yang telah dikenalpasti. MRA turut memberikan bantuan dapur bagi menggerakkan “dapur medan” atau lebih dikenali sebagai common kitchen di sebuah pusat penempatan di Seri Medan.

Pasukan Perubatan MRA juga akan memberikan perkhidmatan percuma di Seri Medan keesokan harinya. Sumbangan dan sokongan orang ramai amatlah diperlukan kerana banjir yang melanda kali ini dikatakan lebih teruk daripada yang pernah melanda tahun 2006 dahulu.

Bagi melancarkan aktiviti dan gerakerja bantuan di lapangan, MRA telahpun
mendirikan sebuah bilik gerakan berserta kemudahan gudang bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

KHAIRIL ANNUAR KHALID
Pengarah, Bantuan Kecemasan MRA

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, sukarelawan

Menggerakkan Sukarelawan

Semalam aku terbaca Utusan, sisipan Mega tentang Sukarelawan sebagai kerjaya.

Yang aku faham, semua yang terlibat dalam artikel tu cam Muhammad Kamarulazizi dan Mahadi Muhammad setepatnya adalah pekerja Bantuan Kemanusiaan dan dalam bahasa Inggerisnya digelar Humanitarian Worker. Sukarelawan ialah volunteer. Sukarelawan datang membantu sekejap-sekejap dan biasanya secara part-time je. Kalau full time, itu sudah dikira pekerja bantuan kemanusiaan sepenuh masa. Ada juga yang jadi guru sukarela dengan sedikit elaun yang dibawah tangga gaji biasa untuk tempoh yang terhad dan singkat, ini boleh dikira sebagai sukarelawan lagi. Apapun aku tak marah reporter tu, ini masalah biasa. Orang sering tersalah tafsir antara sukarelawan dan humanitarian workers.

Pengalaman aku bertugas di luar negara kerapkali melihat kita dipandang sinis kalau perkenalkan diri sebagai sukarelawan. Mat Salleh akan gelak bila kita kata kita datang untuk seminggu dua minggu membantu. Orang UN akan selalu tanya apa keputusan yang kita boleh buat untuk bantu di lapangan… bila kita kata kena refer balik pada KL, mereka akan gelak je… Apapun, aku mula dalam dunia humanitarian nie pun dengan kerja-kerja asas sebagai seorang sukarelawan. Datang membantu untuk kerja-kerja yang kita termampu tanpa sebarang imbuhan yang menggemukkan.

Dalam kekeliruan menafsirkan antara sukarelawan dan pekerja bantuan kemanusiaan nielah aku dapat Anugerah Tokoh Belia Negara 2004, Kategori Kesukarelaan. Awak yang diluar sana tu… manfaatkan pengalaman dan kemahiran aku nie… jemputlah aku untuk berkongsi apa yang boleh… tak payah pikir pasal honororiumlah…

Shahrul Peshawar
p/s gambar hiasan tu tentang mentor aku, brader Khairil semasa dia di Sri Lanka dengan muslim refugees… aku tengah cari pelapis untuk Khairil – ada berani?
Apapun, aku tengah cari beberapa sukarelawan untuk beberapa program kami yang mendatang, contact aku.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

MISI-MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE PADANG, INDONESIA

100_4623

Saya dapati beberapa pihak telahpun menghantar pasukan mereka “on the ground” dan ada yang telahpun menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan dan misi perubatan dan ada yang baru menghantar pasukan peninjau.

Apapun saya harap semua pihak dapat bekerjasama dan elakkan dari “photocopy” kerja-kerja bantuan antara satu sama lain. Mungkin tim-tim kemanusiaan dari Malaysia perlu mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi memastikan semua pihak dapat memberikan bantuan maksima tanpa perlu bersaing dan berebut kawasan operasi. Ini pandangan peribadi saya, mungkin ada yang setuju dan mungkin tidak.

Dalam kesibukan di Padang, janganlah pulak kita lupakan mangsa Taufan Ketsana di Filipina.

Setakat pengetahuan saya, maklumat yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:-

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

Telah melancarkan “Tabung Kemanusiaan Sumatera” dan telah berada di Padang sejak 2hb Oktober lagi, bertugas di Rumah Sakit Siti Rahmah, kekuatan anggota 2 doktor dan 2 jururawat terlatih.  Untuk maklumat lanjut dan sumbangan sila hubungi Sdri. Fauziah Tahar, Pegawai Eksekutif MRA – hp 012 2096577 atau Dr. Mohd Daud Sulaiman – hp 012 2900150  SUA MRA.

GLOBAL PEACE MISSION MALAYSIA

GPM telah pun melancarkan Tabung Gempa Sumatera Barat. Tabung bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu mangsa gempa terutamanya di dua kawasan yang teruk terjejas iaitu Kota Padang dan Pariaman. Misi pertama GPM akan ke Padang pada hari Isnin 5 Oktober 2009 dijangka membawa bantuan awal sebanyak RM20,000 ringgit untuk keperluan khemah dan makanan.

Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM seperti aLamat di bawah atau dimasukkan ke akaun berikut :

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank – No Akaun 564 221 611 602

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berurusan dan menghubungi:-

En. Mohd Halimi Abdul Hamid, Exco GPM

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: +603-6188 3230  Fax: +603-6188 3233

INSAF MALAYSIA HUMANITARIAN RELIEF

Pasukan perubatan INSAF dan pasukan ‘Rapid Assesment’ akan bertolak ke Padang, Sumatera pada 8hb Oktober 2009. Pasukan perubatan yang diketuai oleh Dr Ahmad Abdul Wahid dan Dr Alvin Tan serta ‘Logistiction’ sdr Ishak Abd Kadir merangkap Presiden INSAF akan membawa bekalan ubat-ubatan dan peralatan khemah dalam Misi Kemanusiaan ini.
Namun begitu oleh kerana bekalan yang kami bawa hanya mampu bertahan untuk sementara waktu, pihak kami sangat mengalu-alukan bantuan sdr-sdr semua tak kira apa bentuk bantuan terutama bantuan kewangan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdr. Onn Abu Bakar, Exco Insaf di talian 012 2205282
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

The Malaysian Red Crescent “Mass Cooking Team” comprises of 4 members and Clinton Cooker set were deployed to Padang,Sumatera together with the government humanitarian mission. They departed for Padang, Sumatera around 9.00 am this morning (2nd October 2009) from the Royal Malaysian Air Force Base, Subang for 10 days mission.

MERCY MALAYSIA

MERCY MALAYSIA SENDING SURGICAL AND MEDICAL TEAM TO PARIAMAN, INDONESIA TO TREAT EARTHQUAKE VICTIMS

Kuala Lumpur, 3 October 2009 – MERCY Malaysia will deploy a surgical and medical team consisting of an orthopaedic surgeon, a general surgeon, an anaesthetist, general practitioners (GPs) and nurses to treat the earthquake victims in and around Pariaman which is located some 80 km north of Padang, Sumatra.

After initial assessments conducted by MERCY Malaysia’s team, it was found that Pariaman (population 600,000), is the second-worst hit area and is in need of medical and relief assistance.  (read press release at their website)

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian