Tag Archives: EM

Bengkel Pembuatan EM di Bagan Serai

Perjalanan ke Ipoh, lancar walaupun jangkaan masa tersasar lewat 1 jam daripada yang dijadualkan, kira kami akan kejar kembali masa tersasar tu nanti dengan memecut sedikit di lebuhraya… itulah rancangannya sekarang.
Masuk saja ke Tol Jalan Duta, kami berhenti di Stesen Minyak untuk membeli air dan sedikit makanan ringan (harganya berat) untuk bekalan.

Perjalanan santai saja, saya tidak memecut pun, dan ketika jam 12 tengah malam, kami sudah berada di dalam negeri Perak. Tetapi tidak semena-mena saya mengantuk teramat sangat, dan saya tidak sampai hati untuk meminta Kak Fauziah memandu, maka akhirnya kami berhenti untuk tidur di Hentian Sebelah (tak ingat) bagi melelapkan mata dan jika berkeras juga memandu akan buruk padahnya nanti.

Kami tiba di rumah Haji Hani sekitar jam 6am, membersihkan diri dan solat subuh. Kemudian kami menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah sebelum bergerak ke Bagan Serai, kami disertai oleh empat lagi teman Haji Hani yang kami kira sebagai sukarelawan MRA Perak juga. MRA mempunyai ramai sukarelawan di Perak terutama dikalangan bekas komando VAT 69 yang banyak membantu kami dalam program yang melibatkan orang asli dan latihan. Kali ini saya kira Haji Hani hendak menggerakkan sebilangan sukarelawan yang lain bagi melatih lebih banyak sukarelawan untuk kerja-kerja dilapangan.

Program kami kali ini bertempat di Teluk Medan, Bagan Serai diatas anjuran Pertubuhan Kebajikan Warga Emas, Teluk Medan. Seramai 32 orang peserta telah hadir dalam bengkel pembuatan EM ini. Program bermula dengan taklimat ringkas dari Mudir sekolah dimana Pertubuhan Kebajikan Warga Emas bergerak, diikuti taklimat mengenai operasi dan gerakerja MRA didalam dan luar negara oleh saya sendiri. Kami turut mendapat pelbagai soalan dari peserta, antaranya bagaimana hendak menggunakan EM itu nanti dan berapa lama jangka hayat EM yang dihasilkan.

Kami kemudiannya telah memberikan demonstrasi pembuatan EM yang turut disertai oleh peserta untuk kerja memotong, menggaul dan mengacau hasilan EM tersebut. Alhamdulillah, tiga jenis EM telah berjaya disediakan iaitu EM Sayur, EM Bunga dan EM Serangga. 35 – 40 hari dari sekarang, jika diizinkan Allah maka terhasilah cairan EM kami disana nanti.

Program ini cukup menarik kerana para peserta yang terdiri dari warga emas mempunyai pengalaman tersendiri dan ianya menjadi satu sesi perkongsian ilmu yang cukup dinamik dan ceria. Kesemua EM yang dihasilkan akan dikacau setiap 3 hari oleh Mudir sekolah tersebut dan kami akan cuba hadir pada hari ke 35 hingga 40 untuk melihat hasilan EM tersebut.

SHAHRUL PESHAWAR

P/S Abaikan gelang dan cincin dalam gambar diatas tu…
Advertisements

3 Comments

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

Bengkel Pembuatan EM di Weng, Sik

Kali ini saya dijemput oleh Persatuan Penanam Herba Daerah Sik untuk berkongsi dengan mereka kaedah pembuatan EM.  Saya ditemani isteri dan anak-anak telah hadir dan kami telah sama-sama menghasilkan pembuatan EM Daun, EM Buah, EM Serangga dan Baja Kompos menggunakan EM.

Anak muda turut serta belajar cara membuat EM

Menimbang bahan-bahan mengikut sukatan yang diperlukan

Memastikan bahan larut kesemuannya didalam tong

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya, sukarelawan

EM di Kalumpang

Dewan Orang Ramai di Kampung Titiwangsa

Taklimat mengenai pembuatan EM

Ramuan EM yang telah siap untuk diperam

Kali ini aku dijemput untuk buat EM di luar kawasan liputan (Kedah).  Aku diminta untuk berkongsi maklumat dengan kelompok petani di kawasan Kalumpang, Hulu Selangor. 

Penganjur program kali ini ialah IKRAM, sebuah badan NGO yang menumpukan kepada penanaman dan pertanian organik.

Alhamdulillah, sebanyak 3 jenis EM telah berjaya dihasilkan menggunakan EM yang dihasilkan di Bandar Bharu dulu.

Tahniah kepada orang Kampung Titiwangsa, Kalumpang kerana memilih cara sihat – pertanian organik

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen, sukarelawan

EM di Kulim Bandar Baharu sedia untuk diguna

Alhamdulillah.

EM yang dibuat di Kulim Bandar Baharu sudah siap untuk digunakan.  Ketiga-tiga jenis EM tu nampaknya menjadi dan bertenaga.  Jika anda berminat nak buat kursus EM ni, boleh jemput saya… cuma terus terang kita cerita kat sini kenalah tolong tengok-tengokkan kos perjalanan tu sikit. 

Bulan April nie saya ada empat kursus – dua untuk student, satu untuk EM dan satu lagi untuk Teambuilding.  Saya ambil charge untuk teambuilding je, harga aku letak mesti consultant lain marah… sebab kacau market.  Isteri aku pun selalu marah, sebab dia kata aku asyik nak buat “charity” je… hahahahahahahhaha… Jiwa sukarelawan nie hanya sukarelawan je yang tahu.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Kempen-kempen

Bengkel EM di Kampung Gajah Mati, Pendang

20hb Mac 2010… Kali ni aku turun ke Pendang pula untuk buat EM. Orang kampung disini semuanya “advance” dan dah kenal EM lama… apapun, semuanya berjalan dengan baik dan aku sendiri pun dapat re-fresh banyak benda dengan mereka. Terima kasih dan tahniah.

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

EM di Sik dah siap

Batch pertama EM yang aku buat dengan orang kampung di Sik tempohari dah siap. Alhamdulillah.

Aku akan implementkan EM ni pada pokok kacang aku. Musim hujan pun dah menjenguk semula. Waktu paling sesuai untuk menanam kekacang, sayuran dan roselle (kegemaran aku).

Terima kasih ALlah kerana mengizinkan aku untuk merasa sekali lagi musim Hujan – angin barat.

Shahrul Peshawar, masih di Alor Setar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Buat EM lagi…

20hb Februari yang lepas aku turun buat EM lagi dengan orang kampung… kat Bandar Bharu lah pulak.

EM nie bukan benda asing dikalangan kita, ianya suatu benda yang sudah sebati dan telah digunakan sejak sekian lama.  Proses pembuatan tapai, ragi, pekasam, semuannya ada melibatkan EM ni, cuma ianya tidaklah dikomersilkan secara  besar-besaran.

shahrul peshawar, alor setar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen