Tag Archives: BN

Seorang lagi “kuning” yang bakal ditangkap

Sorang lagi mamat yang akan ditangkap kerana berwarna kuning.  Kenapa tak boleh pakai baju kuning?  Kenapa nak bodoh dan takutkan rakyat?  Punya banyak orang yang langgar lampu isyarat tak de pun diambil tindakan, itu memang sah-sah langgar undang-undang kenapa tak nak tangkap?  Perlukah kita MENYUSAHKAN dan MEMBODOHKAN rakyat?  Tak cukup ke British hina dan buat macam tu pada kita dulu?

Shahrul Peshawar

Advertisements

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya

KENAIKAN HARGA BARANG – SIAPA YANG TENTUKAN?

Kekerapan pertukaran harga barangan utama pengguna semakin terasa.  Kerajaan telah meletakkan sebahagian besar pengguna dalam situasi marah, cemas dan kecewa.  Kerajaan, secara khususnya Barisan Nasional seperti sengaja hendak menjolok sarang tebuan.

Kenaikan harga sudah lumrah dan tidak diumumkan terlebih dahulu seperti biasa, menafikan hak rakyat terbanyak, menindas golongan pengguna dengan alasan yang tidak masuk akal, menyerlahkan kerakusan dan mempamerkan ketamakan yang tidak bertepi.

Pengguna menjadi marah, kerana telah diberikan jaminan bahawa tiada lagi kenaikan akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi yang terjadi sebaliknya.  Pengguna yang juga rakyat merasakan dikhianati dan diperbodohkan.

Pengguna menjadi cemas kerana sudah menjadi trend, apa saja barang yang bakal dinaikkan harga atau yang telah dinaikkan harga akan selalu kekurangan di pasaran, dan ketiadaan ini menjadi alasan bahawa barangan ini mendapat permintaan yang  tinggi dan kehabisan stok.  Lepas sahaja setuju harga baru, barangan ini melonggok semula di pasaran.  Konon-konon inilah hukum “supply and demand” – penawaran dan permintaan.

Pengguna menjadi kecewa kerana agensi kerajaan seperti tidak mempunyai sebarang perancangan bagi mengatasi kenaikan harga dan kekurangan barangan di pasaran.  Apabila gula kurang dipasaran dan kemudiannya dinaikkan harga, agensi kerajaan mewar-warkan hidup tanpa gula adalah lebih baik, gula membawa banyak keburukan, diabetes dan pelbagai alasan yang tidak sepatutnya timbul sekarang.  Menasihati tentang gaya hidup bukanlah sebab musabab utama kementerian tersebut ditubuhkan. 

Kerajaan, baik jika dipimpin oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan membayar harga maksima jika terus bermain main dengan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat.  Kementerian yang diamanahkan bukan setakat perlu memastikan harga barangan tersebut terkawal tetapi juga memastikan ianya memenuhi kuota permintaan.  Nampak seolah-olah kementerian ini hanya berminat mengkayakan kelompok peniaga yang semakin hari semakin jelas belang kapitalisnya didalam masyarakat Malaysia. 

Ingat lagi bagaimana rakyat diminta untuk mengubah cara hidup ketika berlaku kenaikan pada harga gula dan minyak oleh Perdana Menteri suatu masa dahulu.  Kini tidak pula kedengaran permintaan untuk terus mengubah cara hidup dari miskin ke papa kedana.  Dari makan daging kepada menghirup kuah.  Dari minum sirap kepada minum air paip.

Jangan ingat rakyat di musim pilihanraya sahaja, buruk padahnya.   Kalau rakyat betul-betul mahu mengubah cara hidup, dari menjadi kerajaan kepada pembangkang, daripada pembangkang menjadi kerajaan.   Perubahan ini tidak perlu diwar-warkan pun sepertimana kenaikan harga barangan seperti yang ada sekarang.

SHAHRUL PESHAWAR, Sentul

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Hentikan Kezaliman, Tegakkan Keadilan: Penyelesai Isu Perpaduan Melayu dan Islam.

Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Lantaran, UMNO sedang menggunakan politik michevelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah ‘liwat’, membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan ‘psywar’ yang dilancar ini menjadi.

Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik UMNO itu sendiri. UMNO ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Segala khazanah negara sedang di ‘faraid’ sesama sendiri dengan pelbagai cara. Tabung simpanan felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival UMNO. Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit. Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama. Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, UMNO melagang isu perpaduan Melayu.

Hakikatnya, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan. Paling jelas, gabungan PAS dan UMNO di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN. Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam UMNO. Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah ‘liwat’ seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik UMNO.

Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada UMNO atau BN. Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Dato Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan? Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam UMNO hingga menyebabkan UMNO di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya UMNO Baru dan Parti Semangat 46? Meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam UMNO, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan. Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam UMNO seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari UMNO beberapa kemudiannya.

Bagaimana mungkin UMNO mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri? UMNO kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. UMNO umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja. Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan UMNO tidak berapa lama lagi. Percayalah!

Perjuangan para pemimpin UMNO bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.

Hakikatnya, perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…..” (Ali-Imran: 103)

Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong UMNO dan para kuncunya. Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika UMNO benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini. Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, UMNO telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. Perkembangan inilah yang amat menggerunkan UMNO sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan.

24 Julai 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat

1 Comment

Filed under Bencana Manusia

Siapa Hina FELDA? Yang kata Felda Bangkrap atau yang Bangkrapkan FELDA?

Siapa hina siapa?

Orang yang kata FELDA dah bangkrap atau orang yang menghabiskan duit FELDA sampai bangkrap?

Sepatutnya segelintir peneroka FELDA yang lurus macam tiang letrik kena faham, yang dikatakan FELDA tu rugi bukan korang para peneroka yang buat hal, tetapi sang pengurusan yang tidak cekap dan pastinya ada ketirisan menyebabkan keuntungan FELDA tidak selaras dengan perkembangan semasa.  Orang lain boleh berlipat ganda untung, FELDA pulak kelihatan menguncup.  Yang patut korang buat, ialah mendesak pihak yang mengatakan FELDA tu bangkrap untuk tunjukkan bukti, masukkan dalam akhbar, buat debat… takut debat buat dialog…  Barulah korang boleh melihat dari sudut yang orang lain kata FELDA bangkrap tu…

Korang baca petikan blog Dato’ Husam nie… banyak yang korang akan faham, terutama pasal kemana hilangnya duit-duit FELDA, bisnes overseas FELDA dan selanjutnya di blog Cetusan Hati…

UMNO Putera keringkan wang Felda

Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagaian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh ‘diuruskan’. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta….

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan ‘masa depan’ di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.

RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.

Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!

Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan…..

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.

1 Comment

Filed under Bencana Manusia

Tahniah Sdr. Ezam… opps tuan senator

Tahniah kepada Sdr. Ezam, kini Tuan Senator yang terkenal dengan gaya ucapan persis Anwar Ibrahim.

Orang lain dalam UMNO bersengkang mata, berkerat rotan, berbotak beruban, baling-baling kerusi, bomoh-bomoh, juling-juling mata dibuatnya, habis duit berlori-lori, belanja tiket melancong seantero dunia… tapi semuanya tak dapat, jilat air liur je… 

Pemuda UMNO lagi lah pulak, turun padang, masuk bendang, redah paya, redah banjir, cari orang miskin yang tinggal di celah orang-orang UMNO, bagi bantuan, bagi beras, bagi klinik kesihatan, buat kelas bahasa Inggeris, buat kelas mengaji, bagi sunat free, bagi kursus jenazah, bagi jersi bola, pergi buat demo, setengah nak mampus… habuk pun presiden tak pandang…

Tapi Senator Ezam, korang tengok dia… sebab apa dia boleh naik, dia ada kelebihan, kelebihan macamana? kelebihan berdamping dengan Anwar Ibrahim… inilah yang diungkap dalam pepatah Melayu – “berakit-rakit ke Hulu, berenang-renang ketepian – bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”…  Dia pernah kena ISA, kena tangkap, kena gas pemedih mata, dituduh pengkhianat gak, siap ada grenade launcher, molotov coctail dan segala macam senjata merbahaya…  Korang apa ada?  Polis Trafik pun tak pernah tahan.

Tahniah Tuan Senator Ezam, harapnya lepas nie Tuan Ezam akan ambil alih pemuda UMNO, punggah semua mangkuk hayun yang duduk kat pemuda UMNO, mana yang lembik tu kasi ganti dengan orang cam Fairus, Azwandin, SD Johari, Ghani Haron….  Kita tak nak layan orang yang demo, menyorok belakang polis… malu, bila kena kawat duri buat press conference… apa barang…

Nanti, bila ada election baru seronok kita “bertempur”…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Anwar Ibrahim, Di Minda Saya

isu kelayakan calon BN – belum menang, rakyat dah kena kelentong

Semua Baik Bosss……

Ramai orang marah dan cemas bila Zaid bercakap jujur tentang dirinya dan kisah lampaunya. Orang kata Zaid terlalu jujur dan lurus.

Tapi kalau benarlah laporan ini, kita juga tuntut calon BN – Kamalanathan untuk bertindak serupa.  Tambahan dia memang orang PR (bukan pakatan rakyat tapi public relations lah). http://wrlr.blogspot.com/2010/04/tidak-ada-ijazah-komunikasi.html

Kalau benarlah juga laporan nie, kesian… bukan setakat Najib dan Muhyiddin di kelentong, seluruh pengundi dan ahli UMNO kena temberang… hahahahahahahahah…. mamat yang hanya minum air suam nie boleh “jual” Muhyiddin cam tu je…. ahahahahahahahaha…. oklah tu dari dia gantung selipar lagi bahaya.

Tak kanlah dah boleh jual Najib, Muhyiddin – suci bersih  tak ada skandal? Mesti ada punya…

Shahrul Peshawar – jangan serang peribadi orang, bila orang serang balik kan terduduk…

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Kita boleh berubah!….

Kalau lalu atau singgah di Hulu Selangor, kita akan tengok banyak poster-poster gergasi dan mini gergasi.  Ada dua tiga NGO yang tidak terkenal turut mengambil kesempatan memacak posternya mungkin bertujuan untuk memancing ahli.

Kalau di pilihanraya Ijok dulu kita dapat lihat pemuda UMNO dengan baju berlogokan kalajengking “scorpion” tapi kali ini ada juga ala-ala elit grup UMNO, tapi bajunya tertulis di belakang “KOMPUS” – aku tak tahu maksudnya apa – mungkin KOMPOS kot… tapi setahu aku mana boleh UMNO = KOMPOS, UMNO mesti sama dengan APCO.

Yang menarik aku nak menulis nie ialah satu tema yang BN dok guna – Kita boleh berubah… Aku tak tahu kenapa diaorang nak berubah.  BN dah teruk tindas rakyat, BN dah teruk gadaikan maruah dan keselamatan negara.  BN dah teruk rosakkan nama negara di mata negara luar.  BN dah teruk jatuhkan nilai Ringgit.  BN dah teruk jatuhkan kredibiliti negara dalam urus tadbir negara – rasuah, lembap, pecah amanah, kronisme.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam bab kehakiman dan keadilan.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam hal kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Bila BN mengaku KITA BOLEH BERUBAH, aku tak nampak ada sebarang elemen positif dalam slogan nie melainkan BN boleh berubah menjadi lebih teruk dari apa yang ada hari ini. Jangan mimpi BN akan berubah dari seekor beluncas menjadi rerama berwarna yang indah, tapi yang mungkin boleh dibayang ialah seekor ulat yang berubah menjadi seekor langau hijau.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh SPR dalam isu pemindahan tempat mengundi bagi sebahagian pengundi nie tak dapat aku nak gambarkan dalam keadaan lebih baik lagi selain menyamakan tindakan ini sama seperti jahatnya pengedar dadah yang selayaknya dihukum gantung.  Pengerusi SPR aku percaya tidak punya maruah dan tidak punya integriti apabila boleh membuat pemindahan ini atas dasar SPR berkuasa untuk melakukannya tetapi dalam masa yang sama gagal untuk melaksanakan tuntutan lain seperti menangani kewujudan pengundi hantu dan calon BN – si Kama… sendiri adalah bukti sahih seorang pengundi hantu.

Pengerusi SPR tidak pernah tahu mungkin bahawa didalam dunia ini, sudah banyak regim yang zalim boleh jatuh apabila rakyat bangkit berjuang.  Biarlah sejarah kita ditulis dengan tinta emas atau darah yang merah… bukan selain darinya…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya