Tag Archives: Ramadhan

Hulurkan Sumbangan anda kepada MRA

Kepada sesiapa yang ingin melipatgandakan amalan dan sedekah di bulan Ramadhan ini, anda dijemput untuk menghulurkan sumbangan / sedekah / zakat / derma / pelaburan kepada kami di Malaysian Relief Agency untuk diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan anda walaupun sedikit amat kami hargai.

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MAYBANK: 5640 9820 6365)

Shahrul Peshawar

 

Advertisements

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, Kempen-kempen, Refugee

Ramadhan di Charsadda, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Saya masih ingat ketika banjir besar melanda Pakistan dalam Ramadhan 1431.  Saya ke sana sebagai ahli Misi Pertama MRA merangkap Koordinator Projek Banjir Pakistan bersama dengan Dr. Shahrizal Azwan (Dr Azwan) yang ketika itu merupakan Pengarah Tim Perubatan MRA.   Dr. Azwan berkhidmat di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru.

Ketika kami berkumpul di Stesen Sentral KL, Dr. Azwan ditemani oleh isteri beliau, manakala dari MRA diiringi oleh Cik Fauziah Tahar dan Sdr. Mohd Ridhuan.  Saya takde siapa nak hantar, sebab keluarga saya termasuk anak-anak semuanya berada di Kedah.  Yang hantar saya hanyalah Sdr. Zambry Salleh, sahabat yang punya teksi.  Sepanjang perjalanan dari Stesen Sentral ke KLIA saya dan isteri berutusan SMS saja, tak sampai hati nak telefon.

Kami tiba di Bangkok, dan kena transit lama gak, ada dekat enam jam.  Melepek gak kat airport.  Dr. Azwan ok, dia steady… dia rajin boleh rayau satu airport.  Dr. Azwan siap boleh beli macam-macam juadah.  Aku seperti biasa, memang akan bawa coklat spare dalam setiap perjalanan, so aku puas melantak coklat je jawabnya.

Ketika kami tiba di Islamabad, cuacanya nyaman tapi terasa bahang kepanasan.  Kami tiba jam 11.30 malam tapi terpaksa keluar dari airport sekitar jam 12.30 malam sebab ada masalah teknikal dengan ubat-ubatan yang kami bawa.   Tapi berkat kesabaran dan diplomasi tahap gaban, kami akhirnya dapat bawa semua ubat-ubatan keluar.  Walaupun melalui pengalaman perjalanan yang panjang dan agak tertekan, namun kami tetap ceria dan bersemangat.

Diluar, sudah menunggu dua tim yang akan membawa kami ke destinasi yang telah dirancang.  Saya terus ke Peshawar bersama tim ISRA dan Dr. Azwan tinggal di Islamabad bersama tim PIMA.

Ketika Dr. Azwan sedang bersiap untuk bersahur, saya masih lagi dalam perjalanan ke Peshawar. 

Misi kali ini, pada saya sangat mencabar.  Walaupun bumi Pakistan bukan asing bagi saya tapi kali ini saya terasa kelainannya, dengan bahang yang membakar, debu yang menyesakkan, air yang sedikit, bulan Ramadhan… ianya sangat sulit dan mendesak.  Hebat ujian ALlah pada umat Islam Pakistan.  Dua tahun terdahulu mereka diuji dengan gempa bumi Kashmir, juga di bulan Ramadhan.

Bersambung.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee, sukarelawan

Dekat Di Mata Lekat Di Hati – Kempen Ramadhan MRA bermula

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Gambar Common Kitchen di Charsadda

“Common Kitche” atau “Dapur Medan” kelolaan MRA

Nasi yang siap dibungkus, sedia untuk diagihkan

penduduk berhampiran datang untuk mengambil nasi

penduduk yang tinggal jauh, MRA hantar menerusi kenderaan pacuan 4 roda

penduduk amat menghargai pemberian ini

inilah nasi yang diberikan kepada mangsa banjir dan inilah juga nasi yang kami nikmati untuk berbuka puasa

jemput berbuka…

sumbanglah kepada mangsa banjir ini melalui MRA, kami akan pastikan sumbangan anda sampai kepada mereka yang memerlukan.

akhir sekali… doakanlah agar mereka selamat di bulan yang mulia ini… anda adalah saudara mereka, dunia dan akhirat.

SHAHRUL PESHAWAR di Charsadda.. tengoklah dalam goggle kat mana tempat nie…

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

Lagi gambar di kawasan banjir

 

air masih bergenang, penuh dengan lumpur tebal

penduduk berpindah ke lebuhraya

khemah penduduk.. cuaca cukup terik

Dr. Azwan mengagihkan botol air minuman kepada penghuni khemah yang redha dan sabar dengan ketentuan ini.

cukup dulu gambar-gambar ni.. nanti saya update lagi bila elektrik ada.

Shahrul Peshawar in Peshawar.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

Kempen Baju Raya GPM… layan…

Perlukah kita beli baju raya pada setiap kali Aidilfitri?
Pasti ramai yang menjawab PERLU!
Sepasang cukup?

SEKEJAP!

Pernah tak terfikir bagaimana jika kita tiada baju raya?
Dan bagaimana perasaan anda jika anda dihadiahkan sepasang baju raya?
Pasti GEMBIRA bukan?

JADI..

click to zoom

Tidakkah anda mahu melihat saudara kita pun GEMBIRA?
Mereka ingin sekali mendapat baju raya..
Tapi mereka tiada kemampuan membelinya.. apatah lagi untuk menempahnya.

Ayuh kita sumbangkan RM50 untuk saudara kita di KEMBOJA.
Mereka inginkan baju Melayu dan baju kurung untuk Aidilfitri nanti..

click to zoom

Kami sediakan program ‘Sepasang Seorang’ dengan menyiapkan keperluan lelaki dan wanita Kemboja di sini, dan kami bawakan pakaian siap itu kepada mereka.

Sila hubungi, SUHAIL (017-6144026/017-6665970) untuk urusan selanjutnya.
Terima kasih atas perhatian.
click to zoom

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Kempen-kempen, Kenyataan Media

Kempen Kupon Ramadhan 1431 GPM – rm30 je

Assalamualaikum wrt wbt.

Yang berbahagia saudara dan saudari,

Salam Ramadhan Kareem.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Global Peace Mission (GPM) sekali lagi menganjurkan majlis iftar bagi golongan yang memerlukan di beberapa buah negara seperti:

  • Thailand
  • Myanmar
  • Afghanistan
  • Palestin
  • Laos
  • Sri Lanka
  • Filipina
  • Kemboja
  • Chechnya

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan saudara dan saudari bagi memastikan golongan yang kurang bernasib baik ini tetap dapat menikmati juadah berbuka puasa seperti umat Islam lain dalam menyempurnakan rukun Islam yang ketiga.


 KUPON RAMADHAN GPM
RM 30
Iftar satu keluarga

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun GPM sebelum atau selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431H (Sabtu):

Bank Islam: 14 0230 1002 9224
Maybank: 564 221 611 602

Slip bayaran boleh difaks/dipos kepada GPM atau diSMS ke nombor 010 – 400 2324. Sertakan nama, no telefon, alamat, tujuan sumbangan, jumlah sumbangan dan nombor rujukan bayaran untuk tujuan penghantaran resit.

Semoga Allah swt menerima amal kita. Ameen.
Terima kasih, wassalam.

“Bantulah fakir miskin berbuka di bulan yang mulia…”

“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan”

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A, Jalan GJ2 Batu 51/2 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230   Fax: +60 3 6188 3233
Email: gpmhq@yahoo.com   Website: www.gpm.com.my

Leave a comment

Filed under Inilah dunia, Kempen-kempen