Tag Archives: Palestin

Membantu Palestin

RAPATKAN SAF DEMI PALESTIN

Assalamualaikum

Amat tak patut kalau aku tak kata apa-apa.

Teman-teman yang ikhlas berjuang.

Aku cuma ada satu perkara yang hendak dinyatakan.  Bulatkan tekad untuk membantu Palestin.  Janganlah kita bertelagah sesama kita.  Malu kita pada Israel dan Yahudi.  Bagi sesiapa yang menarik diri dari mengikut Flotilla, teruskan bantuan melalui jalan lain, terutama jalan darat setelah pintu Rafah dibuka.  Bagi sesiapa yang menyertai Flotilla pula, jaga diri dan carilah jalan untuk kembali bersatu dengan mereka yang tidak ikut serta. 

Mungkin masa sedikit singkat sekarang, nak buat macamana, tapi hubungan silaturahim dan kesatuan hati untuk membebaskan Palestin seharusnya menjadi sebab kita kembali bertaut.  Letak politik dan ego di tepi.  Ini bukan mengenai dia pergi atau atau aku pergi tetapi ini mengenai umat Islam di Palestin, saudara kita di Palestin.

Berlapang dada dan bertolak ansur adalah kunci perpaduan. 

Boleh tak kita berdamai demi Palestin dan penduduknya?

SHAHRUL PESHAWAR

Advertisements

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen

dalam isu Gaza kita kena bersatu

kenapa mesti kita nak mengambil kesempatan untuk menyindir sesama kita…?

memang kita berbeza pendapat dalam banyak hal… tapi dalam urusan yang kita boleh sepakat dan bersatu kenapa kita perlu kusut masaikan hal tersebut?

ngo-ngo yang mana ahli-ahlinya terlibat dalam flotilla ini harus segera memberikan kenyataan rasmi bagi mengelakkan kecelaruan dan tersebar desas-desus yang tidak sahih.  Sensitiviti, kerisauan dan privasi ahli keluarga tersayang bagi mereka yang terlibat perlu dipertahankan dan dihormati, berita-berita yang bukan rasmi hanya akan menambah kekalutan.

saya membayangkan ahli umno, pas, keadilan dan yang berkecuali membuat solat hajat atau apa-apa saja aktiviti bersama yang menjurus kepada perjuangan umat Islam Palestin… banyak kita boleh belajar dari hal ini…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Gaza

Ilal Liqa’ Muhammad Moussa

KLIA 21 Sept –Adik Muhammad Moussa selamat berangkat ke Palestin malam tadi setelah berada di Malaysia selama 2 bulan 3 hari menjalani rawatan mendapatkan kaki palsu. Beliau mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak MRA dan Hospital Pakar Al Islam yang sentiasa bersama beliau. Beliau menyatakan ini adalah merupakan satu pengalaman manis yang beliau tidak akan lupakan disepanjang hayat beliau. Turut bersama beliau di lapangan terbang KLIA ialah para EXCO MRA yang terdiri dari Dr. Hyzan, Pn Yasmin, Sr. Shireen dan Sr. Fauziah.

Satu sidang media untuk mengucapkan terimakasih kepada seluruh penderma telah diadakan di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru pada hari Jumaat, 18 Sept. Sijil penghargaan telah diberikan kepada wakil-wakil dari MSRI, COMPLETE, Hospital Serdang dan Hospital Pakar Al Islam. Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik dalam ucapan beliau memaklumkan beberapa projek yang sedang dan akan dijalankan oleh MRA seperti bantuan pendidikan di Sri Lanka, bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal di selatan Thai dan bantuan berterusan di Palestin. Dalam konteks dalam negara pula, beliau menyatakan usaha berterusan sedang dijalankan membantu masyarakat terpinggir seperti orang asli, pencari suaka politik dan latihan kepada sukarelawan.

Dr. Hyzan selaku Ketua Biro Bantuan Perubatan memaklumkan bahawa pihak MRA sedang mengenalpasti beberapa pesakit lagi yang akan dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan bantuan perubatan. Disamping itu beberapa orang doktor perubatan dari Palestin juga akan dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan latihan intensif dalam bidang bius. Menjawab soalan wartawan, Dr. Hyzan menyatakan keseluruhan perbelanjaan perubatan adik M. Moussa adalah melebihi RM80,000.00 dan jumlah ini telah ditaja oleh beberapa pertubuhan dan orang perseorangan.

Adik Muhammad Moussa juga sempat menunjukkan demonstrasi bagaimana beliau menggunakan kaki yang baru walaupun masih dalam keadaan yang agak kekok. Kita semua mendoakan semoga adik M. Moussa dapat menyesuaikan diri dengan segera dengan kaki yang baru dan dapat memulakan kehidupan yang baru sebagai seorang remaja yang aktif dan dinamik, insyaAllah.

1-moussasit2

1-moussawalk1

1-moussawalk2

1-pc2

Leave a comment

Filed under Humanitarian, Palestine

Beria-ia nak lawan komunis pun tapi tak kan sampai jilat penjajah kot?

MENGKHIANATI PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kasar tajuk blog saya kali ni, tapi itulah hakikatnya – kalau naik kapal terbang kena bayar harga kapal terbanglah – tak kan lak bayar harga naik feri.

Apalah bodoh nya Pegawai Daerah Hulu Selangor nie?  Daripada membazir duit tu, baik bagi pada perajurit tanahair yang mempertahankan negara nie.  Kalaupun kalut nak tunjuk kat Boss awak tu tak suka komunis tapi tak perlulah sampai nak jilat penjajah.  Kalau nak buat “signboard” tu dulu lagi boleh buat kenapa sekarang?  Tak cukup ke dengan nama jalan yang dinamakan dengan nama Henry Gurney? dan sekolah budak jahat yang dinamakan dengan namanya jugak? 

Tahu tak Henry Gurney nie sapa? dia nie wakil penjajah.  Penjajah Inggeris yang menjajah negara ini secara paksa dan kekerasan.  Penjajah yang membunuh pahlawan seperti Tok Janggut, yang memburu Mat Kilau dan Dato Bahaman, yang membuang Abdul Rahman Limbung.  Penjajah yang mengakibatkan negara bangsa Melayu terpecah di belah utara dan selatan.  Kita hilang Pattani, Setul, Phuket, Songkhla semuannya gara-gara perjanjian British dan Siam. 

Henry Gurney adalah Ketua Setiausaha Kerajaan British yang bertanggungjawab dalam pembentukan negara haram Israel tahun 1948.  Merampas tanah umat Islam Palestin untuk mendirikan sebuah negara Zionis dan hari nie satu mamat yang dapat jawatan DO, tak pernah jumpa Henry Gurney pun, tapi Jilat licin .

Apalah punya Pegawai Daerah?  Adalah maruah sikit… malu kat pejuang Melayu yang mengalirkan darah menentang Inggeris di Nusantara nie…

http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=419603

SHAHRUL PESHAWAR – mengampu pun kena cerdik…

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Human Rights

10,000 kerusi roda untuk Gaza

truk-ubat-ubatan-gpm-masuk-ke-gaza-pada-23-jan-09
RAFAH 8 Feb. – Walaupun Israel telah menghentikan serangan terhadap Gaza, tetapi penderitaan rakyat Palestin di wilayah itu masih berterusan ekoran kecederaan dan kemusnahan yang dihadapi.
Mangsa yang cedera pula tidak mendapat rawatan sempurna ekoran kemudahan di hospital yang amat kekurangan terutama ubat dan peralatan perubatan.
Keadaan itu bertambah buruk apabila kerajaan Mesir menutup pintu sempadan di sini mulai 5 Februari lalu.
Ekoran penutupan itu, tidak ada sebarang pergerakan melintasi sempadan ke Gaza dibenarkan. Sama ada ia berupa bantuan perubatan, peralatan, doktor dan media, semua tidak dibenarkan.
Tindakan kerajaan Mesir itu menyebabkan penduduk Gaza kini terputus hubungan dengan dunia luar. Keadaan ini menambahkan lagi penderitaan dan kesengsaraan mangsa kekejaman Israel itu.
Menurut Pengarah Bantuan dan Kemanusiaan Global Peace Malaysia, Khairil Annuar Khalid, antara keperluan yang paling mendesak sekarang di Gaza ialah kerusi roda.
Katanya, hospital di Gaza tidak mempunyai kerusi roda yang mencukupi untuk kegunaan pesakit terutama ketika kecemasan.
Yang paling penting, katanya, kebanyakan kecederaan yang dialami oleh penduduk di sini akibat serangan Israel ialah di kaki dan tangan yang memerlukan penggunaan kerusi roda sepanjang hayat.
“Ramai yang kudung kaki dan tangan. Hospital pula tidak cukup kerusi roda. Kalau ada pun keadaannya banyak yang menyedihkan.
“Jadi Global Peace Malaysia akan menggerakkan kempen untuk mengumpul 10,000 kerusi roda di Malaysia untuk dihantar ke Gaza,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, tinjauan Global Peace Malaysia di Gaza juga mendapati kerusi roda sukar diperoleh di wilayah itu.
Jika ada sekalipun, kata Khairil Annuar, jumlahnya sikit dan tidak mampu menampung keperluan penduduk Gaza yang cedera selain harganya terlalu mahal.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama daripada rakyat Malaysia dan sektor korporat yang prihatin untuk menyumbang kerusi roda untuk Gaza.
Katanya, mereka juga sedia menerima kerusi roda terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk dihantar kepada rakyat Palestin.
Kata Khairil Annuar, walaupun sempadan Rafah ditutup, pihaknya mempunyai cara untuk menghantar peralatan tersebut termasuk bekerjasama dengan agensi bantuan di Palestin.
Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kerusi roda ini boleh menghantar ke pejabat Global Peace Malaysia di 2-2A, Jalan GJ 2, Batu 5 1/2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Atau telefon 03-61883230 dan faks 03-61883233.
sedutan dari:-Utusan Online

Leave a comment

Filed under Gaza, Humanitarian, Palestine

Sumbangan untuk GAZA

TABUNG AMAL & KONSERT AMAL UNTUK GAZA

Terpanggil untuk memberi komen tentang perkara nie.

Banyak betul Tabung Sumbangan untuk Gaza kebelakangan nie… ada yang yang dianjurkan oleh NGO, oleh Akhbar, oleh Parti Politik, oleh Masjid, oleh Persatuan, oleh Sekolah, oleh orang perseorangan dan bermacam lagi.

Ada Tabung Amal tu ditubuhkan oleh NGO atau Persatuan yang akan menghantar sendiri dana tersebut ke Gaza.  Mereka nie kebiasaannya bila buat Persidangan Akhbar mempunyai pelbagai rancangan dan gerakerja untuk dilaksanakan.  Mereka nie menumpukan sumbangan yang diperolehi kepada kepakaran dan kemampuan yang ada.

Ada kelompok pula yang mengutip dana amal nie tetapi tidak mempunyai ngo sendiri untuk melaksanakan bantuan di lapangan, jadinya mereka akan menghantar dana itu kepada mana-mana NGO yang memenuhi kehendak mereka dan yang berkenan dihati.

Bagi sumbangan kepada NGO yang ternama – pastinya ada pengecualian cukai diberikan, tetapi bagi NGO kecik-kecik, pejam mata sajelah.

Ada “Fund Raiser” atau Pengumpul Dana yang boleh kita gunakan untuk kempen-kempen sebegini tapi kebiasaannya mereka akan ambil komisen, paling sikit token biasa je… tapi selalunya dalam 10% ke 30%.  Tapi masih lagi boleh berbincang.

Di waktu nie juga, ramai yang nak buat jualan amal.  Saya tak nak komen banyak bab nie, tapi kalau nak ambil kesempatan dari kesengsaraan orang lain untuk menjual barang kita yang tak terjual – rasanya tak murni dan seronot lah pulak.  Dahlah tu, barang dijual harga ribu-ribu, sumbangan ke Tabung Amal hanyalah 5% je.  Patutnya bila dah nama amal – bagilah 80% ke Tabung, baki tu ambillah untuk kos minyak dan pengurusan – baru betul.

Nanti saya akan kongsi tentang “Sumbangan vs Sumbanganx”, “Pelancong Perang”, “3P-Projek pelbagai penyumbang” , “Projek Sama Pelbagai Penyumbang” dan yang berkaitan dengannya.

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Gaza, Humanitarian

Kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza” – Aman Palestin

aman-palestin

Bandar Baru Bangi – Prihatin dengan peristiwa yang sedang berlaku di dalam Palestin terutamanya tragedi yang sedang menimpa Semenanjung Gaza dan kesinambungan terhadap kempen-kempen yang dilancarkan ke atas Gaza, Aman Palestin dengan ini melancarkan kempen baru dengan nama Kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza”.

Aman Palestin memohon kepada Allah swt yang Maha Berkuasa supaya usaha ini akan diberkati dan dilipatgandakan dan ramai pihak akan turut serta menghulurkan tangan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang dikepung tetapi masih tetap bertahan dan bersabar.

Aman Palestin menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan kebajikan, syarikat-syarikat dan individu yang demawan agar membantu rakyat Palestin. Kempen ini ingin mengumandangkan bahawa:-

– Gaza masih lagi merintih dan merayu di bawah himpitan kepungan.. segala rumah dan penempatan telah dimusnahkan, anak-anak dan wanita menjadi pelarian.. keperluan hospital semakin mendesak dan bertindih-tindih… tenaga eletrik diputuskan… kadar pengangguran semakin meningkat secara drastik.. keperluan makanan semakin berkurangan, sukar untuk didapati dan harganya melambung tinggi.

– Ubat-ubatan telah pun kehabisan, sumber-sumber tenaga diberhentikan… kehidupan terbantut… pesakit-pesakit yang cedera dan sakit sudah dijemput kematian… kanak-kanak menderita kelaparan …. Gaza masih lagi MERINTIH dan MERAYU…

Dengan ini Aman Palestin melancarkan kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza” untuk keluarga Palestin yang berada dalam kepungan. Skim ini meliputi bantuan segera untuk keperluan asasi (makanan, kesihatan dan keperluan-keperluan hidup yang wajib). Skim ini menawarkan kupon RM 250 seorang. Kempen ini mensasarkan 20 ribu keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Buat masa ini Aman Palestin sedang berusaha untuk menghantar konvoi bantuan ke Palestin. Ayuh !!! segarakan bantuan, sertailah skim ini. Skim yang akan memberikan saham keuntungan kepada kita di akhirat nanti.

Hulurkan sumbangan Anda ke akaun .

Dana dan Sumbangan : BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787 

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717

Pastikan sumbangan ANDA disalur kepada agensi yang mempunyai kapasiti dan kemampun untuk menyampaikan bantuan tersebut terus kepada umat Islam Palestin.

SHAHRUL PESHAWAR

 

2 Comments

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian