Tag Archives: Tsunami

MRA MASIH MENERUSKAN TAKIDASHI DAN PEMULIHAN TRAUMA DI WILAYAH TERJEJAS

pembuatan Onigiri di Kuil Kogenji di Tokyo

 

Walaupun berhadapan dengan beberapa siri gegaran susulan (after shock), MRA terus menggerakkan operasinya seperti yang telah dirancang.  Justeru, pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu, MRA telah menggerakkan program penyediaan makanan segar panas bermasak atau dikenali sebagai Takidashi kepada lebih 300 penduduk dan juga petugas di sebuah pusat pemindahan dikawasan Shizugawa, Minamisanriku didalam Miyagi Prefectures.  Program Pemulihan Trauma berjalan serentak dengan program agihan Takidashi ini.

Program penyediaan makanan ini mendapat sambutan baik dari penduduk setempat dan mereka merasa amat berterima kasih diatas kesudian dan kesanggupan rakyat Malaysia untuk turut bersama membantu mereka memulihkan kembali negara mereka. 

Kesempatan menghulurkan makanan kepada pakcik dan makcik, warga emas yang masih mendiami pusat pemindahan tersebut, petugas MRA akan mengambil peluang ini untuk berbual dan memberikan mereka semangat dan harapan untuk meneruskan hidup ini.  Kebanyakkan dari kalangan mereka berada didalam keadaan sangat tertekan kerana mereka telah diminta untuk keluar dari kawasan kediaman mereka kerana radiasi, kehidupan seharian terjejas, malah, ada dikalangan ahli keluarga mereka yang hilang masih belum ditemui menambahkan lagi beban tekanan didalam diri setiap penduduk yang berada di pusat pemindahan.  Petugas MRA juga telah diingatkan untuk tidak berbincang isu-isu sensitif dan isu yang boleh mengguris hati mereka sepanjang program pemulihan trauma ini.

Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan MRA akan pulang dari Tokyo ke Malaysia pada 19hb April 2011 nanti.  MRA akan mengatur kempen dan gerakerja yang lebih tersusun bagi membantu Kempen Bantuan Ke Jepun ini.  Mana-mana Media yang ingin mengadakan temuramah eksklusif bersama beliau boleh menghubungi Sekretariat MRA.

Kami amat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menggandakan lagi bantuan kami di Jepun.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

MRA METERAI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN KERJASAMA BERSAMA RANGKAIAN NGO

Pengagihan Takidashi di kawasan Sendai.  Gerakerja bersama rangkaian NGO antarabangsa

 

Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan MRA di Pejabat Satelit MRA di Sendai melaporkan bahawa satu perjanjian persefahaman kerjasama telah dimeterai diantara Malaysian Relief Agency (MRA), Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU), Japan Islamic Trust (JIT), Masjid Otsuka dan Masjid Sendai.

Perjanjian ini antara lain bertujuan untuk memastikan agar kerja-kerja bantuan yang disalurkan dapat diurus secara lebih sistematik dan dapat dipantau keberkesanannya dengan lebih baik lagi. 

Perjanjian kerjasama ini juga akan memasukkan aspek penyebaran maklumat yang tepat terhadap apa yang berlaku di lapangan supaya dapat dilaporkan secara bertanggungjawab kepada khalayak yang memerlukannya.  Perjanjian kerjasama ini juga berhasrat untuk memudahkan kerja-kerja penyaluran dana serta penggunaan sumber manusia dan tenaga kerja yang sedia ada di Jepun.

Modus operandi MRA pada masa ini ialah untuk membekalkan bantuan makanan bermasak (Takidashi) disamping mengadakan program Pemulihan Trauma kepada penduduk yang masih menginap di Pusat-pusat Penempatan di wilayah yang terbabit dengan memberikan mereka semangat untuk terus menghadapi kehidupan ini.

Ramai penduduk yang masih mengharapkan agar dapat bertemu semula dengan ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang. Jumlah mereka yang hilang dilaporkan melebihi 13,000 orang.  Pihak berkuasa Jepun kini dilaporkan sedang melipat gandakan usaha mereka untuk mencari mayat di kawasan sekitar 10km radius dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima.  Pencarian sebelum ini ditangguhkan kerana kadar kebocoran radiasi yang tinggi di kawasan tersebut.

Mana-mana pihak yang ingin berkerjasama atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, sukarelawan

PENGHANTARAN TAKIDASHI (MAKANAN SEGAR BERMASAK) KE PUSAT PENEMPATAN

Tahap radiasi di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi masih kekal di Tahap 7 dan penduduk didalam radius 40km telah diminta untuk mengosongkan kediaman mereka.  Rujuk laman sawang Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk maklumat lanjut.  http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/teks/index.asp

MRA dengan jaringan kerjasama ngo-ngo lain telah membuat pengagihan Takidashi ke beberapa buah pusat penempatan yang memerlukan bantuan makanan di sekitar bandar Iwaki yang terletak didalam Fukushima Prefectures dan kawasan yang terletak didalam Miyagi Prefectures.  Takidashi merupakan makanan bermasak yang disediakan menggunakan bahan segar dan amat digemari oleh penduduk Jepun. 

Antara Pusat Penempatan yang menerima Takidashi dari kami sepanjang minggu lalu ialah Pusat Penempatan Natari Hoikuen, Pusat Penempatan Iriya Syogakkou, Pusat Penempatan Iwaki Performing Arts Center Alios dan Pusat Penempatan Ena Elementary School.

Kelmarin, MRA telah selamat membuat penghantaran lebih dari 4 tan bahan-bahan makanan kering sumbangan rakyat Malaysia ke sebuah pusat penempatan penduduk di sekitar Sendai didalam Miyagi Prefectures. 

MRA turut berkerjasama dengan Alumni Look East Policy Society (ALEPS) dalam menggerakkan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Jepun ini.

Mana-mana pihak yang ingin berkerjasama atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

semua gambar adalah ihsan dari Masjid Otsuka, Tokyo.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

TAHAP 7 RADIASI DI FUKUSHIMA MENYAMAI BENCANA CHERNOBYL

macam nielah cara kutipan dana dari orang ramai di Jepun.  Kutipan ni dilakukan oleh ahli-ahli gusti Jepun didepan Stesen JR di Shibuya, Tokyo.  Aku masukkan duit kecik je…

Jepun telah menaikkan paras kesan radiasi dari tahap 5 ke tahap 7 di Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi berikutan gegaran susulan yang berlaku berhampiran dengan loji tersebut. Ianya kini menyamai tahap yang dikeluarkan semasa bencana Chernobyl, Ukraine 25 tahun yang lalu.

Sebuah jawatankuasa antarabangsa memberikan definasi Kemalangan Tahap 7 sebagai pembebasan secara besar-besaran bahan radioaktif yang boleh memberikan kesan sebaran kepada kesihatan dan alam sekitar.

Jepun kini berhadapan dengan beberapa siri gegaran susulan yang kuat, dikhuatiri boleh mengganggu kerja-kerja penstabilan di Loji-loji Janakuasa Nuklear yang terbabit.

MRA telah dimaklumkan oleh Pejabat Satelit kami di Sendai, bahawa satu penghantaran melibatkan lebih 4 tan bahan-bahan makanan kering sumbangan rakyat Malaysia telah selamat diagihkan di kawasan penempatan mangsa-mangsa bencana berhampiran Miyagi Prefectures. Terdapat lebih dari 165,000 orang masih mendiami ratusan pusat pemindahan di kawasan bencana di wilayah timur Jepun.

MRA juga telah diminta untuk memberikan penumpuan kepada kerja-kerja “trauma healing” terutamanya kepada golongan warga emas dan kanak-kanak. Mereka merupakan golongan yang paling banyak menderita disebabkan bencana tersebut. Aktiviti didalam “Trauma Healing” adalah termasuk bermain dengan mereka, bercakap dan berbual, melukis dan membuat pentomen.

Mana-mana pihak yang ingin berkerjasama atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat. Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Kenyataan Media, sukarelawan

PEJABAT SATELIT MRA DI SENDAI TERSELAMAT DALAM GEMPA TERBARU

Bersama barangan sumbangan rakyat Malaysia, kami tolong agihkan

Petugas di Pusat Islam Sendai bersama petugas MRA

Gempabumi semalam (11hb April 2011) berpusat di Timur Laut Jepun  pada kekuatan 7.1 skala Ritcher telah melanda Jepun sekali lagi dan secara simboliknya menandakan genapnya sebulan peristiwa Tsunami dan Gempa yang melanda pada 11hb Mac 2011 yang lalu.  Amaran Tsunami setinggi 1 meter telah dikeluarkan di Fukushima Prefectures tetapi telah ditarik balik kemudiannya.  Bandaraya Tokyo turut bergegar selama satu minit semalam.

Sekretariat MRA telah menghubungi Pejabat Satelit MRA di Sendai yang diketuai oleh En. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan MRA sejurus selepas kejadian dan beliau telah memaklumkan bahawa kesemua petugas MRA berada didalam keadaan baik walaupun mengalami gempa yang agak kuat tersebut.

Gegaran tersebut bagaimanapun tidak menghalang operasi MRA dan juga tidak mengakibatkan sebarang kerosakan besar kepada Pejabat Satelit MRA yang telah beroperasi semenjak 26hb Mac yang lalu.

MRA kini sedang menumpukan kepada aktiviti membekalkan makanan panas bermasak kepada pusat-pusat pemindahan mangsa bencana yang telah dikenalpasti di kawasan terbabit.  MRA turut menjalinkan kerjasama dengan NGO tempatan dan NGO antarabangsa yang turut berada disana bagi memastikan sumbangan rakyat Malaysia disalurkan tepat kepada mereka yang memerlukan.

Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bantuan Kemanusiaan ke Jepun boleh menghubungi kami untuk sesi taklimat.  Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MRA (Maybank) 5640 9820 6365.

Sekian, terima kasih. Ganbatte Kudasai!

Leave a comment

Filed under Kenyataan Media, sukarelawan

Puppet MRA tolong Kempen bantuan untuk Jepun

Kumpulan puppet ini boleh dijemput untuk membuat persembahan.  Contact saya.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya

Permohonan & Maklumat lanjut mengenai Sukarelawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua Tamodachi (sahabat)

Saya amat menghargai semua yang menjengah ke blog ini dan bertanyakan bagaimana hendak menjadi sukarelawan, termasuklah kepada mereka yang menghantar sms kepada saya., terima kasih sangat.

Cumanya, saya tidak dapat hendak memberikan penjelasan dan penerangan lebih lanjut, kerana sedang menjadi musafir di sebuah negara yang saya tidak begitu arif dan keadaan yang sedikit tidak begitu banyak masa.

Balik nanti, kita jumpa dan berbual mesra. 

Jumpa lagi.

Shahrul San

6 Comments

Filed under Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP

dari Fussa, Tokyo

Assalamualaikum sekelian Tomodachi (sahabat) saya

Sekarang saya berada di Fussa, Tokyo dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Jepun, Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Alumni Look East Policy Society – ALEPS.

Saya akan update dari masa ke semasa mengikut kemampuan dan kelapangan yang ada.

Shahrul San, Fussa, Tokyo

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

Tsunami hits Japan – Imagine you are there.. on the ground

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

Scientists warn California could be struck by winter ‘superstorm’

SUPERSTORM IS THE NEW TSUNAMI

A group of more than 100 scientists and experts say in a new report that California faces the risk of a massive “superstorm” that could flood a quarter of the state’s homes and cause $300 billion to $400 billion in damage. Researchers point out that the potential scale of destruction in this storm scenario is four or five times the amount of damage that could be wrought by a major earthquake.

It sounds like the plot of an apocalyptic action movie, but scientists with the U.S. Geological Survey warned federal and state emergency officials that California’s geological history shows such “superstorms” have happened in the past, and should be added to the long list of natural disasters to worry about in the Golden State.

The threat of a cataclysmic California storm has been dormant for the past 150 years. Geological Survey director Marcia K. McNutt told the New York Times that a 300-mile stretch of the Central Valley was inundated from 1861-62. The floods were so bad that the state capital had to be moved to San Francisco, and Governor Leland Stanford had to take a rowboat to his own inauguration, the report notes. Even larger storms happened in past centuries, over the dates 212, 440, 603, 1029, 1418, and 1605, according to geological evidence.

The risk is gathering momentum now, scientists say, due to rising temperatures in the atmosphere, which has generally made weather patterns more volatile.

The scientists built a model that showed a storm could last for more than 40 days and dump 10 feet of water on the state. The storm would be goaded on by an “atmospheric river” that would move water “at the same rate as 50 Mississippis discharging water into the Gulf of Mexico,” according to the AP. Winds could reach 125 miles per hour, and landslides could compound the damage, the report notes.

Such a superstorm is hypothetical but not improbable, climate researchers warn. “We think this event happens once every 100 or 200 years or so, which puts it in the same category as our big San Andreas earthquakes,” Geological Survey scientist Lucy Jones said in a press release.

Federal and state emergency management officials convened a conference about emergency preparations for possible superstorms last week.

 http://news.yahoo.com/s/yblog_thelookout/20110117/us_yblog_thelookout/scientists-warn-california-could-be-struck-by-winter-superstorm

 

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam