Tag Archives: Keadilan

Si Kuning yang bakal ditangkap

Kecoh betul, habis semua benda warna kuning nak kena tangkap.  Mamat ni sekarang dalam ketakutan dan tak tentu arah.  Sapa boleh tolong dia?

Hak untuk berhimpun adalah hak asasi rakyat disebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Di Minda Saya

Persepsi orang lah Keadilan wooiiii…

Aku pun tak paham dengan apa yang berlaku di Selangor kebelakangan nie.  Banyak sangat cerita dalam kelambu dan bawah katil, ada yang direka cipta oleh UMNO dan ada yang disumbangkan oleh kebebalan ahli pakatan tu sendiri yang ditunjang (atau tunggang) oleh Keadilan.  Dahlah hari tu riuh ADUN dan MP Keadilan loncat dan cabut, menyusahkan semua orang.

Kes yang terbaru, penggantian YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan YB Azmin Ali sebagai Pengerusi Keadilan Negeri Selangor, walaupun ianya tidak menggangu gugat jawatan Menteri Besar ianya dibaca oleh orang kampung, rakyat marhain sebagai kemelut politik dalaman yang tidak jauh berbeza malah cam lebih kurang UMNO je.  Wak Parjo di Sabak Bernam tak paham pengagihan kuasa dan penumpuan kerja, yang dia paham Tan Sri Khalid, keadilan sendiri tak tolong dia.

Inilah yang akan dimanipulasi oleh orang-orang UMNO, bahawa kerajaan yang ada sekarang lebih banyak politikingnya daripada membantu orang ramai dan rakyat.  Semua orang tahu selama UMNO memerintah dulupun, hanya sekerat dua kerat kroni aje yang dapat syafaatnya tetapi orang kampung nie tak terdedah dengan internet dan dunia maya, mereka senang didorong untuk percaya bahawa kerajaan pakatan rakyat sama je dengan kerajaan umno apco.

Memanglah ada contoh bahawa Pengerusi Perhubungan Negeri tidak semestinya menjadi Menteri Besar, tapi biarlah benchmark tu berbaloi sikit, kenapa nak ambil pengalaman umno tu sebagai benchmark?  Tak nampak macamana teruk kat Terengganu bila Ahmad Said naik, Pengerusi Perhubungan Negeri buat ribut?

Tak taulah apa nak jadi, tapi aku pun rasa cam nak rasa bahawa kerajaan dulu dan sekarang hampir lebih kurang je, cumanya Tan Sri Khalid Ibrahim tak makan tempe cam yang dulu untuk kesihatan dan rupa paras yang menawan… dan satu lagi, kesian kat Faekah, baru masuk terpaksa kena kerja keras untuk betulkan persepsi orang kampung cam Wak Parjo Sabak Bernam tu…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

dalam isu Gaza kita kena bersatu

kenapa mesti kita nak mengambil kesempatan untuk menyindir sesama kita…?

memang kita berbeza pendapat dalam banyak hal… tapi dalam urusan yang kita boleh sepakat dan bersatu kenapa kita perlu kusut masaikan hal tersebut?

ngo-ngo yang mana ahli-ahlinya terlibat dalam flotilla ini harus segera memberikan kenyataan rasmi bagi mengelakkan kecelaruan dan tersebar desas-desus yang tidak sahih.  Sensitiviti, kerisauan dan privasi ahli keluarga tersayang bagi mereka yang terlibat perlu dipertahankan dan dihormati, berita-berita yang bukan rasmi hanya akan menambah kekalutan.

saya membayangkan ahli umno, pas, keadilan dan yang berkecuali membuat solat hajat atau apa-apa saja aktiviti bersama yang menjurus kepada perjuangan umat Islam Palestin… banyak kita boleh belajar dari hal ini…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Gaza

Tahniah Sdr. Ezam… opps tuan senator

Tahniah kepada Sdr. Ezam, kini Tuan Senator yang terkenal dengan gaya ucapan persis Anwar Ibrahim.

Orang lain dalam UMNO bersengkang mata, berkerat rotan, berbotak beruban, baling-baling kerusi, bomoh-bomoh, juling-juling mata dibuatnya, habis duit berlori-lori, belanja tiket melancong seantero dunia… tapi semuanya tak dapat, jilat air liur je… 

Pemuda UMNO lagi lah pulak, turun padang, masuk bendang, redah paya, redah banjir, cari orang miskin yang tinggal di celah orang-orang UMNO, bagi bantuan, bagi beras, bagi klinik kesihatan, buat kelas bahasa Inggeris, buat kelas mengaji, bagi sunat free, bagi kursus jenazah, bagi jersi bola, pergi buat demo, setengah nak mampus… habuk pun presiden tak pandang…

Tapi Senator Ezam, korang tengok dia… sebab apa dia boleh naik, dia ada kelebihan, kelebihan macamana? kelebihan berdamping dengan Anwar Ibrahim… inilah yang diungkap dalam pepatah Melayu – “berakit-rakit ke Hulu, berenang-renang ketepian – bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”…  Dia pernah kena ISA, kena tangkap, kena gas pemedih mata, dituduh pengkhianat gak, siap ada grenade launcher, molotov coctail dan segala macam senjata merbahaya…  Korang apa ada?  Polis Trafik pun tak pernah tahan.

Tahniah Tuan Senator Ezam, harapnya lepas nie Tuan Ezam akan ambil alih pemuda UMNO, punggah semua mangkuk hayun yang duduk kat pemuda UMNO, mana yang lembik tu kasi ganti dengan orang cam Fairus, Azwandin, SD Johari, Ghani Haron….  Kita tak nak layan orang yang demo, menyorok belakang polis… malu, bila kena kawat duri buat press conference… apa barang…

Nanti, bila ada election baru seronok kita “bertempur”…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Anwar Ibrahim, Di Minda Saya

Hulu Selangor – Selamat Mengundi

Selamat Mengundi kepada seluruh warga pengundi P094.

Undilah Calon yang terbaik.

Straight to the point.  Kurangnya pembangunan di Hulu Selangor disebabkan oleh 3 orang ADUN BN yang tak buat kerja…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Kaki botol boleh taubat lah bahlol…

Zaid Ibrahim pemabuk tegar?  Kaki botol?  Kaki minum? 

Itu lah kata-kata yang kedengaran dihambur sekarang untuk memburukkan beliau.

Tetapi bayangkan pemabuk tegar yang dikatakan ini mampu berubah dan kini menjadi sahabat baik pula kepada PAS dan kini menjadi calon PKR dengan restu DAP.  Kaki botol boleh taubat lah bahlol.

Baru saya sedar, perubahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim ini cukup besar dan bukan calang-calang orang boleh melakukannya.  Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri dan bukannya dia digugurkan.  Hikmah perletakan jawatan itu membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli UMNO, dan hikmah seterusnya ialah beliau dapat keluar dari kepompong maksiat dan kedurjanaan ini kepada sesuatu suasana yang lebih aman dan Islamik.

Biarpun media perdana terus-terusan mengambil jalan hina dengan mengaibkan beliau, namun beliau tidak pernah hipokrit dan menyatakan secara jujur dan jelas bahawa beliau sudah meminta ampun dari Allah SWT.  Media perdana yang jelas gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan terus menyerang beliau dengan berita-berita palsu dan memalukan.

Rakyat terutamanya para pengundi di Hulu Selangor pasti dapat menilai antara kaca dan permata walaupun dimomok oleh sang penguasa yang semakin dayus dan kopak.

Mana lagi teruk? Kaki botol atau pemilik kilang arak?

Shahrul Peshawar, Gombak

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

politik terdesak barisan nasional di bagan pinang

1.  Mula-mula BN kata orang PAS yang pukul Dato’ Azeez Putera.  Bila kita minta gambar sebagai bukti, takde gambar tetapi tiba-tiba je gambar Azeez Putera tengah terlantar di hospital dengan lehernya bercorong…. hahahahah murah sangat politik nie… nasib baik “orang” tu tepuk je… kalau dia ludah kat belakang Dato’ Azeez… tak tahu lah jadi nanah ke kurap kat situ.

2.  Petugas PAS diserang oleh budak-budak pencacai BN yang sedang mabuk.  Kita tahu dalang disebalik budak-budak nie, ini semua budak BN dari luar – tapi mesti ada baruah yang bawa dan arahkan mereka… pengecut, sembunyi belakang pokok.

3.  Bendera Pakatan selain PAS semuannya diturunkan atas alasan hanya PAS yang bertanding… tapi bendera Umno boleh naik disamping bendera dacing padahal bukan logo umno yang akan diguna atas kertas undi!   Inilah undang-undang bendul bila sprm hanya menjadi lembu yang dicucuk hidung sahaja… adalah maruah sikit walaupun tak banyak…

4.  Ketiadaan POLIS yang ramai menjadi tandatanya yang semakin terjawab – ianya seolah-olah dirancang dan disengajakan untuk menjadi alasan kepada berlakunya ketegangan dan kekasaran dan pergaduhan tanpa perlu POLIS datang untuk meleraikan atau mencegahnya… semacam “jenayah terancang” dan pastinya ada niat jahat disitu… Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab.

SHAHRUL PESHAWAR, Bagan Pinang – dalam kem

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

As Expected – BN have no reliable candidates

133_2326

It is just like another Hindustan movie – the crook leader first send to prison, then he served his term (normally not according to the sentence given, and always get out early!), then he will take revenge and he will served worst than before he was send to jail.

but one thing, in Hindustan movie, the truth will only prevail after a very long and dramatic scenes.   Let us see how if ISA SAMAD can win with a bigger majority or smaller.  Either ISA win or not is not the matter, but rakyat can now confirm that UMNO and BN is seriously dying (nazak).  Someone who had been convicted and being punnished by the internal disciplinary body is permitted to contest  under the ruling’s party flag and the his welcoming speech is made by Deputy Prime Minister, Muhyiddin Yassin.

I thought UMNO knew their mistake in 8th March Election and the series of by-elections (8 of them), but I’m wrong.  They dont care about what are the perception of the rakyat, what they want is Winning, so desperate of  Winning.

… I am not surprised if there is any last minute replacement… as long as BN have chance of winning.

Shahrul Peshawar, Kedah

Isa Samad is BN candidate in Bagan Pinang

2009/09/29

PORT DICKSON: Former Negeri Sembilan Menteri Besar Tan Sri Isa Abdul Samad, 59, is the Barisan Nasional (BN) candidate for the Bagan Pinang state by-election.

The announcement was made by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin announced at the BN operations centre here today.

The by-election is scheduled for October 11 with nominations on Saturday.

The seat was won by BN with a majority of 2,333 in the last general election but it fell vacant after the death of Azman Mohammad Noor. PAS is expected to announce its candidate tonight.

Meanwhile, Muhyiddin said the selection of Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad as the Barisan Nasional (BN) candidate for the Bagan Pinang state by-election was made because this was the wish of the local populace.

He said the decision was made after the top leadership had carried out a detailed survey at the grassroots level among the Malays, Chinese and Indians in the state constituency.

They had expressed their support for Mohd Isa because they had known the people-friendly leader for a long time and knew his contributions to the people of Port Dickson and Negeri Sembilan, he said.

“That’s why in my speech earlier, I did not make my own decision because of his popularity and also the wishes of the constituents. And they (the residents) said Isa! Isa! Isa!

They mentioned it thrice, only then did I announce it because that is the choice of the voters here,” he told reporters at the Bagan Pinang Aidilfitri gathering after announcing Mohd Isa as the BN candidate for the by-election.

The Deputy Prime Minister said the decision was in favour of the voters because it was a by-election and the scenario was not the same as that of a general election.

Mohd Isa, 59, had once served as the Negeri Sembilan Menteri Besar for 22 years from April 1982 until March 2004. – Bernama

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

Pilihanraya kecil lagi?

Lah… baru je habis Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang menyaksikan BN terpelanting (favorite word Mohd Fairus Khairuddin). Batang Ai tak boleh nak buat banyak sebab banyak peti undi naik helikopter – jawabnya sendiri mau ingat lah apa jadi.

N12 Penanti… hmmm…

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu ada naik satu banner – “Selamat Datang ke Kubu Terkuat PKR”.  Bunyinya cam angkuh je, tapi itulah hakikatnya.

BN khususnya UMNO akan cuba untuk mengelak pilihanraya kecil ni.  Mana larat nak terima kekalahan berturut-turut.  Jadinya, BN akan gunakan SPR untuk jadi jurucakap.   Pelbagai alasan akan diberikan seperti pilihanraya nie buang masa, buang duit dan sebagainya.  Sebenarnya satu je, tak sanggup kena kutuk satu Malaya sebab kekalahan berturut-turut.

Apapun, si Fairus tu betul ke nak sambung study?  Aku tak berapa percaya cakap dia nie. 

Dulu dia belasah YB Shahbuddin pasal jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang – Lepas tu dia nak saman Siasah, takde apa pun. 

Apapun, jumpa lah lagi kita di N12 nanti – jemput minum Radix di gerai depan Masjid Kubang Semang.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

1 Comment

Filed under Anwar Ibrahim, Di Minda Saya, Kempen-kempen

BN tembak Satu Peluru untuk Tiga Sasaran

img_0205

Aku tak suka kejutan.  Tapi biar aku bagi telahan aku.  Blog yang belasah TKM1 pun dah nyatakan hari Isnin depan sebagai harinya.

Kes bekas Timbalan Ketua Menteri I, Pulau Pinang korang ingat bila akan dibawa ke mahkamah?  Aku rasa sebelum hari mengundi nanti.  Bab ni  SPRM memang laju, lebih laju dari kereta tarik bila ada “accident”.

Cuma satu je aku terfikir, adakah dia akan loncat (bukan lompat) ke UMNO?  Kalau loncat… UMNo nak terima ke agak-agaknya?  Aku rasa tak, dia akan jadi “punching bag” je untuk tiga pilihanraya nie..

Kita tunggu ajelah kes hero silat nie…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya