Tag Archives: Nik Aziz

Ingatkan Ikhlas rupanya TIDAK…

DSCN4193

Aku ingatkan Najib ikhlas lawat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu beliau terlantar sakit tidak lama dulu rupa-rupanya tidak.  Gambar lawatan tu dijadikan bahan politik murahan oleh umno dan bn – kesian betul kat umno dan bn sebab terpaksa guna tuan guru sebagai bahan kempen di Bagan Pinang nie…

Bukan tak boleh guna gambar Dato’ Azeez…  korang pikirkanlah sendiri

SHAHRUL PESHAWAR, masih di Telok Kemang

Advertisements

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Muktamar PAS ke 55 – Adios Pakatan Hola Barisan

Apa korang nak kata. Katalah.

Aku lihat politik budak-budak dah mula balik dalam PAS. Tokoh-tokoh dari Kelantan hampir semua tercantas, dan bendul-bendul yang setakat orang dalam parti je suka tapi rakyat belum tentu suka naik adalah sesuatu yang cukup mengharukan.  Dengan lagak ala SPR, jawatankuasa pegundian PAS aku rasa perlu kelihatan lebih telus dan bersih.

Sebagai orang luar, aku punya kira-kira senang je, “pihak-pihak tertentu” dah mungkin membuat congakan bahawa Mursyidul Am yang ada sekarang nie agak tegas dan tak suka nak bergabung dengan UMNO (Tuan Guru tak pernah kata tak nak berdamai, dia cuma tak nak bergabung je sebab ada kenangan dan pengalaman silam). Jadinya, dalam tempoh terdekat nie, dengan kesihatan yang agak merosot, Tuan Guru pastinya bukanlah penghalang utama, tapi “prodigee son” nya beserta “The A-team” akan kekal menjadi batu penghalang. Untuk menjayakan kerajaan perdamaian nie, makanya team yang cintakan UMNO ini perlu dinaikkan, kononnya untuk kepentingan umat dan bangsa Melayu atau apa saja alasannya.

Antara perkara yang aku jangka akan berlaku ialah perpecahan antara PAS dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain.  PAS akan mula mengintai UMNO lebih kerap lagi – yelah… mandat baru dapat, masih fresh.  Berdamai dengan UMNO aku lihat bukan cita-cita PAS tapi cita-cita dan cinta beberapa individu dalam PAS yang mengharapkan habuan (maaflah, agak kasar sikit.) sementelah dunia politik mereka tidak ketentuan (if you cannot beat them… joint them).

Kesan dari perpecahan ini, PAS akan kehilangan undi bukan Melayu.  Makanya dalam pilihanraya akan datang, jumlah orang bukan Melayu yang mengundi PAS akan jatuh merudum.  Puak yang pro-umno dalam PAS ni bukan peduli pun dengan pengundi-pengundi bukan Melayu, sebab diaorang nie selalu berada di zon selesa orang Melayu…

Aku rasa tokoh-tokoh yang kalah hari tu, terutamannya yang rapat dengan Anwar Ibrahim tak akan dimasukkan dalam struktur organisasi PAS bagi memastikan pengaruh mereka terus merudum.  Inipun selaras dengan kehendak kekasih baru – UMNO.

Aku malas nak komen banyak, cuma aku rasa pengundian tempohari ada yang tak kena, banyak sangat SB berkeliaran… oppsss.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Di Minda Saya

Kenyataan Nik Abdul Aziz Yang Di ‘Haramkan’

Dipetik dari Kickdafella
15092008

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA
1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

Leave a comment

Filed under 16 September, Inilah dunia