Tag Archives: Pakatan Rakyat

Simulasi SAHABAT MUDA MRA di KRM Taiping

EMPAT orang jejaka tampan yang berusia diantara 13-15 tahun ini sedang membantu kami menjayakan sesi simulasi MYCORPS di Kompleks Rakan Muda, Taiping.

Mereka melakonkan watak sekumpulan remaja di sebuah negara konflik yang menjadi mangsa kepada letupan jerangkap samar, walaupun mereka bukan anggota tentera tetapi mereka turut terdedah kepada bahaya sebegini…

Tahniah dan Syabas kepada adik-adik ini….

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under 1

PASir oh PASir… ambik pasir boleh hilang air rupanya…hmmm

“Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan  KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010).”
Petikan perenggan akhir Kenyataan Akhbar YAB MB Selangor 14 Julai 2010

Hari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan.   Macam-macam pendedahan.  Sudahlah dijalanan banyak pendedahan yang menghakis pahala kini diakhbar juga ada banyak pendedahan, cuma yang dihakis oleh akhbar ialah kewarasan dan kebenaran sesuatu “pendedahan” tersebut.

DS Najib telah memulakan marathonnya untuk menyiapkan BN menghadapi pilihanraya akan datang, seperti kebiasaan acara sukan, peserta bukan boleh terus lari pecut… kena lari perlahan-lahan… dan dalam mood perlahan-lahan nie, kita boleh lihat bagaimana Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah digasak… 

Minggu nie, paling best tengok bagaimana strategis umno dan bn, termasuk strategis yang digajikan oleh JPM merencana taktik untuk mengocakkan pentadbiran negeri-negeri pakatan rakyat terutamanya Selangor.  Aku rasa terharu sangat bila Khir Toyo bercakap soal alam sekitar, soal kelestarian alam, bagaimana air bersih boleh berkurangan, bagaimana kalau tanah dikorek bakal merosakan ekologi dan begitu dan begini.  Kalaulah dia cakap macam tu masa kes Bukit Cherakah dulu… tentu dia dijulang rakyat.

Khir Toyo juga mahu Kumpulan Semesta ditutup dan kerja-kerja pasir diserahkan kepada PTG untuk diuruskan.  Begitu tawadhuk dan “concern” aje bunyi statementnya tu… hahahahahahahah…. ini lah jadinya bila banyak buat facial treatment, kita je cantik orang lain semua buruk.

Sudah-sudahlah membohong.  Zaman BN dulu apa yang tidak dikerabat untuk kroni dan penjilat?  Bukit lagi ditarah, inikan pulak pasir lombong dan sungai.  Apa kerajaan dapat?  Apa rakyat biasa dapat?  Tak ada apa.  Hari nie bila Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat perintah, rakyat dapat semua manfaat.  Dari yang baru lahir sampailah yang telah meninggal, semua ada bahagian yang disediakan, ringan sama dijinjing – berat sama dipikul.  Inilah namanya rakyat diutamakan…

Yang marah sangat pasal isu pasir di Selangor kenapa? Adakah mereka yang marah tu pencuri-pencuri pasir haram yang dilepaskan oleh penguasa tempatan sebelum 8 Mac 2008 dan kini telah kehilangan punca pendapatan lumayan, atau bekas pemegang tampuk eksekutif yang berkongsi keserakahan dan kini telah kehilangan “sumber pendapatan tidak rasmi bulanan” yang hampir tiada had… ataupun rakyat-rakyat kecil yang terpaksa melalui jalan-jalan lopak dan lecak yang dtinggalkan oleh lori-lori mengangkut pasir – yang halal dan yang haram.

Apapun, tahniah kepada Dato Anuar (boss SEMESTA), orang yang sederhana tetapi tajam.  Anda boleh temui beliau di surau kecil dan pasar malam je.    Teruskan kerja Dato’, pegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Shahrul Peshawar

 

8 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Hulu Selangor – Selamat Mengundi

Selamat Mengundi kepada seluruh warga pengundi P094.

Undilah Calon yang terbaik.

Straight to the point.  Kurangnya pembangunan di Hulu Selangor disebabkan oleh 3 orang ADUN BN yang tak buat kerja…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Bila Fitnah Arak tak menjadi dituduh pulak Kaki Judi

Apalah mabuk puak nie, memfitnah orang tak habis-habis.  Bila isu kaki arak mendapat respons sebaliknya dari pengundi, dituduh lah pulak kaki judi.  Lepas nie kaki betina lah pulak kot.

Jangan main isu peribadi lah dan janganlah memfitnah.   Semalam, Kamalanathan pun kata dia tak suka fitnah.  Orang Hindu pun tak suka fitnah, ini kan pulak orang Islam… memalukan betul.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Kempen-kempen

Shahrizat ingat semua orang tua gila duit…

Aku tak faham kenapa Shahrizat nak ucap takziah pada warga tua di Pulau Pinang, inilah bila dah tak hormat pada orang, orang hidup diucapkan takziah.

Shahrizat ingat semua orang dalam dunia nie umno agaknya, yang makan duit dengan lauk pauk.  Kami tak kelapaq lah.  Ingatan dan kasih sayang tu yang penting, bagi sebab ada muslihat mana ada berkat – dunia hina – akhirat merana.

Kerajaan PR Pulau Pinang baru usia berapa tahun?  Itupun dah boleh bagi RM100.  Tapi Shahrizat lupa, BN perintah Pulau Pinang berapa lama?  Apa yang orang tua dapat?  Yang hari-hari keluar dalam rancangan Bersama Mu tu sapa? Semua orang sokong pakatan rakyat ke? 

Inilah dia bila seorang Menteri menilai harga diri dan maruah manusia dengan ringgit.  Guan Eng bagi bukan sebab kat Pulau Pinang ada pilihanraya, nak beli undi atau nak ajak orang datang dengar ceramah seks dari BN, tapi Guan Eng bagi sebab dia prihatin, kerajaan PR prihatin.

Oklah kalau RM100 tu sikit… berapa BN boleh bagi?  Pakcik dan makcik tu bukan kesah berapa RM depa dapat, tapi yang mereka kesah ialah mereka dihormati, diingati dan dikasihi…

Apalah Shahrizat, murah sangatlah takziah you.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under 1

Ulangtahun 8 Mac


8 Mac 2008 hingga 8 Mac 2010

Senario Semasa:-
Ada satu negeri telah dikebas semula oleh sang lanun bermata SATU.
Ada beberapa ahli parlimen dan adun yang rebah, tersungkur, tersandung dan keluar dari jalan yang disepakati atas pelbagai alasan – hilang keyakinan, silap pertimbangan dan yang terbaru demi agama, bangsa dan rakyat… hihihihi
Ada yang mati, ada yang dihina, ada yang terpecat, ada yang didakwa, ada yang didiamkan, ada yang jadi tulang belakang, ada juga yang menikam dari belakang.

LAWAN TETAP LAWAN
LAWAN SAMPAI MENANG…

Lupakan tu semua.

1. Anwar terus menjadi sasaran BN. Anwar terus menerus menjadi igauan paling menakutkan UBN.
Tak cukup Anwar, isterinya Wan Azizah pun dipalit sama, anaknya pun dijadikan mangsa juga. Anwar adalah musuh UBN yang cukup merimaskan. Pendedahan Anwar cukup mereka risaukan. Dikaitkan Anwar dengan isu liwat siri ke-2. Pelakonnya lebih “cerdik” dari Azizan dulu. Tapi faktanya tetap terpesong dan mengarut.

2. Dokongan kuat PAS didalam pakatan rakyat cukup tidak disenangi. Pelbagai usaha dilakukan untuk memecahkan ikatan persetiaan ini – kerajaan perpaduanlah diberikan nama… dicucuk sana dicucuk sini namun semuannya menemui jalan buntu… namun jarum halus ini telah berjaya juga mencucuk segelintir penyokong. Apapun, PAS adalah tulang belakang kepada pakatan, sokongan dan dokongan padu PAS hanya ALlah sahaja yang dapat membalasnya. Orang BN jadi ADUN besarkan rumah dan tambah kereta, orang PAS jadi ADUN pindah rumah kecil dan ada yang jual rumah dan tanah pulak.

3. Dokongan kuat DAP kepada Pakatan Rakyat turut menggusarkan UBN terutamanya didalam mengaut undi cina dan bukan melayu. Kejayaan kerajaan Pulau Pinang dan kerjasama erat PAS & DAP dalam kerajaan sah Perak adalah bukti komitmen pada di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan. Memang jelas perbezaan kita dari segi akidah dan ras, akan tetapi ada yang kita sokong dan sepakati bersama… atas titik persamaan inilah kita bekerja.

4. KeADILan adalah komponen paling lemah dalam Pakatan. Justeru, ianya akan diserang dari segenap sudut dan penjuru. Baik Wanita, Angkatan Muda dan seluruh jentera ranting dan cabang semuannya akan dipecah belahkan oleh UBN menggunakan segala ranjau yang mereka miliki termasuk beberapa orang “espion” yang duduk sibuk mengatur pergerakan parti.

5. Kejayaan pentadbiran Pakatan di LIMA buah negeri yang dimiliki amat menyenakkan perut pemimpin UBN. Setelah menjajah sebuah negeri pakatan – PERAK, serangan ditumpukan ke negeri-negeri yang lain. Beberapa tohmahan dan fitnah yang dikenakan telah dapat ditangkis dengan baik dan berhikmah, isu kepala lembu, PKFZ, Kg. Buah Pala, Perarakan Maulidur Rasul, isu ALlah, kuota perumahan, isu Air bersih, royalti petrolium dan sebagainya..

6. Bila TPM sanggup merendahkan diri memaklumkan kepada rakyat bahawa bolehlah dianggap kerajaan pakatan di negeri-negeri yang ditadbirnya gagal, ianya jelas menunjukkan bahawa TPM ini telah kehilangan punca dalam memberikan alasannya. Membandingkan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat yang mempunyai bajet berbillion ada seperti membandingkan enjin parut kelapa dengan enjin jet kapal terbang (yang belum hilang).

7. BN semakin terdesak untuk memburukkan Pakatan. Walaupun kelihatan Pakatan sedikit porak peranda dalam dua tiga minggu nie ianya tidak langsung bermakna BN semakin kukuh. Krisis MCA, krisis PPP, krisis dalaman UMNO dan masalah kepimpinan dalam MIC terus berserabut malah semakin genting pula jadinya.

8. Penggunaan dua-tiga orang bekas orang Keadilan untuk menjadi juak umno, mengangkat martabat insaniahlah, karamah insaniahlah (whatever) sudah dijangka. Serangan demi serangan menggunakan media arus perdana (menteri) adalah lumrah dan tidak ada sengatan sangat. Tak luak apa pun, cuma mereka yang rasa syok sendiri saja.

Cukup setakat nie nukilan saya untuk ulangtahun 8 Mac. Semoga kerajaan negeri pakatan terus makmur dan sejahtera. Kitalah pilihan dan kehendak rakyat.

DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT DEMI RAKYAT
Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

ISU YBK – Bagi ajelah laporan audit tu kalau korang ada. Kalau Tak ADA katalah Tak ADA.

KENYATAAN MEDIA

12 JANUARI 2010

KERAJAAN NEGERI MAHU LAPORAN AUDIT KEWANGAN YBK

Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membuat laporan audit yang memperincikan perjalanan kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberikan untuk menjalankan program membasmi kemiskinan.

Mengikut pemantauan Kerajaan Negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini dan bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan.

Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Kerajaan Negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang rencanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin.

Perkara ini mungkin tidak timbul dahulu kerana pentadbiran terdahulu dibawah Kerajaan Barisan Nasional tidak memberi keutamaan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban  sehingga ada aduan yang mengatakan program YBK berbaur kepentingan politik dan tidak berlandaskan keperluan atau kemiskinan.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang berusaha supaya program membasmi kemiskinan oleh YBK dijalankan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.

Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.

Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian supaya nasib semua rakyat miskin akan terbela.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politk Kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.

Leave a comment

Filed under Kenyataan Media

Demokrasi dirogol oleh Zambry dan Ganesan di Perak

Demokrasi mati ditangan Zambry dan Ganesan

Apa sudah jadi dengan demokrasi?  Demokrasi telah dirogol di khalayak ramai dan dibantu oleh anggota Polis… itulah kesimpulannya.  Mana dia penyelamat demokrasi?  Mana dia pejuang keadilan dan rakyat prihatin?

Apa makna Satu Malaysia?  Satu Malaysia hanyalah untuk UMNO dan BN serta sekutunya dan orang yang menyokong mereka… bukan untuk Pakatan Rakyat dan rakyat terbanyak.  Demokrasi tiada dalam satu Malaysia… yang ada hanya satu rejim yang ganas, zalim, menindas dan jahil.

Mari kita tengok kemana rejim haram Zambry nie nak pergi dan sejauh mana dia boleh pergi.

Shahrul Peshawar

Kenyataan Media YB Drs Khalil Idham Lim

Alhamdulillah perjuangan kami ADUN Pakatan rakyat mempertahankan madat rasa dan gelombang rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan pada anggapan saya berjaya setelah kami mampu berdepan dengan tekanan yang kuat dari pasukan keselamatan sehingga terlewat namun kami akhirnya dapat juga berada dalam dewan .

Tahniah kepada kehebatan “panglima” Pakatan Rakyat Perak DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang saya anggap berjaya mengepalai semua ADUN PR bagi menghadapi tekanan yang sangat dasyat dari pihak polis semasa pergelutan kami dengan pasukan polis dalam usaha mereka untuk merampas songkok dan jubah Speaker Sivakumar.

Pagi ini terasa suatu kepuasan dan itulah yang saya anggap dirasakan oleh semua rakan ADUN Pakatan rakyat kerana telah berjaya konsisten dengan prinsip pada landasan yang kami yakin benar belandaskan undang-undang , namun badan terasa sakit dek pergelutan dan tolak menolak dengan “sayap kanan UMNO” itu.

Kerana itu saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan media :-

1. Saya menafi dengan sekeras-kerasnya dakwaan MB Kudeta Perak yang mengatakan kononnya kehadiran ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang kelmarin sebagai satu pengiktirafan kami kepada Speaker haram Ganesan.

Suka saya maklumkan bahawa hujah dan bukti dokumen yang lengkap telah kami kemukakan kepada rakan media samada disiar atau tidak disiarkan mengenai kedudukan Ganesan yang tidak sah dan ia melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri perak diluar dewan .

Sekali lagi perkara tersebut dikemukan oleh kami dalam dewan walaupun pembesar suara diganggu saya beranggapan suara ADUN Buntong yang ditugaskan mengemukan hujjah tersebut sangat jelas untuk didengari oleh Ganesan, ADUN BN dan semua yang berada di dalam dewan.

2. Saya mencabar supaya rakaman hujjah yang dikemukan oleh ADUN Buntong mengenai haramnya Ganesan yang dibuat oleh petugas Bahagian Teknologi Makmumat disiarkan kepada umum khususnya rakyat Perak, termasuklah untuk menginsafkan Zambry dan semua ADUN BN bahawa mereka sebenarnya sedang memperkudakan Ganesan untuk mencapai hasrat jahatnya bagi membentag bajet 2009 yang saya anggap tidak sah.

3. Tindakan pengendalian sidang oleh seorang yang bernama Ganesan sesungguhnya memalukan sistem demokrasi dan dewan negeri Perak yang kita muliakan. Sidang 28 Okt menyaksikan satu sidang meluluskan bajet haram oleh sebuah kerajaan haram dan dikendalikan oleh seorang speaker haram.

4. Kehadiran semua ADUN pakatan Rakyat adalah atas surat yang dikeluarkan oleh Speaker Perak yang sah V. Sivakumar. Usaha Zambry memutar belit fakta dengan mengatakan kami hadir kerana mengiktiraf Ganesan adalah tindakan memperbodohkan dirinya sendiri. Tidakkah beliau sendiri menyaksikan selama sidang berlangsung dan seluruh tetamu menyaksikan serta dilaporkan oleh semua media bahawa kami tetap konsisten bersidang dan menghormati jawatan Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan kami beredar meninggalkan dewan setelah sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah V.Sivakumar selesai dan ditangguhkan.

Sebaliknya kami langsung tidak menghormati Ganesan walaupun ianya dianggap sangat penting oleh BN dengan dikawal ketat oleh puluhan orang upahan.

5. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah kami memboikot atau memulau sidang yang dikendalikan oleh Ganesan, malah saya anggap sebagai kebudak-budakan kerana dengan status Ganesan yang tidak sah sebagai speaker apakah alasan sehingga itu boleh dikatakan sidang yang sah, siapakah yang masih waras fikirannya akan mengatakan bahawa itu adalah sidang. Lebih tepat boleh saya katakan lakonan dan sandiwara untuk menyampaikan hasrat jahat BN bagi meluluskan bajet bagi meneruskan kerajaan kudeta di Perak.

6. Saya membantah tindakan kekerasan yang dilakukan terhadap ADUN Pakatan Rakyat. Jika alasan untuk menanggalkan jubah speaker seperti kononnya Sivakumar mengingkari arahan notis menyerahkannya kepada polis, kenapakan dengan cara yang tidak bertamadun seperti itu. Tidakkah negara kita masih mempunyai proses dan prosuder undang-undang untuk mendapatkan barang yang kononya dicuri.Itupun Sivakumar tidak pernah mencuri dan dia mempertahankan hak atas nama jawatan Speaker yang telah dilantik dengan sah dan jawatannya masih kekal sehingga kehari ini.

Tindakan menyekik, menekan perut sehingga mengancam nyawa Sivakumar serta menanggalkan dengan paksa jubah Speaker Sivakumar adalah tindakan tidak bertamaddun dan saya yakin diarahkan oleh BN yang sudah sekian lama tidak menghormati undang-undang yang mereka sendiri cipta.

Bukankah tindakan BN itulah dipanggil mencuri ?

7. Halangan yang berulangkali sehingga semua ADUN terpaksa melewati 5 sekatan adalah suatu titik hitam dan sejarah yang menyebabkan demokrasi di Perak telahpun hampir mati. Kebeaasan rakyat dan ADUN yang dipilih dengan sah disekat jelas dengan arahan pihak BN kepada pihak polis dengan bertindak diluar batas undang-undang yang sedia ada.

BN semacam merancang supaya kami tidak boleh samapai ke dalam Dewan, kalau itu bukan tujuannya saya mempersoalkan kenapakan kami diperiksa sedemikian rupa.

8. Saya juga membantah tindakan polis melarang dibawa kami membawa masuk perakam video, kamera dan komputer riba adalah tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.Dalam keadaan perak ingin dimajukan IT nya bagaimana sehingga ada ADUN yang dilarang membawa komputer.Selain itu saya membantah tindakan menghalang saya membawa masuk kamera. Yang jelas apabila saya meminta dari mana arahannya seorang pegawai polis cuma berani meminta dari jauh menunjukkan dari jauh tanpa berani menyerahkan kepada kami dan terus disembunyikan dibalik punggungnya.

9. Saya ingin mempersoalkan, jika sekiranya tidak ada ratusan pihak polis membantu BN untuk mennegedalikan sidang haram kelmarin, beranikah BN bersidang. Tidakkan selama ini sidang sangat aman dan tenteram dan tidak ada seorangpun polis yang berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kerana itu jelaslah pengunaan kuasa polis dalam rentetan sidang DUN perak termasuklah kelmarin membuktikan BN adalah penakut dan bacul dan saya mencabar kalau BN benar-benar ada hujjah dia kerajaan yang sah, speakernya sah, segera kendalikan sidang tanpa campurtangan pihak polis atau pihak lain yang diperkudakan.

9. Kerana itu saya menyeru supaya krisis ini diselesaikan dengan cara yang paling tepat iaitu segerakan bubarkan DUN Perak. berilah laluan kepada rakyat untuk kembali memilih.

Tindakan BN yang ingin menegakkan benang basah dan memperkudakan pihak keselamatan dan badan kehakiman tidak akan menyelesaikan kemelut ini.

Sekian.

KENYATAAN MEDIA/29 OKT 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.

Kenyataan nie aku sedut dari Sharpshooter (Din Binjai)… dia tak bagi pun… aku sedut gak…

1 Comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

Ingatkan Ikhlas rupanya TIDAK…

DSCN4193

Aku ingatkan Najib ikhlas lawat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu beliau terlantar sakit tidak lama dulu rupa-rupanya tidak.  Gambar lawatan tu dijadikan bahan politik murahan oleh umno dan bn – kesian betul kat umno dan bn sebab terpaksa guna tuan guru sebagai bahan kempen di Bagan Pinang nie…

Bukan tak boleh guna gambar Dato’ Azeez…  korang pikirkanlah sendiri

SHAHRUL PESHAWAR, masih di Telok Kemang

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Penamaan Calon Bagan Pinang

BP1

ahli KELAB PENYOKONG BN sedang merempuh kawasan penyokong PAKATAN

BP2

pemuda umno johor dihambat keluar oleh penyokong PAKATAN

BP3

Kelab Penyokong BN ingat ini zaman 80an punya pilihanraya

BP4

POLIS pun dah suruh blah, tak nak blah… kereek pulak dengan spek hitam

BP5

tak puas hati lagi tu… dia ingat ini zaman umno n bn lagi

BP6

bila dah jauh sikit baru berani pandang belakang…

BP7

nak cari gaduh ke rempuh penyokong PAKATAN seramai nie?

BP8

macam-macam rupa orang sokong PAKATAN RAKYAT

BP9

Semua bangsa ada..

BP10

pelbagai peringkat umur

BP11

MCA tak akan pakai payung UMNO, tapi DAP boleh pakai payung PAS

BP12

keadilan untuk semua

BP13

berilah mereka petunjuk dan hidayah

BP14

pancing DUIT

BP15

Kibarkan panji kemenangan!

BP16

kepenatan – pendedahan politik diusia muda

BP17

provokator umno sedang melalui penyokong-penyokong PAKATAN

BP18

cuba fikirkan kebaikan bila PAKATAN ganti Barisan nanti..

BP19

duit mempunyai daya tarikan yang tersendiri…

BP20

namun duit tidak boleh mendisiplinkan manusia untuk bersih dan kebersihan…

BP21

akhir sekali, kenapa ISA dipilih NAJIB… jawapannya mungkin ada disini… hmmmm

SHAHRUL PESHAWAR

1 Comment

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia