Tag Archives: GPM

Kempen Baju Raya GPM… layan…

Perlukah kita beli baju raya pada setiap kali Aidilfitri?
Pasti ramai yang menjawab PERLU!
Sepasang cukup?

SEKEJAP!

Pernah tak terfikir bagaimana jika kita tiada baju raya?
Dan bagaimana perasaan anda jika anda dihadiahkan sepasang baju raya?
Pasti GEMBIRA bukan?

JADI..

click to zoom

Tidakkah anda mahu melihat saudara kita pun GEMBIRA?
Mereka ingin sekali mendapat baju raya..
Tapi mereka tiada kemampuan membelinya.. apatah lagi untuk menempahnya.

Ayuh kita sumbangkan RM50 untuk saudara kita di KEMBOJA.
Mereka inginkan baju Melayu dan baju kurung untuk Aidilfitri nanti..

click to zoom

Kami sediakan program ‘Sepasang Seorang’ dengan menyiapkan keperluan lelaki dan wanita Kemboja di sini, dan kami bawakan pakaian siap itu kepada mereka.

Sila hubungi, SUHAIL (017-6144026/017-6665970) untuk urusan selanjutnya.
Terima kasih atas perhatian.
click to zoom

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Kempen-kempen, Kenyataan Media

Kempen Kupon Ramadhan 1431 GPM – rm30 je

Assalamualaikum wrt wbt.

Yang berbahagia saudara dan saudari,

Salam Ramadhan Kareem.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Global Peace Mission (GPM) sekali lagi menganjurkan majlis iftar bagi golongan yang memerlukan di beberapa buah negara seperti:

  • Thailand
  • Myanmar
  • Afghanistan
  • Palestin
  • Laos
  • Sri Lanka
  • Filipina
  • Kemboja
  • Chechnya

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan saudara dan saudari bagi memastikan golongan yang kurang bernasib baik ini tetap dapat menikmati juadah berbuka puasa seperti umat Islam lain dalam menyempurnakan rukun Islam yang ketiga.


 KUPON RAMADHAN GPM
RM 30
Iftar satu keluarga

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun GPM sebelum atau selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431H (Sabtu):

Bank Islam: 14 0230 1002 9224
Maybank: 564 221 611 602

Slip bayaran boleh difaks/dipos kepada GPM atau diSMS ke nombor 010 – 400 2324. Sertakan nama, no telefon, alamat, tujuan sumbangan, jumlah sumbangan dan nombor rujukan bayaran untuk tujuan penghantaran resit.

Semoga Allah swt menerima amal kita. Ameen.
Terima kasih, wassalam.

“Bantulah fakir miskin berbuka di bulan yang mulia…”

“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan”

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A, Jalan GJ2 Batu 51/2 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230   Fax: +60 3 6188 3233
Email: gpmhq@yahoo.com   Website: www.gpm.com.my

Leave a comment

Filed under Inilah dunia, Kempen-kempen

MISI TRAUMA TERAPI GPM DI POSKO SG BATANG, MANINJAU

LAPORAN MISI TINJAUAN BENCANA TANAH RUNTUH DI PANDAN, GALAPUNG & BATU NANGGAI, MANINJAU

Hari Pertama

Muhamad Suhail Ahmad & Izwan Suhadak Ishak

1 MEI 2010

Global Peace Mission ( GPM ) Malaysia telah menghantar 2 aktivis untuk melakukan misi  tinjauan awal bagi melihat kesan bencana tanah runtuh secara dekat. Berdasarkan pemerhatian dilokasi kejadian situasi semasa menunjukkan perhubungan darat antara Pandan dan Galapung masih terputus. Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk melakukan kerja-kerja pemindahan ke penempatan sementara di Sg Batang. Aktivis GPM diiringi oleh Bapak Zainul Ariffin, Pengurus Pondok Pesantren Prof Dr Hamka telah turun berjalan ke lapangan meninjau realiti kondisi bencana di Pandan sejauh 3 kilometer. Gelongsoran yang paling besar berlaku di Pandan mengakibatkan 30 buah rumah musnah sama sekali. Batu besar dan tanah yang turun dari gunung berlaku disebabkan hujan lebat yang sering berlaku di sini. 3 lokasi berlaku gelongsoran yang besar masih mencurahkan air dan kelihatan di atas gunung aliran air terjun yang terbentuk baru. Kebanyakan rumah musnah di timpa batu dan tanah runtuh dihanyutkan terus ke dalam danau. Penduduk daripada Pandan, Galapung dan Batu Nanggai kini telah dipindahkan di penempatan sementara di Posko Sg Batang.

Berdasarkan data semasa yang didapati, mangsa bencana kali melibatkan seramai 461 orang. 77 keluarga daripada Pandan, 29 keluarga daripada Galapung dan 3 keluarga daripada Batu Nanggai. Dilaporkan 14 orang mengalami luka kecil manakala 5 orang parah dan masih dirawat oleh pasukan perubatan pemerintah. Setakat hanya 3 orang terkorban dan satu masih hilang. Pendaftaran mangsa akan terus dibuka sehingga 3 Mei 2010 dan direkodkan sebagai daftar rasmi. Di Posko Sg Batang mangsa hanya dapat ditempatkan di Mussola kerana rumah sementara yang telah siap telah dihuni oleh mangsa yang terlibat semasa gempa bumi pada tanggal 31 September 2009 kebanyakan mereka juga daripada Batu Nanggai, Muko Jalan, Pandan, Galapung. Keperluan mendesak adalah shelter standard bernilai 5 juta rupiah dan makan minum harian bagi sejumlah 111 buah keluarga. Hampir semua keluarga hilang punca pencarian kerana sawah, penternakan dan perusahaan yang lain telah musnah akibat tanah runtuh. Kekhuatiran masyarakat berlaku hujan dan tanah runtuh menyebabkan mangsa bimbing untuk kembali ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan.

LAPORAN MISI TRAUMA TERAPI DI POSKO SG BATANG, MANINJAU

2 Mei 2010

Laporan Hari Kedua

­Muhamad Suhail Ahmad & Izwan Suhadak Ishak

Susulan membuat tinjauan, aktivis Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah ke Posko Sg Batang bagi menyalurkan bantuan segera sejumlah RM2000.00 untuk 111 keluarga dari 3 lokasi ditimpa bencana iaitu Pandan, Galapung dan Batu Nanggai. GPM dengan kerjasama Aksi Cepat Tanggap (ACT) telah menganjurkan Trauma Terapi bersama anak-anak bagi mengembirakan mereka disamping permainan Islamik buat pendidikan. Jajan / Ole-ole buat anak-anak disampaikan kepada semua sebagai pengubat kesedihan. Aktivis GPM akan bertanyakan soalan-soalan asas tentang pengetahuan Islam kepada anak-anak, bagi yang berjaya akan diberikan hadiah. Anak-anak berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Program ini dijalankan di dalam Mussola dan di sini jugalah mereka bertumpu dan tinggal kerana belum ada khemah atau pun rumah sementara disumbangkan kepada mereka. GPM adalah NGO pertama daripada Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Maninjau.

Sesiapa nak menyumbang, boleh bank-in dan hubungi GPM di alamat tertera,

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank – No Akaun 564 221 611 602

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

Laporan Misi 4 – GPM

Tarikh             :  27 – 29 Oktober 2009

Destinasi        :  Maninjau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Anggota Misi  :

Ustazah Hjh Nordiran Idris, Exco Wadah Pusat
Sdri. Syaripah Nazirah Syed Ager, isteri kepada Presiden ABIM
Dr. Nur Izura Udzir, mantan AJKP ABIM
Sdri. Hjh Normah Sulaiman, Naib Pengerusi IOA
Sdri. Norma Abdul Hamid, sukarelawan

 

GPM1

Anggota Misi 4 dari kiri : Dr Nur Izura, Normah, Nordiran, Syaripah Nazirah dan Norma

Misi ke-4 GPM ke Padang telah berlepas pada Selasa 27 Oktober 2009 jam 7.50 pagi waktu Malaysia dari LCCT dan selamat tiba di Bandar Udara Minangkabau, Padang jam 8.00 pagi waktu tempatan. Misi disertai lima orang, kesemuanya wanita diketuai oleh Ustazah Nordiran Idris.

Misi kali ini lebih menumpukan aktiviti di sekitar Maninjau khususnya di Masjid Bancah, tempat warga Pesantren Buya Hamka mengungsi, dan Pusat Koordinasi (Posko) di Sg Batang.

Misi telah menjalankan aktiviti kaunseling trauma untuk mangsa gempa terutamanya wanita dan kanak-kanak di samping turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah sekitar hampir Rp. 30 juta kepada pengungsi di Posko Sg Batang dan Pesantren Buya Hamka.

gpm1

Walaupun daerah Maninjau tidak mengalami kerosakan seteruk di Padang dan Pariaman; namun ramai juga keluarga yang terjejas. Terdapat sekitar 500 keluarga yang terlibat denagn gempa bumi. Mereka tidak berani tinggal di rumah kerana khuathir akan gempa susulan dan hujan lebat yang boleh menyebabkan tanah longsor (runtuh). Sebahagian besar rumah di selingkar Danau Maninjau terletak di lereng bukit. Jika berlaku tanah longsor, tanah dan batu dari lereng bukit boleh melongsor dan menimpa rumah-rumah mereka. Kami dimaklumkan bahawa tiga kampung telah terjejas teruk antaranya Nanggai iaitu kampung terletaknya Pesantren Buya Hamka.

gpm2

Pesantren Buya Hamka tidak dapat dihuni lagi. Bukit di sebelah pesantren telah runtuh dan lumpur memenuhi rumah-rumah guru, masjid dan asrama. Asrama lelaki tidak dapat diduduki lagi manakala asrama puteri yang pembinaannya disumbangkan oleh ABIM masih utuh. Namun lokasi pesantren agak merbahaya untuk dihuni lagi. Hujan lebat yang turun pada malam gempa yang lepas telah melongsorkan tanah-tanah bukit yang memaksa pesantren dikosongkan sepenuhnya.

Anak-anak pesantren telah ditempatkan sementara waktu di Masjid Banchah. Masjid Banchah terletak di tepi Danau Maninjau dan sangat dingin pada waktu malam dan pagi. Mereka tidur berbekalkan selimut di atas carpet tanpa tilam. Mereka telah mulai kembali tenang dari kecemasan gegaran dan hujan lebat yang melongsorkan tanah bukit yang hampir dengan pesantren mereka dan bukit-bukit yang mengelilingi Danau Maninjau. Namun begitu apabila hujan lebat, mereka masih menjerit-jerit ketakutan. Ini adalah kerana hujan lebat dalam masa yang sangat singkat akan melongsorkan tanah-tanah bukit di mana bunyi longsorannya sungguh mencemaskan.

Pihak pesantren sedang berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan segera tempat penginapan baru dan lokasi pesantren yang baru. Kami dimaklumkan bahawa tanah yang diwakafkan telah ada dan mereka memerlukan dana hampir Rp. 500 juta bagi pembinaan awal membangunkan kembali pesantren Buya Hamka.

gpm3

OBJEKTIF MISI 4

1.       Membawa bantuan kewangan bagi Pondok Pesantren PP Prof Dr. Hamka, Batunanggai, Maninjau.

2.       Membawa bantuan kewangan bagi mangsa gempa yang mengungsi di Posko Sg. Batang, Maninjau.

3.       Memberi bantuan dari segi mental kepada mangsa gempa bumi.

4.       Merapatkan lagi tali persaudaraan dengan Pondok Pesantren PP Prof Dr. Hamka dan masyarakat di Maninjau.

5.       Menunjukkan sifat keperihatinan masyarakat Malaysia terhadap rakan ASEAN.

Mengikut pandangan masyarakat Maninjau, bumi Maninjau sering kali dilanda gempa bumi tetapi gempa bumi pada 30 September  lalu adalah lebih lama berbanding sebelumnya, iaitu melebihi dua minit. Ditambah pula dengan hujan lebat sebelum dan selepas gempa bumi berlaku, ini telah memburukkan lagi keadaan (tanah longsor).

gpm4

CATATAN PERJALANAN MISI 4 GPM

Hari 1 (Selasa, 27 Okt 2009)

Setibanya kami di Bandara Minangkabau, Padang pada jam 8 pagi waktu tempatan, kami disambut oleh wakil Dewan dakwah Islamiyah Indonesia (DDII), Ibu Rosmi Rizal bersama Pak Lem (pemandu/supir) . Sebelum melangsungkan perjalanan ke Maninjau, kami dibawa melihat kesan-kesan gempa bumi di sekitar Kota Padang, melalui Pariaman dan Tiku. Rata-ratanya bangunan-bangunan di kota Padang terjejas oleh gempa, walaupun tahap kerosakannya berbeza-beza. Ada bangunan/rumah yang rosak/retak sedikit, ada yang senget/condong, ada yang tiangnya patah, ada juga yang ranap sama sekali. Agak menakjubkan juga bila kelihatan bangunan yang runtuh, atau mengalami kerosakan teruk sedangkan bangunan di sebelahnya, atau yang mengapitnya tidak terjejas langsung. Kami juga melewati Hotel Ambacang yang ranap, yang dilaporkan ramai yang tertimbus akibat tidak sempat menyelamatkan diri, sedangkan bangunan Bank BNI (Bank Nasional Indonesia) di sebelahnya tidak terkesan.

Dari kota Padang, kami meneruskanperjalana n ke Maninjau melalui Pariaman, daerah yang paling teruk terjejas oleh gempa bumi 30 September lalu. Boleh dikatakan hampir 90% rumah yang kami lihat mengalami kerosakan. Alhamdulillah penghuninya telah diberikan tenda (khemah) yang dipasang di laman rumah masing-masing. Kami kira mereka masih trauma dan tidak berani menduduki rumah mereka walaupun ada rumah yang hanya mengalami keretakan. Bagi kawasan/kampung yang lebih berisiko, penduduknya ditempatkan di tenda-tenda berkumpulan di suatu kawasan lapang seperti kem, yang dipanggil Posko (Pos Koordinasi).

Mengikut perancangan awal, kami akan ke Lubok Basung, untuk menziarahi Ibu Tati Aristo, isteri kepada Bapak Aristo, Bupati Agam, sebagai kunjungan hormat dari ABIM. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menghubungi beliau kerana Ibu Tati bersama rombongannya sekitar 60 pembantu dan petugas sedang dalam rangka kunjungan menyampaikan bantuan kepada penduduk di sekitar Pariaman dan kawasan-kawasan sekitarnya. Alhamdulillah, kita merancang, Dia jua yang menentukan: sewaktu kami berhenti di Rumah Makan Edi Tanjung di Tiku untuk makan tengahari, tanpa diduga kami ditakdirkan bertemu dengan Ibu Tati dan rombongannya.

Kami tiba di Maninjau sekitar jam 4 petang. Suasana dingin dan kesegaran udara tanah tinggi Maninjau bumi kelahiran Buya Hamka dan Pak Natsir menyambut kami, dengan pemandangan Danau Maninjau yang amat menenangkan. Danau Maninjau merupakan tasik hasil kawah gunung berapi, yang dikelilingi bukit bukau (mulut kawah). Tanah-tanah subur ini menjadi tarikan mendirikan kampung penempatan. Pertanian dan perikanan air tawar (di danau) merupakan mata pencarian utama di sini. Oleh itu, kebanyakan rumah-rumah penduduk di sini didirikan di lereng-lereng bukit, atau di kaki bukit, sekaligus menjadikan mereka terdedah kepada bahaya tanah longsor, khususnya selepas hujan lebat.

Selesai hemat diri di tempat penginapan, pada malamnya kami ke Masjid Bancah yang kini merupakan penempatan sementara anak-anak dari Pesantren Prof. Dr. Hamka yang turut terjejas selepas kejadian gempa bumi tersebut. Di samping anak-anak pesantren, kami bertemu Bapak Zainul Ariffin (Bang In), Pengetua  Pesantren, dan tenaga pengajar pesantren. Kebetulannya Ketua Yayasan Pak Hamka, iaitu Bapak Haji Bachtiar juga berada di Maninjau mengunjungi pesantren sebagai sebahagian daripada urusan mendapatkan lokasi baru untuk membangunkan kembali pesantren tersebut. Sumbangan daripada warga prihatin Malaysia berjumlah lebih Rp. 19 juta disampaikan kepada Bapak Bachtiar khusus untuk pembinaan kembali pesantren.

Di Masjid Bancah yang saiznya seperti masjid kampung di Malaysia inilah tempat tidur dan tempat belajar anak-anak pesantren yang rata-ratanya berusia dalam lingkungan 13-16 tahun. Tempat tidur putera di suatu sudut, sementara puterinya di sudut lain, dengan penghadang (partitions) sebagai pemisah. Sejurus selepas gegaran, anak-anak pesantren sempat dikeluarkan dan dilarikan segera oleh pihak pengurusan pesantren, dan singgah di Masjid Bancah yang seterusnya menjadi tempat mereka mengungsi. Alhamdulillah kehadiran mereka direstui penduduk setempat. Bencana yang lebih buruk berlaku pada malamnya apabila hujan turun dengan lebat, mengakibatkan tanah longsor yang menimbus apa saja di laluannya, serta menghanyutkan rumah serta bangunan hingga ke danau. Bagi yang tidak sempat melarikan diri, ada yang hanya mampu terjun ke danau menyelamatkan diri.

gpm5

Hari 2 (Rabu, 28 Okt 2009)

Pagi ini, dengan diiringi Ustaz Irfan dari Pesantren Pak Hamka dan Pak Lem, kami dibawa ke Posko Sg. Batang untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan wang tunai sebanyak Rp. 10.5 juta kepada keluarga yang mengungsi di khemah-khemah di situ. Kami turut mengedarkan majalah Ana Muslim (sumbangan Blue-T Communications Sdn Bhd) dan gula-gula sebagai ole-ole untuk anak-anak pengungsi di situ. Terdapat 180 keluarga yang menghuni khemah-khemah di Posko ini. Pihak Tentera Republik Indonesia (TRI) turut mebantu di situ dengan memasak untuk pengungsi yang tidak dapat memasak sendiri (akibat kekurangan bekalan atau peralatan).

Kami juga berkesempatan berbual-bual dengan kaum ibu pengungsi, mendengar cerita pengalaman dan luahan perasaan mereka, malah Sdri. Normah sempat menjalankan aktiviti kaunseling bersama ibu-ibu serta anak-anak yang mengalami trauma pasca bencana.

Pada tengaharinya, kami berkesempatan menziarahi Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka dan  Masjid Amrullah (masjid yang dibina oleh datuk kepada Pak Hamka). Kemudian kami dibawa meninjau kawasan yang teruk dilanda tanah longsor pasca gempa, iaitu di Kampung Pandan. Kami melihat sekolah dasar (sekolah rendah) yang runtuh, dan anak-anak meneruskan pembelajaran mereka di dalam khemah yang didirikan di sebelah runtuhan sekolah. Kelihatan juga rumah yang hanya tinggal tapaknya sahaja, kerana rumahnya telah dihanyutkan tanah lumpur terus ke danau. Kami lihat rumah yang hanya tinggal ruang tamu, bilik tidur dan dapurnya telah runtuh, dan pelbagai macam kerosakan lagi.

Aktiviti pada petang dan malam pula dijalankan bersama anak-anak pesantren yang mengungsi di Masjid Bancah yang turut melibatkan aktiviti kaunseling pasca bencana. Ada anak-anak yang masih lagi trauma, terutamanya bila hujan turun, kerana terbayangkan tanah longsor dan gegaran lain. Anak-anak di sini sebahagiannya adalah anak-anak miskin, anak-anak dari keluarga yang bermasalah, anak muallaf dari Pulau Mentawai serta Pulau Nias dan sebagainya.

Selepas makan malam yang dibiayai oleh penyumbang Malaysia, diadakan sedikit perbincangan. Pihak pesantren dan penduduk setempat mengucapkan penghargaan mereka di atas keprihatinan,  bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia kepada mereka. Pihak pemuka tempatan (semacam jawatankuasa kampung) memaklumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk memberikan lokasi di sebuah kampung yang ditinggalkan (kerana ramai anak muda telah berhijrah) untuk pembinaan semula pesantren. Lokasi tersebut telah pun dilengkapi dengan bangunan sekolah dasar, masjid dan juga rumah-rumah, serta kebun-kebun buah pala, koko dan sebagainya. Alhamdulillah kelihatannya urusan-urusan berkaitan pemberian lokasi ini seperti telah/hampir selesai, dengan surat dan dokumen berkaitan akan dibawa pulang oleh Bapak Bachtiar untuk diuruskan di Jakarta.

Hari 3 (Khamis, 29 Okt 2009)

Kami bertolak meninggalkan bumi Maninjau pada jam 8 pagi waktu tempatan untuk ke Padang (penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 2.35 pm), ditemani Ibu Rosmi dan Pak Lem. Jika perjalanan dari Padang ke Maninjau melalui jalan menyusuri pantai (melalui Pariaman dan  Tiku), perjalanan kali ini melalui lereng bukit, iaitu Kelok 44 yang terkenal ke Bukit Tinggi dan Padang Panjang. Pemandangan lembah danau Maninjau daripada lereng bukit 44 kelok itu sangat memukau, dengan sawah yang bertingkat-tingkat, kebiruan air danau, kehijauan bukit bukau yang mengelilingi danau – walaupun sedikit tercemar dengan jalur-jalur merah kesan tanah longsor – dan bunga-bunga mengharum begitu meruntun hati kami, membuatkan kami ingin segera kembali ke sini.

Perjalanan melalui Padang Panjang menyaksikan kesan-kesan hakisan dan tanah longsor di lereng-lereng bukit sepanjang jalan, seperti batu-batuan sebesar sebuah bilik yang telah tergoleh dari bukit. Khabarnya akibat hujan lebat seminggu selepas gempa, tiga buah kenderaan telah dihanyutkan ke gaung di bawahnya, manakala dua lagi kenderaan tertimbus di jalan tersebut. Alhamdulillah perjalanan kami lancar tanpa sebarang bencana, dan kami selamat tiba di Bandara Minangkabau Padang pada jam 12 tengahari. Pesawat berlepas meninggalkan Padang pada jam 2.35 pm waktu tempatan.

 

Penutup

Misi ke 4 GPM telah berjaya mencapai objektif dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk Maninjau dan pihak pesantren.

Lanjutan dari misi ini, sokongan dari ABIM dan GPM selanjutnya adalah bagi mengumpulkan dana bagi pembinaan semula pesantren yang telah dibantu sejak 10 tahun yang lalu. Adalah diharapkan pengumpulan dana sebanyak Rp 500 juta dapat dijalankan secepat yang mungkin agar anak-anak pesantren tidak perlu lagi menumpang di Masjid Bancah yang serba kekurangan itu.

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, sukarelawan

GEMPA SUMATERA BARAT – LAPORAN MISI PERTAMA GPM DAN PELAN TINDAKAN

No 2-2A Jalan GJ 2, Taman Gombak Jaya, Batu 5 ½ Jalan Gombak, 53100 KUALA LUMPUR

Khamis 8hb Oktober, 2009

Misi I GPM ke Sumatera Barat telah berlangsung dari dari 5-6 Oktober, 2009 yang lalu. Anggota Misi I terdiri dari dari Sdr Mohd Asri Abdul (Ketua Misi), Sdr. Aktifanus Jawahir dan Sdr. Akmal Hisham.

Tujuan Misi

Misi I merupakan misi peninjau GPM untuk melihat kerosakan akibat gempa, terutamanya di Kabupaten Padang Pariaman dan Kabupaten Agam di Sumatera Barat dan menentukan bentuk bantuan yang diperlukan di sana. Misi I juga ditugaskan untuk menyalurkan bantuan kecemasan di kawasan yang terbabit serta membuka pusat operasi GPM

Penemuan Misi

Misi mendapati kerosakan harta benda yang sangat parah meskipun korban jiwa tidak begitu tinggi di kawasan yang diberikan tumpuan.

Tindakan

1. GPM telah membuka dua pusat operasi; satu di kota Pariaman dan satu lagi di Maninjau untuk  memudahkan penyaluran bantuan seterusnya.

2. Misi I juga telah menyalurkan bantuan kecemasan bernilai RM 10,000 kepada mangsa gempa di kawasan Pariaman.

3. Misi I juga memutuskan untuk memberikan tumpuan kepada tiga buah desa; iaitu dua buah desa di Kabupaten Padang Pariaman kira-kira 60 km dari Padang, dan sebuah desa di Kabupaten Agam.

a) Dua buah desa di Kabupaten Padang Pariaman terdiri dari: Desa Durian Pulut Pulut yang mempunyai 72 isirumah yang mana hampir seluruh rumah di desa ini mengalami kerosakan berat. Sebuah desa lagi ialah Desa Padang Karambia yang mempunyai 63 isi rumah, juga hampir seluruh rumah-rumah di desa ini mengalami kerosakan.

b) Desa ketiga yang menjadi tumpuan GPM ialah Jorong Batu Nanggai di Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam di mana terdapat sebuah pondok pesantren yang mengalami kerosakan parah sehingga 120 pelajar-pelajarnya terpaksa dipindahkan ke sebuah masjid berdekatan.

Jenis Bantuan yang akan disalurkan

1. Bantuan yang akan disalurkan oleh GPM ialah untuk mendirikan rumah sementara di dua desa di Kabupaten Padang Pariaman, iaitu Desa Durian Pulut Pulut dan Desa Padang Karambia.  Bantuan bernilai RM 3,000 untuk mendirikan sebuah rumah sementara tetapi akan disalurkan secara bertahap.  Sebahagian daripada bahan-bahan yang diperlukan untuk mendirikan rumah sementara itu diperolehi daripada rumah yang telah roboh, seperti atap zink, kayu, pintu dan lain-lain. Penduduk desa ini akan membina rumah mereka secara gotong royong.  Untuk tujuan ini,  GPM memerlukan RM 405,000 (135 unit x RM 3,000).

2. Bantuan makanan untuk pelajar-pelajar di Pondok Pesantren Prof Dr. Hamka seramai 120 orang yang kini tinggal di Masjid Bancah untuk tempoh 3 bulan. GPM  memerlukan  sebanyak RM 36,000 untuk menyalurkan bantuan ini. (RM 3 x 120 orang x 100 hari)

3. Keadaan bumi di lokasi pondok pesantren sudah rosak dan pondok ini tidak boleh digunakan lagi. Sebagai langkah sementara, dua buah rumah penduduk di kawasan berdekatan yang tidak terjejas dengan gempa digunakan sebagai tempat belajar.  Namun kedua buah rumah ini perlu direhabilitasi dan ini memerlukan biaya sebanyak RM 45,000.

Sumbangan orang ramai sangat-sangatlah diperlukan untuk menjayakan pelan tindakan  GPM di atas.  Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat GPM di talian 6188 3230 atau layari laman web www.gpm.com. my

Sumbangan atas nama  Global Peace Mission (GPM) boleh di buat ke akaun berikut:

Maybank:       564 221 611 602

Bank Islam:    14 023 01 002922 4

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

CATATAN 3 : MISI 1 GPM KE PADANG

Selasa 06 Oktober 2009
Malam tadi kami bermalam di rumah keluarga Bapak Arsil Ibrahim di Pariaman. Rumah beliau juga menjadi salah satu Pusat Penyelerasan DDII di Pariaman.

Awal pagi kami telah pergi ke tiga desa iaitu Desa Rambai, Desa Durian Pulut Pulut dan Desa  Padang Kerambia bersama Koordinator DDII di Pariaman iaitu Bapak Muhammad Sidek.
Bapak Ade Salamun dari LAZIS-DDII Pusat turut serta.
Di Desa Durian Pulut Pulut terdapat 70 keluarga; 95 peratus rumah di situ rosak binasa tetapi jumlah kematian tidak banyak. Mereka perlukan bantuan termasuk khemah sementara menunggu rumah di bina semula.
Kami telah menyampaikan bantuan wang tunai kepada keluarga yang terlibat.
Besok insyaAllah, pasukan LAZIS-DDII akan  menyusul membawa bantuan keperluan asas dari GPM ke desa tersebut.
Premis Taman Asuhan Kanak-kanak di desa ini juga turut musnah sama sekali.
Kami juga telah menyampaikan bantuan wang tunai ke mangsa di Desa Padang Kerambia.
Pihak LAZIS-DDII akan menyusul esok dengan bantuan keperluan asas dan khidmat kesihatan.

Diseluruh Sumatera Barat sebanyak 83,883 unit rumah rosak teruk, 32,773 rosak sederhana dan  66,419 unit rosak ringan.
Laporan dari :
Mohd Asri Abdul, Ketua Eksekutif GPM
Akmal Hisham Abdul Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM
Aktifanus Jawahir, Sukarelawan GPM
———— ——— –
Sumbangan boleh dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat di bawah atau
dimasukkan ke akaun berikut :

Global Peace Mission
Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 14 023 01 002922 4 atau
Maybank – No Akaun 564 221 611 602

2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: +603-6188 3230, Fax: +603-6188 3233

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

CATATAN 1 : MISI PADANG GPM

Isnin 5 Oktober 2009

Misi selamat tiba di lapangan terbang Padang pada jam 8.00 pagi dengan penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur.

Penerbangan penuh dengan warga Minang di Malaysia yang pulang untuk melihat keadaan kampung halaman dan saudara mara mereka yang ditimpa bencana. Salah seorang penumpang menceritakan bahawa keluarga kakaknya terdiri dari empat orang telah meninggal semuanya.

Ketibaan kami disambut dengan hujan lebat yang hanya reda sekitar jam 12.00 tengahari waktu tempatan. Di lapangan terbang kami disambut oleh Bapak Ade Salamun dari LAZIS-DDII. GPM telah pernah bekerjasama dengan LAZIS-DDII dalam beberapa misi kemanusiaan sebelum ini seperti di Aceh, Yogyakarta, Solo, Pangandaran dan Bukit Tinggi.

Di kota Padang banyak bangunan yang runtuh dan tenggelam ke dalam tanah antaranya mahkamah tentera, mahkamah syariah, jabatan kerja raya sumbar, hospital selasih (milik usahawan Malaysia). Sahingga malam tadi telah ada sekitar 300 gempa susulan.

Kami telah dibawa ke Pusat Penyelaras Menangani Gempa DDII di Rumah Sakit Islam YARSI (Yayasan Rumah Sakit Indonesia) di Jalan Proklamasi.

Pusat Tiusyen GAMA yang terletak di hadapan Pusat Penyeleras hancur sama sekali dan dikhuatiri 60 orang masih tertimbus dibawah runtuhan itu. Menurut taklimat dari Ibu Aisyah Natsir, Ketua YARSI Sumatera Barat penyakit seperti flu, batuk dan cirit birit telah sudah semakin menular akibat terputusnya bekalan air dan juga cuaca yang kurang baik.

Bekalan letrik hanya pulih sekitar 40 peratus sahaja. Perkhidmatan internet masih belum pulih. Restoren-restoren besar masih tutup; hanya gerai-gerai kecil yang beroperasi menurut Pak Misbach Malim, Koordinator Nasional untuk Pusat Penyelaras LAZIS-DDII. Mereka sudah lima hari makan nasi goreng.

Kami akan meneruskan perjalanan ke Pariaman dan Maninjau; dan akan menghantar catatan dari masa ke semasa.

Laporan dari : Mohd Asri Abdul, Akmal Hisham Abdul Rahim & Aktifanus Jawahir

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

CATATAN 2 : MISI 1 GPM KE PADANG

Isnin 5 Oktober 2009
Di Padang banyak hotel hotel besar berbintang yang mengalami kerosakan teruk. Tetapi hotel hotel kecil kebanyakan nya selamat dari kesan gempa. Ini mungkin kerana hotel hotel berbintang bangunan nya besar dan lebih mudah rosak bila berlaku gempa.

Keadaan mangsa gempa sangat menyedihkan. Merake ketakutan dengan gempa susulan, jadi berada di luar rumah sementara bekalan letrik telah terputus. Hujan lebat yang turun menyusuli gempa memberatkan lagi keadaan mereka. Di anggarkan paling kurang diperlukan 10 ribu unit khemah darurat bersaiz keluarga untuk menampung penghuni yang rumah mereka rosak binasa apatah lagi dalam keadaan cuaca yang sering hujan kini.
Harga barang barang keperluan melonjak naik. Cili  merah yang menjadi bahan asas dalam masakan Minang naik dari Rupiah 30 ribu ke Rupiah 60 ribu se kilo. Barang barang lain juga mengalami kenaikan harga sekitar 30 ke 40  peratus.
Sebelah petang kami sempat singgah minum teh di rumah Bapak Adel Tasman anggota DPRD Sumbar. Beliau ialah adik kepada Aktifanus Jawahir anggota misi kami.
Kami telah menerima info tentang Pondok Pesantren Buya Hamka di Maninjau. Asrama pelajar lelaki dan  rumah guru tidak dapat digunakan lagi. Namun asrama pelajar puteri, bagunan utama dan masjid masih utuh. Kerana bahaya tanah runtuh, warga pesantren telah pun berpindah ke Masjid Bancah. Setakat ini sudah ada lebih dari 20 titik  tanah runtuh diselingkar Danau Maninjau.

Kami meneruskan perjalanan ke Pariaman, kawasan yang paling teruk di landa gempa.
Malam nya kami bermalam di rumah Bapak Arsil Ibrahim yang pernah tinggal agak lama di Kuala Lumpur. Beliau kini bekerja di Jakarta namun adalah orang asli Pariaman. Alhamdulillah rumah dan keluarga Arsil di Pariaman selamat.
Esok pagi kami akan membuat tinjauan sekitar Pariaman.
Laporan dari :
Mohd Asri Abdul, Ketua Eksekutif GPM
Akmal Hisham Abdul Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM
Aktifanus Jawahir, Sukarelawan GPM

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

FREE AZLAN – GPM send protest to Embassy of Egypt

FREE AZLAN

A demonstration will be held at 11am today infront of Embassy of Egypt in Jalan Rhu, Ampang to protest the detention of Maj (R) Azlan Muhammad Shariff in Cairo.

Dunia Kemanusiaan urged unconditional release for Mr. Azlan.  It was reported that the authority of Egypt was the party who had detained him and the Egypt intelligence had interrogated him.  Shockingly, CIA, MOSSAD and M15 was also involved in the interrogation.

This is not his first trip to Gaza and his mission to assist Palestine had been published in official webiste of Global Peace Mission a long time ago.

Egypt should be seen as a friend of Palestine and not as tools of Israel and America.

FREE AZLAN NOW!

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Gaza, Human Rights, Humanitarian, Palestine, Refugee

Mejar Azlan GPM ditahan CIA

hands for gaza 07

BREAKING NEWS – Cairo: Malaysian interrogated by Mossad, CIA agents

PDF Print E-mail
Written by Abd Jabber
Monday, 07 September 2009

A Malaysian was interrogated for 3 days after his arrest in Cairo. He was interrogated with what is called ‘hard interrogation tactics’ by the officers present. The Malaysian, Major Azlan Mohd Shariff was in Egyptian police custody and not in Immigration custody as reported yesterday by Wfol.tv in an exclusive story.

From Cairo, Wfol.tv can confirm the following on the arrest of the Malaysian member of a prominent international NGO based in Malaysia, the Global Peace Malaysia (GPM):

Major Azlan, who is a pioneer in Malaysian aid to Gaza which is controlled by the Hamas organization, was arrested on Saturday night by a group of men who said they were local police. He was arrested on suspicion of violation of his visa to Egypt he was told.

The arrest then turned into a nightmare when he was manhandled and mistreated by the police officers who were actually part of a team working with the CIA and the Mossad (Israel’s intelligentsia) in Cairo.

The interrogation of the Malaysian took place in tense condition with the local officers getting assistance from the Mossad and the CIA who had at least 1 of their officers each at the interrogation of Azlan Shariff.

The news is yet to make the headlines in Malaysia but Wfol.tv has been informed by his friends that he is indeed arrested by the CIA. The reason for the arrest is not known but it is clear that he was on a misson for the GPM in Cairo and was probably at the GPM office in Egypt, which is very near to the Rafa crossing into Gaza. The GPM operation base is at El Arish, some 50 kilometres away from Gaza.

On Sunday 6th of September, friends of Major Azlan told Wfo.tv that his whereabout was unknown so far but they seem to confirm that he was arrested by people who claim to be from the CIA. Azlan was on a mission in Gaza for the Global Peace for the Eid El Fitr and to distribute the Zakah to the needy Palestinians.

While the news is yet to make the local newspaper’s headlines, it is confirmed that Azlan was arrested by the local police attached to a special task force unit that monitors movements from and to Gaza. The special unit is also assisted by the CIA, the Mossad and the British intelligence agencies. Their aim is to record the movements of people from various nationalities visiting Gaza.

It is also confirmed by Wfol.tv that many other nationalities were participating in the Global Peace Mission and Azlan was one of the foreigners involved in the mission to Gaza. He is well known in Egypt by local NGO’s and is also very popular with Palestinian NGO’s but his role as the headman who can penetrate the Gaza region to bring in aid from Malaysia was questioned by the Egyptian police and the CIA, Wfol.tv was told.

Protest letters by the GPM and a few local NGO’s in Kuala Lumpur will be sent to the Egyptian Embassy in Malaysia in order to make it clear that the Malaysian NGO’s did not like the arrest and the interrogation of their peers in Cairo, Wfol.tv was also told.

The mission was announced on the GPM.com.my website before the start of the Ramadan.

For more than two decades and under various names, GPM has provided emergency assistances to various communities in southeast Asia, South Asia, Africa as well as the East Europe who where devastated by war and natural disaster. Other than relief mission we are also able to deliver rehabilitation program.

Major Azlan, active for the GPM in Gaza, is an exco member of the group. This is a developing story. Wfol.tv will keep the readers updated.

http://wfol.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=1695&Itemid=2

Leave a comment

Filed under Gaza, Humanitarian