Tag Archives: Melayu

Simulasi SAHABAT MUDA MRA di KRM Taiping

EMPAT orang jejaka tampan yang berusia diantara 13-15 tahun ini sedang membantu kami menjayakan sesi simulasi MYCORPS di Kompleks Rakan Muda, Taiping.

Mereka melakonkan watak sekumpulan remaja di sebuah negara konflik yang menjadi mangsa kepada letupan jerangkap samar, walaupun mereka bukan anggota tentera tetapi mereka turut terdedah kepada bahaya sebegini…

Tahniah dan Syabas kepada adik-adik ini….

Shahrul Peshawar

Advertisements

Leave a comment

Filed under 1

Gunting rambut di Garowe

Semalam aku beritahu pada SAHABAT MRA Somalia, Dr. Daud, bahawa aku nak potong rambut. Aku rimas kerja dengan rambut panjang. Dah terbiasa dengan rambut pendek, lagikan aku bekas Komander Kesatria, mestilah kena kemas selalu wakawakawaka…

Dia kata tak elok potong rambut petang-petang, elok potong belah pagi. Aku kata apa masalahnya potong petang, pagi nanti sibuk nak kerja, dia kata.. dengar cakap aku potong pagi. Aku pun mengalah, manalah tahu budaya sini kot kalau potong petang tak elok… tapi kenapa kedai gunting bukak juga petang? Kat sini nama kedai gunting ialah “Tima Jarah” bukan Timah Tasoh, tu nama empangan kat Perlis ok…

Aku bagi gambaran Tima Jarah yang aku pegi nie, kedainya sedang sahaja, boleh masuk tiga pelanggan, ada tiga kerusi, ada kerusi menunggu, ada cermin besar (standard kedai gunting) sepanjang dinding depan dan dinding kiri. Dinding kanan ada tingkap, tingkap jenis pakai selak, tapi tolak ke atas, bukan tolak kekanan atau kekiri. Lupa nak mention, nama Tima Jarah nie ialah International Tima Jarah. Kelas gitu…

Gunting dia, gunting kertas yang macam kita selalu guna tu, bukan gunting rambut yang ada ekor tu, pastu, kerusi dia, kerusi yang dipateri pada rim lori. Dia bikin baik punya, kerusi dia empuk gak, cuma bila nak shave, bukan kerusi tu yang boleh lentur ke belakang tapi engkaulah yang kena melorot kedepan, bagi kepala boleh letak ngam-ngam kat hujung kerusi tu… wakawakawaka

Dr. Daud kata dia bawa aku kedai nie, sebab dia tahu tukang gunting nie sorang saja yang boleh gunting rambut aku… rambut Asia. Cam biasa, dia pakaikan aku kain lapik warna hijau, pastu dia gunting, cam tukang gunting biasa kat Malaysia, lebih baik tangan takde bau kari, bau asam pedas, bau tempoyak, clean. Pastu dia start nak spray rambut aku, biasalah kat sini, spray semua jenis re-cycle, dia spray rambut aku pakai spray bekas cecair sabun cuci pinggan, takde hal. Pastu dia masuk bab nak cukur, jadi standardlah kedai gunting Malaysia pun pakai pisau cukur potong dua, cuma batang pisau yang dia gunakan tu cam dia buat sendiri je, cam pakai batang besi pada kalender kuda… korang follow aku tak nie?

Aku ingat dah nak cukur, rupanya tak. Dia sekalikan pisau tu dengan sikat, jadi dia potong lagi rambut aku sikit guna style tu, aku takut dia terlupa letak pisau tu belah atas, tidak botak aku nanti. Pastu dia start cukur, aku rasa ngeri sebab boleh dengar bunyi pisau tu potong rambut aku, tapi belum sempat aku kata apa, side burn aku dia tarah habis… hmmm geram gak aku dibuatnya, sepupu sepapat keluarga belah bapak aku, yang datang dari Batu Pahat tu semuannya simpan side burn, kalau diaorang tahu side burn aku kena potong boleh kena pulau nanti.

Bila aku tengok dah reda sikit, aku kata tolong trim sikit misai dengan janggut. Korang tahu tak dia trim misai aku pakai apa? Melampau betul. Dia tonyoh misai aku pakai mesin gunting rambut elektronik tu. Kalau pegi Kedai Gunting Rambut yang bekas askar jaga, macam kat Taman Nakishah, Alor Setar rumah lama aku tu, kau sebut nombor berapa je kau nak, dia akan set dan tukar mata pastu terus tonyoh benda tu kat kepala, sekejap je settle, haa mesin nie lah dia tonyoh kat mulut aku… bukan semput je datang, medulla oblangota pun boleh menguncup dibuatnya.

Aku ingat dah habis, dia kata belum lagi. Dia letak tuala mandi pulak cover badan aku. Apa pulak lagi nie.. Dia bawak satu krim ada tertulis Holland Cream Shaver, dia letak kat dahi aku, pastu dia spray air kat muka aku tercungap-cungap aku dibuatnya, terasa macam kena dera kat Guantanamo je. Pastu dia macam buat mask kat muka aku, aku mana reti benda nie semua, aku bukan jenis lembut punya. Kemudian, dia nak shave aku satu round lagi, tapi yang syoknya dia tukar mata pisau tu depan mata aku je, lepas tu boleh pulak pisau tu tertanggal, aduh mak… seriau aku dibuatnya.. Habis tu, dia sembur muka aku dengan air lagi dan dia lap muka aku, dia bilas dua kali, ok gaklah. Dia cuci kepala aku pun pakai cream shaver tu jugak, pastu di lap kepala aku. Pastu, dia pakai berus cam berus vacuum cleaner tapi panjang-panjang warna jernih untuk bersihkan belakang aku.

Habis je, aku pun bangun, dia pun ambik satu benda cam rotan bulu ayam time kat sekolah tu, dia sebat-sebat benda tu kat badan aku, nak kasi buang rambut lah tu… sakit pun ada, geli pun ada. Lupa aku nak cakap, sepanjang sesi gunting rambut nie berjalan, aku dihidangkan dengan lagu-lagu Somalia ala-ala dendangan Ahmad Jais.

Aku memang suka pegi gunting rambut bila berada di luar, terutama tempat rakyat marhain pergi, nak cari bahan cerita. Aku ada pengalaman gunting rambut di Jalalabad, Afghanistan. Dia siap letak kapas dalam telinga, keliling telinga, keliling leher… rasa cam nak kena kapan pun ada. Tu belum pengalaman aku tunggu nak gunting rambut kat kedai gunting di Peshawar, Pakistan, ada satu mamat tu dah habis gunting rambut, tiba-tiba dia buka baju, nasib baik ada singlet, apa dia nak buat nie? Dia pun depakan tangan dia, maka tukang gunting tu pun tolong potongkan sekali bulu ketiak dia kat situ gak… wakwakwakawaka, terus aku pergi kedai lain. Di Muzaffarabad, Kashmir, masa aku dengan Dr. Hyzan, tengah gunting, bergegar-gegar sebab masih ada after shock lagi.

Apapun, aku respek pada profesion Tukang Gunting Rambut. Korang je yang boleh pegang kepala raja dan perdana menteri masa dia hidup.

5 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Somalia, sukarelawan

Aidilfitri di Galkaiyo, Somalia

Aku beraya dengan bodyguard dan staf MRA. Tiada ketupat dan tiada lemang, tiada kueh raya mahupun kerepek.

Yang ada hanyalah kambing, kambing, kambing…hari hari makan kambing, pagi petang siang malam semuannya kambing hahahahahahaha… ada sekali aku minta telur untuk breakfast, diaorang kata aku kena order dua hari dulu, sebab tak de telur dalam stok, telur kena booking in advance… ahahahahaha….

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Refugee, Somalia, sukarelawan

apa yang ribut dengan Malaysia dan Indonesia nie? kan kita satu rumpun

Kita kan satu rumpun? pakai kain pelekat yang sama…

Kita kan satu rumpun? makan pakai tangan…

Kita kan satu rumpun? berpencak silat…

Kita kan satu rumpun? saling berjual beli pantun…

Kita kan satu rumpun? sang saka dan jalur gemilang berkongsi merah dan putih…

Kita kan satu rumpun?  berkongsi selat Melaka yang sama…

Saya dan pak M. Yasin dari PKPU bertemu di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto Islamabad dalam misi yang sama – membantu mangsa banjir.  Kami bertemu dan saling bertukar salam, tidak ada sebarang ribut pun.  Kita sesama humanitarian apatah lagi satu bangsa dan satu rumpun saling hormat menghormati…  yang ribut nie semua kerja orang politik… politik murahan…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, sukarelawan

nantikan kemunculan kolum ketiga MELAYU dalam PRU ke 13

Kemana-mana sekarang dicanang bahawa UMNO mahu berkerjasama, berpadu, bersatu, bersekutu, berdamai, berbaik-baik, bersama.. dan apa saja yang muluk-muluk demi perpaduan Melayu dan Islam.  Kesemuanya ini dilontar untuk mendapat respons dari PAS. 

Apapun respons PAS, lembut atau keras, menerima atau menolak, setuju atau tidak, suka atau tak suka, PAS akan berada dalam keadaan yang tertekan. 

Dengan kempen berterusan segala media pelacur yang masih lagi menjadi kitab rujukan harian ramai orang melayu, disaat media alternatif dipasung dan ditamatkan riwayatnya, maklumat-maklumat asas mengenai permainan politik terkini umno ini sukar untuk difahami dan dihazam oleh kelompok akar umbi.

UMNO tak kisah pun sebenarnya samada PAS sedia atau tidak untuk berdamai, yang mereka mahukan ialah ianya menjadi satu bahan yang boleh digunakan sehingga kedatangan musim pilihanraya ke 13.  Ianya amat vital dan ampuh sekali untuk memecahkan kepercayaan serta sokongan orang-orang Melayu kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.  PAS sedang diwarnakan oleh media dengan warna menolak perpaduan, tidak Islamik dan tidak boleh bertolak ansur.

UMNO sedang memainkan satu kempen halus yang tidak disedari ramai, UMNO sedang menggerakkan satu strategi bagi memenangkan mereka semula di kerusi-kerusi Melayu yang dimenangi oleh PAS dan Pakatan dengan majoriti tipis.  Usaha ni tidaklah rumit dan sukar, ianya juga agak mudah jika sentimen keMELAYUan dan keISLAMan dapat dibakar hari demi hari.. menerusi propaganda murahan, pembohongan terancang, pelacuran berita dan fitnah serta adu domba.

UMNO pastinya akan cuba untuk mengelakkan pertembungan satu lawan satu dengan PAS atau Pakatan, kerana ini jelas tidak memberikan mereka banyak kelebihan.  Apa yang akan berlaku ialah UMNO akan meletakkan calon untuk memecahkan undi Melayu.  Dan Calon-calon ini berperanan seolah-olah untuk menjadi CALON ALTERNATIF – pengisi kolum ketiga Melayu – bukan PAS dan bukan UMNO apatah lagi KEADILAN. 

Siapa calon-calon dari kolum ketiga Melayu itu nanti?  Saya meramalkan mereka adalah dari PERKASA, ya si HINDRAF melayu tu..  Sekarang, mereka sedang diberikan wajah baru – iaitu wajah tidak sebulu dengan UMNO, wajah pejuang Islam, wajah menentang media Barat, wajah menentang kaum-kaum lain di Malaysia, wajah Nasionalis tetapi berhati Islam.  Inilah persiapan licik UMNO dan PERKASA. 

Kolum ketiga Melayu yang sebenar ialah kelompok non partisan dan Melayu yang berkecuali dan Melayu profesional.. namun kolum ketiga ini sedang direbut untuk diisi oleh golongan Melayu separa sedar – yang hatinya dan otaknya beku dengan politik Melayu Lama, yang masih merasakan ketuanan Melayu sebagai hak mutlak orang Melayu, tetapi dalam masa yang sama gagal memartabatkan sebarang juzuk perjuangan Melayu di mata dunia. 

AWAS dengan kolum ketiga Melayu yang jahat dan bercita-cita tidak lebih dari mengekalkan sang penguasa  pemerkosa yang zalim agar mereka mendapat imbuhan dan hidup senang darinya.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

dalam isu Gaza kita kena bersatu

kenapa mesti kita nak mengambil kesempatan untuk menyindir sesama kita…?

memang kita berbeza pendapat dalam banyak hal… tapi dalam urusan yang kita boleh sepakat dan bersatu kenapa kita perlu kusut masaikan hal tersebut?

ngo-ngo yang mana ahli-ahlinya terlibat dalam flotilla ini harus segera memberikan kenyataan rasmi bagi mengelakkan kecelaruan dan tersebar desas-desus yang tidak sahih.  Sensitiviti, kerisauan dan privasi ahli keluarga tersayang bagi mereka yang terlibat perlu dipertahankan dan dihormati, berita-berita yang bukan rasmi hanya akan menambah kekalutan.

saya membayangkan ahli umno, pas, keadilan dan yang berkecuali membuat solat hajat atau apa-apa saja aktiviti bersama yang menjurus kepada perjuangan umat Islam Palestin… banyak kita boleh belajar dari hal ini…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Gaza

Umno sendiri tak sokong SE-Malaysia – Menghina bangsa lain dalam masa yang sama mengharap undi mereka..

 

Kita tak perlu menghina orang lain untuk mengatakan kita baik
Kita tak perlu menghina orang lain untuk membuktikan kita betul
Kita tak perlu menghina orang lain untuk menyatakan kita benar
Kita tak perlu menghina orang lain untuk memastikan mereka sokong
Kita tak perlu menghina orang lain untuk mengelak mereka menyokong lawan kita
Bayangkan… Menteri yang sepatutnya ada otak pun cakap macam nie, yang kat bawah tu macamana pulak lah level pemikirannya?
Saya nak tengok sapa lagi dari umno nak sabotaj 1 Malaysia dari dalam…
Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia