Tag Archives: SPR

Seseorang perlu berUNDUR…

Kita ada pilihan nak laksanakan yang BERSIH atau nak kekalkan yang KOTOR.

Benchmark pihak berkuasa ialah Demonstrasi mesti digagalkan walau apapun terjadi.  Justeru, pelbagai tindakan termasuk ugutan telah dilakukan secara suka dan paksa.  Malah siap ada “klip” yang keluar di TV menghalang orang untuk turut hadir.  Malah ada “terompah kayu” yang mereka “khutbah” yang senada dengan “klip” di TV untuk membodohkan jemaah di Masjid.

Hakikatnya, semua pihak yang terlibat untuk membatalkan demo ini telah gagal:-

1.  FRU – tanpa unit lain, termasuk Unit Udara, Unit Trafik, Unit Kuda, Unit Anjing, VAT 69, Forensik… kome tak leh nak buat apa…  FRU gagal untuk kawal situasi – memalukan…

2.  MEDIA ARUS PERDANA – Kena hantar wartawan yang boleh mengira dan ada otak sikit.  Bila jalan dah kena blok dengan Polis – memanglah lengang dan takde orang di atas jalan. Cari makan pun biarlah ada integriti dan bukan membuta tuli.

3.  NGO NYAMUK – Berdengung-dengung bunyi sebelum demo, masa demo tu hilang langsung tak dengar habuk pun.

4.  Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR – Korang sure kena resign.  Sebab gagal memahami aspirasi rakyat.  You are paid to serve the people and the country.  You are not paid to speak on behalf of any leaders…

5.  Ketua Polis Negara – Tuan kena LETAK JAWATAN.  Tuan gagal MENGHALANG DEMO dan tuan juga telah gagal MENGAWAL KEAMANAN.  Tuan tak pernah didik anak buah untuk beradab dan berakhlak ke?  

6.  UMNO – berhimpun dan duduk atas kerusi empuk di PWTC tidak menyelesaikan masalah rakyat jelata dan penipuan dalam pilihanraya – jumlah yang duduk dalam dewan PWTC tak boleh tanding jumlah peserta BERSIH.  Kehadiran peserta PWTC pastinya dipaksa dan boleh claim.  Peserta BERSIH datang dan sedia untuk menanggung risiko.  Tak ada sesiapa yang akan bayar claim dan elaun.

Shahrul Peshawar – No retreat and Never Surrender

gambar ihsan dari Wartawan Rasmi Laman Reformasi  http://wrlr.blogspot.com/

 

 

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights

Kita boleh berubah!….

Kalau lalu atau singgah di Hulu Selangor, kita akan tengok banyak poster-poster gergasi dan mini gergasi.  Ada dua tiga NGO yang tidak terkenal turut mengambil kesempatan memacak posternya mungkin bertujuan untuk memancing ahli.

Kalau di pilihanraya Ijok dulu kita dapat lihat pemuda UMNO dengan baju berlogokan kalajengking “scorpion” tapi kali ini ada juga ala-ala elit grup UMNO, tapi bajunya tertulis di belakang “KOMPUS” – aku tak tahu maksudnya apa – mungkin KOMPOS kot… tapi setahu aku mana boleh UMNO = KOMPOS, UMNO mesti sama dengan APCO.

Yang menarik aku nak menulis nie ialah satu tema yang BN dok guna – Kita boleh berubah… Aku tak tahu kenapa diaorang nak berubah.  BN dah teruk tindas rakyat, BN dah teruk gadaikan maruah dan keselamatan negara.  BN dah teruk rosakkan nama negara di mata negara luar.  BN dah teruk jatuhkan nilai Ringgit.  BN dah teruk jatuhkan kredibiliti negara dalam urus tadbir negara – rasuah, lembap, pecah amanah, kronisme.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam bab kehakiman dan keadilan.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam hal kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Bila BN mengaku KITA BOLEH BERUBAH, aku tak nampak ada sebarang elemen positif dalam slogan nie melainkan BN boleh berubah menjadi lebih teruk dari apa yang ada hari ini. Jangan mimpi BN akan berubah dari seekor beluncas menjadi rerama berwarna yang indah, tapi yang mungkin boleh dibayang ialah seekor ulat yang berubah menjadi seekor langau hijau.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh SPR dalam isu pemindahan tempat mengundi bagi sebahagian pengundi nie tak dapat aku nak gambarkan dalam keadaan lebih baik lagi selain menyamakan tindakan ini sama seperti jahatnya pengedar dadah yang selayaknya dihukum gantung.  Pengerusi SPR aku percaya tidak punya maruah dan tidak punya integriti apabila boleh membuat pemindahan ini atas dasar SPR berkuasa untuk melakukannya tetapi dalam masa yang sama gagal untuk melaksanakan tuntutan lain seperti menangani kewujudan pengundi hantu dan calon BN – si Kama… sendiri adalah bukti sahih seorang pengundi hantu.

Pengerusi SPR tidak pernah tahu mungkin bahawa didalam dunia ini, sudah banyak regim yang zalim boleh jatuh apabila rakyat bangkit berjuang.  Biarlah sejarah kita ditulis dengan tinta emas atau darah yang merah… bukan selain darinya…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

Muktamar PAS ke 55 – Adios Pakatan Hola Barisan

Apa korang nak kata. Katalah.

Aku lihat politik budak-budak dah mula balik dalam PAS. Tokoh-tokoh dari Kelantan hampir semua tercantas, dan bendul-bendul yang setakat orang dalam parti je suka tapi rakyat belum tentu suka naik adalah sesuatu yang cukup mengharukan.  Dengan lagak ala SPR, jawatankuasa pegundian PAS aku rasa perlu kelihatan lebih telus dan bersih.

Sebagai orang luar, aku punya kira-kira senang je, “pihak-pihak tertentu” dah mungkin membuat congakan bahawa Mursyidul Am yang ada sekarang nie agak tegas dan tak suka nak bergabung dengan UMNO (Tuan Guru tak pernah kata tak nak berdamai, dia cuma tak nak bergabung je sebab ada kenangan dan pengalaman silam). Jadinya, dalam tempoh terdekat nie, dengan kesihatan yang agak merosot, Tuan Guru pastinya bukanlah penghalang utama, tapi “prodigee son” nya beserta “The A-team” akan kekal menjadi batu penghalang. Untuk menjayakan kerajaan perdamaian nie, makanya team yang cintakan UMNO ini perlu dinaikkan, kononnya untuk kepentingan umat dan bangsa Melayu atau apa saja alasannya.

Antara perkara yang aku jangka akan berlaku ialah perpecahan antara PAS dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain.  PAS akan mula mengintai UMNO lebih kerap lagi – yelah… mandat baru dapat, masih fresh.  Berdamai dengan UMNO aku lihat bukan cita-cita PAS tapi cita-cita dan cinta beberapa individu dalam PAS yang mengharapkan habuan (maaflah, agak kasar sikit.) sementelah dunia politik mereka tidak ketentuan (if you cannot beat them… joint them).

Kesan dari perpecahan ini, PAS akan kehilangan undi bukan Melayu.  Makanya dalam pilihanraya akan datang, jumlah orang bukan Melayu yang mengundi PAS akan jatuh merudum.  Puak yang pro-umno dalam PAS ni bukan peduli pun dengan pengundi-pengundi bukan Melayu, sebab diaorang nie selalu berada di zon selesa orang Melayu…

Aku rasa tokoh-tokoh yang kalah hari tu, terutamannya yang rapat dengan Anwar Ibrahim tak akan dimasukkan dalam struktur organisasi PAS bagi memastikan pengaruh mereka terus merudum.  Inipun selaras dengan kehendak kekasih baru – UMNO.

Aku malas nak komen banyak, cuma aku rasa pengundian tempohari ada yang tak kena, banyak sangat SB berkeliaran… oppsss.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Di Minda Saya

SPR semakin kehilangan ke-JANTAN-annya

SPR = Badut Jahat

SPR = Badut Jahat

Macam biasa, bila lambat umum akan ada saja benda baru dan tak disangka-sangka akan timbul.  Tapi semua trick tu kita dah boleh agak, siap simpan dalam poket depan lagi.

Dalam Pilihanraya 8 Mac 2008 dulu, masih ingat tak “Tragedi Cat Merah”… konon ada orang campak pada rumah Pengerusi SPR zaman tu.  Yang best kereta Kancil kena cat tu, Merc tak kena pulak. 

Lepas tu SPR janji nak tanda jari dengan dakwat – lepas tu dah dekat nak pilihanraya dia kata tak praktikal lah, bla-bla-bla.

Yang best – dia cuma tukar peti undi jadi lut-sinar untuk menampakkan ketelusan.

SPR nie ingat dia kerja zaman type-writer lagi – kadang-kadang jari terselit antara kekunci.  Dia tak sedar, sekarang nie dah zaman wireless.  Orang boleh terima-hantar emel kat handphone je. 

Cara dia marah pasal pondok panas (barong) dengan penyokong datang beramai-ramai tu cam IKLAS je, tapi semua orang tahu itu semua sebahagian daripada perancangan jahat penguasa zalim.

Korang tengoklah penipuan di Penanti kelak – dari pengundi hantu, petugas SPR = petugas UBN, jawatankuasa peti undi semua orang yang cenderung pada UBN, kempen pilihanraya dalam TV ikut suka hati diaorang  aje, pertambahan kertas undi, faktor polis, kemasukkan agensi-agensi kerajaan pusat dan sebagainya. 

Aku akan turun habis-habisan – Di Mulut Naga lagikan ku Rebut – Inikan pula ditangan Najib dan Muhyiddin… chit…

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Penamaan calon Penanti 23 Mei, mengundi 31 Mei

Oleh Saufi Hamzah
sofeeham@bharian.com.my


ABDUL AZIZ menunjukkan peta DUN Penanti kepada Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu, Roslan Yahaya selepas sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, semalam.

SPR larang dirikan pondok panas, 15,384 pemilih layak undi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei dan mengundi 31 Mei ini jika ada pertandingan.

Pada masa sama, SPR tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir hari pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima pemakluman rasmi Speaker DUN Pulau Pinang mengenai kekosongan kerusi berkenaan pada 17 April lalu yang menyertakan surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin, bertarikh 19 Mac.

“Selepas meneliti pemakluman serta salinan surat peletakan jawatan berkenaan, SPR bersetuju kerusi DUN N12 Penanti disahkan kosong berkuat kuasa pada 17 April lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang dikemaskini sehingga 16 April lalu mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pengundi pos.

Katanya, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi ialah di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, manakala pengundian, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Prai Tengah.

Katanya, SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang akan memantau pemasangan bahan dan kegiatan kempen sepanjang tempoh berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang 31 Mei.

Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguat kuasa SPR dan dianggotai masing-masing seorang pegawai polis, wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon.

Pengundi boleh membuat semakan melalui laman web SPR http://www.spr.gov.my atau melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888 mulai 8 Mei ini.

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

BN (Bang Najib) kata tak nak tanding Pilihanraya Kecil Penanti…

tkm1-ko

PEKAN 18 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang atau sebaliknya.

Nak baca selanjutnya pegi kat sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm (tapi tak perlu beli suratkhabar nie)
Shahrul Peshawar

Aku rasa pelik lah, BN pulak yang dah istihar tak nak bertanding.  Janganlah macam tu, inilah saja masanya orang kampung, baik penyokong BN atau PR boleh dapat keuntungan (durian runtuh) daripada beras sekampit dan sekotak pensel warna sehinggalah sebatang jalanraya atau sebuah balairaya.

Berilah orang Penanti peluang untuk dapatkan bantuan baru…

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Pilihanraya kecil lagi?

Lah… baru je habis Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menyaksikan BN terpelanting (favorite word Mohd Fairus Khairuddin). Batang Ai tak boleh nak buat banyak sebab banyak peti undi naik helikopter – jawabnya sendiri mau ingat lah apa jadi.

N12 Penanti… hmmm…

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu ada naik satu banner – “Selamat Datang ke Kubu Terkuat PKR”.  Bunyinya cam angkuh je, tapi itulah hakikatnya.

BN khususnya UMNO akan cuba untuk mengelak pilihanraya kecil ni.  Mana larat nak terima kekalahan berturut-turut.  Jadinya, BN akan gunakan SPR untuk jadi jurucakap.   Pelbagai alasan akan diberikan seperti pilihanraya nie buang masa, buang duit dan sebagainya.  Sebenarnya satu je, tak sanggup kena kutuk satu Malaya sebab kekalahan berturut-turut.

Apapun, si Fairus tu betul ke nak sambung study?  Aku tak berapa percaya cakap dia nie. 

Dulu dia belasah YB Shahbuddin pasal jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang – Lepas tu dia nak saman Siasah, takde apa pun. 

Apapun, jumpa lah lagi kita di N12 nanti – jemput minum Radix di gerai depan Masjid Kubang Semang.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

1 Comment

Filed under Anwar Ibrahim, Di Minda Saya, Kempen-kempen