Daily Archives: July 23, 2008

muzakarah dengan umno

I

PAS rancang nak buat muzakarah senyap-senyap je, taknak rakyat kecoh dan pengikut panik.  Yelah – tawaran muzakarah pun bukan sebarang tawaran – Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pusat, Ketua Menteri, Senator, dan bermacam-macam lagi.. nak tunggu sampai bila lagi?  Tapi yang HEBOHkan cerita pasal muzakarah nie ialah Pak Lah, nak publisiti untuk selamatkan karier – kenapa segelintir pemimpin PAS masih boleh terjelir lidah dan terbuntang mata untuk muzakarah dengan umno – tak paham betul.. macam tak pernah kena tipu sebelum nie..

II

Muzakarah tu kenapa sekarang? ketika PAS sedang selesa memimpin tiga buah negeri dan memenangi kerusi di beberapa buah negeri kebal umno suatu masa dahulu.  Kenapa tak nak buat muzakarah semasa umno tawan Terengganu dulu, ataupun sebelum pilihanraya umum? Muzakarah dengan BN nie boleh juga jadi Mufarakah dengan PR kesudahannya…

III

Segelintir pemimpin PAS mahu memilih jalan singkat ke putrajaya, jalan yang tidak bertol nampaknya.  Dulu hardcore PAS selalu kata Anwar masuk dalam tong tahi dan gagal nak bersihkan tong tahi tu dari dalam, tapi sekarang nampaknya segelintir pemimpin PAS pun dah mula nak main dengan tahi pulak hahahaahahahaha…

IV

Apa yang PAS akan dapat dalam muzakarah nie dan apa pula yang umno idam-idamkan?  Akan dapat ye! Belum tentu dapat lagi… apakah ianya akan menguntungkan PAS dan Islam atau HANYA menguntungkan segelintir pemimpin PAS yang bekerja terlebih kuat untuk muzakarah nie.

V

Kenapa muzakarah nie tak diceritakan dalam HARAKAH?  Ini jelas menunjukkan bahawa ada elemen “agenda tersembunyi” antara umno dan segelintir pemimpin PAS yang sedang sarat memikirkan “percent” dan “persint” yang bakal dinikmati.  Nanti, kalau muzakarah nie dah settle – mungkinkah ISLAM Hadhari di BOLEHKAN dan adakah Undang-undang Hudud dapat dilaksanakan ATAU TUNGGU MUZAKARAH LAIN?

Jangan sampai orang kata beza PAS dengan UMNO hanya satu saja – PAS mula muktamar baca DOA, UMNO mula Persidangan nyanyi lagu, yang lain saling tak tumpah.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under 1, Di Minda Saya