Tag Archives: tutup Aurat

Fesyen Menutup Aurat ala Rosmah

Kerjasama promosi pakaian Islam

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA dan ZULAIKHA ZULKIFLI pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Mei – Malaysia dan Qatar akan bekerjasama dalam mempromosikan pakaian Islam terkini termasuk di pasaran Barat.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, persetujuan mempromosi pakaian bercirikan busana muslim itu dicapai antara beliau dan Permaisuri Sheikha Mozah Nasser Al Missned.

Katanya, dengan langkah itu, secara tidak langsung ia meningkatkan pengetahuan orang Barat tentang Islam melalui dunia fesyen.

“Kita mahu orang Barat menyedari bahawa Islam itu luas termasuk menerusi dunia fesyen yang mempunyai pelbagai rekaan yang dicetuskan namun masih dengan konsep menutup aurat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Permaisuri Sheikha Mozah sempena lawatan negara dua hari bersama suaminya, Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani yang berakhir hari ini di sini hari ini.

Rosmah yang juga Penaung Permata berkata, pada peringkat awal, Malaysia akan mengadakan pertunjukkan fesyen busana Muslim di Qatar sebelum melakukan promosi ke pasaran Barat.

Bagi mempelbagaikan koleksi busana Muslim, jelasnya, pereka-pereka fesyen Festival Fesyen Islam (IFF) di bawah Pengarah Urusan Nusantara Gems Sdn. Bhd, Datuk Raja Rezza Shah merupakan induk utama dalam projek berkenaan.

“Kita juga akan bergabung dengan pereka fesyen Indonesia dan negara Islam lain kerana rekaan ditampilkan oleh negara-negara berkenaan mampu menarik lebih ramai pengikut fesyen di Barat,” katanya.

Katanya, Qatar juga akan menjalin hubungan rapat dengan Malaysia melalui Program Permata yang menarik minat Permaisuri Sheikha Mozah.

Shahrul Peshawar – Baru aku tahu orang Barat sebenarnya jahil pasal fesyen mesyen nie… terutamanya fesyen Islam.  Yang dulu kecoh kat Perancis, UK dan German pasal tudung tu sebab diaorang nie tak tahu fesyen pakaian Islam lah gamaknya…

1 Comment

Filed under Di Minda Saya