Monthly Archives: April 2010

buku Architectural Plants dari brader fazlisyam

Aku dah terima buku dari Brader Fazlisyam dua hari lepas.  Sangat gembira.

Dua bulan dulu aku joint satu pertandingan teka bunga dalam blog beliau -Segalanya Tentang Tumbuhan.  Bersengkang mata gak aku nak dapatkan jawapan yang tepat dan pantas.  Terima kasih juga kepada isteri yang memberikan pandangan.

Aku memang teruja bila orang hadiah buku, adalah gak berbelas buku yang aku terima… biasanya aku dapat lepas bagi talk, kali nie je sebab aku menang pertandingan.

Terima kasih kepada Brader Fazlisyam atas inisiatif yang cukup baik untuk menggalakkan orang ramai memahami lebih lanjut tentang tumbuh-tumbuhan..

Kalau nak jengah blog beliau silalah klik gambar tu atau taip http://fazlisyam.com/

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Miss lagi Misi ke Ulu Legong

terima sms dari bro. Shamsul “Slm. Sy n Dato Rzak akan ke Baling hr Isnin. Harap dpat masuk kg Legong 11 pg. Tq”

Alamak.  Kebiasaan pagi Isnin kami ada pertemuan staf… dan aku dah atur pertemuan dengan satu pihak (non profit) yang nak belajar buat EM.  Jadinya aku cuba nak adjust time agar dapat bersama ke Ulu Legong.

Tapi, aku masih berada di pejabat lagi sebelum ke Gajah Mati pada jam 11 pagi. Celah mana aku boleh ikut serta?  Aku tidak ada pilihan melainkan terpaksa memaklumkan kepada bro. Syamsul bahawa kami tidak dapat join kali ini. 

Frust.

Aku masih tidak dapat bersama tim Islamic Outreach ABIM dan Malaysian Relief Agency masuk ke kawasan Orang Asli.

Apapun aku telahpun dimaklumkan oleh Bro. Shamsul hasil & maklumat misi pertemuan ini yang memerlukan susulan dan bantuan.  Nanti aku maklumkan apakah tindakan yang akan diambil, setakat ni belum boleh lagi untuk diwar-warkan.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Hulu Selangor – Selamat Mengundi

Selamat Mengundi kepada seluruh warga pengundi P094.

Undilah Calon yang terbaik.

Straight to the point.  Kurangnya pembangunan di Hulu Selangor disebabkan oleh 3 orang ADUN BN yang tak buat kerja…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

isu kelayakan calon BN – belum menang, rakyat dah kena kelentong

Semua Baik Bosss……

Ramai orang marah dan cemas bila Zaid bercakap jujur tentang dirinya dan kisah lampaunya. Orang kata Zaid terlalu jujur dan lurus.

Tapi kalau benarlah laporan ini, kita juga tuntut calon BN – Kamalanathan untuk bertindak serupa.  Tambahan dia memang orang PR (bukan pakatan rakyat tapi public relations lah). http://wrlr.blogspot.com/2010/04/tidak-ada-ijazah-komunikasi.html

Kalau benarlah juga laporan nie, kesian… bukan setakat Najib dan Muhyiddin di kelentong, seluruh pengundi dan ahli UMNO kena temberang… hahahahahahahahah…. mamat yang hanya minum air suam nie boleh “jual” Muhyiddin cam tu je…. ahahahahahahahaha…. oklah tu dari dia gantung selipar lagi bahaya.

Tak kanlah dah boleh jual Najib, Muhyiddin – suci bersih  tak ada skandal? Mesti ada punya…

Shahrul Peshawar – jangan serang peribadi orang, bila orang serang balik kan terduduk…

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Kita boleh berubah!….

Kalau lalu atau singgah di Hulu Selangor, kita akan tengok banyak poster-poster gergasi dan mini gergasi.  Ada dua tiga NGO yang tidak terkenal turut mengambil kesempatan memacak posternya mungkin bertujuan untuk memancing ahli.

Kalau di pilihanraya Ijok dulu kita dapat lihat pemuda UMNO dengan baju berlogokan kalajengking “scorpion” tapi kali ini ada juga ala-ala elit grup UMNO, tapi bajunya tertulis di belakang “KOMPUS” – aku tak tahu maksudnya apa – mungkin KOMPOS kot… tapi setahu aku mana boleh UMNO = KOMPOS, UMNO mesti sama dengan APCO.

Yang menarik aku nak menulis nie ialah satu tema yang BN dok guna – Kita boleh berubah… Aku tak tahu kenapa diaorang nak berubah.  BN dah teruk tindas rakyat, BN dah teruk gadaikan maruah dan keselamatan negara.  BN dah teruk rosakkan nama negara di mata negara luar.  BN dah teruk jatuhkan nilai Ringgit.  BN dah teruk jatuhkan kredibiliti negara dalam urus tadbir negara – rasuah, lembap, pecah amanah, kronisme.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam bab kehakiman dan keadilan.  BN dah teruk jatuhkan negara dalam hal kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Bila BN mengaku KITA BOLEH BERUBAH, aku tak nampak ada sebarang elemen positif dalam slogan nie melainkan BN boleh berubah menjadi lebih teruk dari apa yang ada hari ini. Jangan mimpi BN akan berubah dari seekor beluncas menjadi rerama berwarna yang indah, tapi yang mungkin boleh dibayang ialah seekor ulat yang berubah menjadi seekor langau hijau.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh SPR dalam isu pemindahan tempat mengundi bagi sebahagian pengundi nie tak dapat aku nak gambarkan dalam keadaan lebih baik lagi selain menyamakan tindakan ini sama seperti jahatnya pengedar dadah yang selayaknya dihukum gantung.  Pengerusi SPR aku percaya tidak punya maruah dan tidak punya integriti apabila boleh membuat pemindahan ini atas dasar SPR berkuasa untuk melakukannya tetapi dalam masa yang sama gagal untuk melaksanakan tuntutan lain seperti menangani kewujudan pengundi hantu dan calon BN – si Kama… sendiri adalah bukti sahih seorang pengundi hantu.

Pengerusi SPR tidak pernah tahu mungkin bahawa didalam dunia ini, sudah banyak regim yang zalim boleh jatuh apabila rakyat bangkit berjuang.  Biarlah sejarah kita ditulis dengan tinta emas atau darah yang merah… bukan selain darinya…

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

Kursus Minda Muslim – 19 & 20 April 2010

Alhamdulillah, satu kursus Minda Muslim yang mana intipatinya “teambuilding” tetapi berkonsepkan Islam dan Kematian telah selamat dijalankan pada kakitangan sebuah syarikat di Gombak.

Sepanjang saya siapkan modul – saya akan selalu berhenti dan bertanya pada diri sendiri tentang kesediaan saya sendiri terhadap modul yang disediakan.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Bila Fitnah Arak tak menjadi dituduh pulak Kaki Judi

Apalah mabuk puak nie, memfitnah orang tak habis-habis.  Bila isu kaki arak mendapat respons sebaliknya dari pengundi, dituduh lah pulak kaki judi.  Lepas nie kaki betina lah pulak kot.

Jangan main isu peribadi lah dan janganlah memfitnah.   Semalam, Kamalanathan pun kata dia tak suka fitnah.  Orang Hindu pun tak suka fitnah, ini kan pulak orang Islam… memalukan betul.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Kempen-kempen

Aksi sekitar Penamaan Calon PRK P036 Hulu Selangor

Pertamanya, saya bukan jurugambar profesional.. jadi jangan mengharap banyak dari gambar-gambar saya, nikmatilah lensa saya.

First of all, I’m not a professional photographer .. do not expect much from my photos, just enjoy it from my lens.

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Kaki botol boleh taubat lah bahlol…

Zaid Ibrahim pemabuk tegar?  Kaki botol?  Kaki minum? 

Itu lah kata-kata yang kedengaran dihambur sekarang untuk memburukkan beliau.

Tetapi bayangkan pemabuk tegar yang dikatakan ini mampu berubah dan kini menjadi sahabat baik pula kepada PAS dan kini menjadi calon PKR dengan restu DAP.  Kaki botol boleh taubat lah bahlol.

Baru saya sedar, perubahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim ini cukup besar dan bukan calang-calang orang boleh melakukannya.  Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri dan bukannya dia digugurkan.  Hikmah perletakan jawatan itu membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli UMNO, dan hikmah seterusnya ialah beliau dapat keluar dari kepompong maksiat dan kedurjanaan ini kepada sesuatu suasana yang lebih aman dan Islamik.

Biarpun media perdana terus-terusan mengambil jalan hina dengan mengaibkan beliau, namun beliau tidak pernah hipokrit dan menyatakan secara jujur dan jelas bahawa beliau sudah meminta ampun dari Allah SWT.  Media perdana yang jelas gagal dalam melaksanakan amanah yang diberikan terus menyerang beliau dengan berita-berita palsu dan memalukan.

Rakyat terutamanya para pengundi di Hulu Selangor pasti dapat menilai antara kaca dan permata walaupun dimomok oleh sang penguasa yang semakin dayus dan kopak.

Mana lagi teruk? Kaki botol atau pemilik kilang arak?

Shahrul Peshawar, Gombak

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

JK antara agama: PKPIM mahu jumpa menteri

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mahu mengadakan perjumpaan khas dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mendapatkan penjelasan yang jelas mengenai skop dan matlamat asal penubuhan jawatankuasa kerja perhubungan antara agama.

Presiden PKPIM, Muhd Faisal Abdul Aziz berkata kerajaan masih belum memberi penerangan dan penjelasan yang terperinci kepada umum berhubung dengan skop dan ruang lingkup kuasa yang akan diberikan kepada jawatankuasa tersebut.

“PKPIM tidak mahu pihak kerajaan terus berteka-teki berhubung isu berkenaan dengan membiarkan semua membuat tafsiran dan andaian yang tersimpang dari peruntukan undang-undang yang secara jelas memelihara kedaulatan Islam di Malaysia.

“Seperti contoh andaian dari pihak tertentu yang mentafsirkan bahawa jawatankuasa ini merupakan jawatankuasa yang mutlak dalam membuat keputusan sekiranya terdapat sebarang isu pertikaian antara agama pada masa mendatang,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhd Faisal berkata tafsiran dan andaian sebegini adalah jelas bercanggah dengan prinsip undang-undang negara yang meletakkan kuasa Majlis Raja-Raja sebagai kuasa nombor satu dalam sebarang isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Malaysia.

 

 

“Kerajaan juga seharusnya menjelaskan perkara-perkara yang menjadi titik perbezaan antara jawatankuasa berkenaan dan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) sepertimana yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sekiranya agenda jawatankuasa ini adalah untuk “meliberalkan” peruntukan Islam dalam perlembagaa , maka samalah jawatankuasa ini dengan IFC dari sudut peranan dan matlamat.

“PKPIM tidak menolak kemungkinan niat asal penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah murni, iaitu untuk memberi ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Kelmarin, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak membantah kelulusan kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama itu. 

 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan berkata, bahawa beliau kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu kerana bimbang akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Berikutan itu, Muhyiddin dilaporkan berkata beliau sudah mengarahkan Jamil Khir menganjurkan perjumpaan khas dengan semua mufti negeri bagi memberi taklimat mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan.

Timbalan perdana menteri itu dilaporkan berkata, taklimat tersebut bagi menjelaskan peranan jawatankuasa berkenaan yang sebenarnya tidak mencampuri urusan pokok agama Islam.

Shahrul Peshawar – umno letak dia kat situ untuk angkat agama Islam, dia pulak pegi bagi Islam jadi sama rata, sama rasa dengan agama lain.  apa makna Islam agama rasmi di Malaysia?  tak kan sebab nak SATU Malaysia habis semua benda kita nak gadaikan?  Bila pulak PERKASA nak buat demo kat pejabat Jamil ni?

Leave a comment

Filed under 1