Tag Archives: Kedah

Sambutan mangsa banjir naikkan semangat petugas MRA



ALOR SETAR 14 Nov. – Sambutan mesra dan penghargaan mangsa banjir menjadi penyuntik semangat kepada sukarelawan serta petugas Malaysian Relief Agency (MRA) untuk terus menggembleng tenaga bagi membantu memulihkan kehidupan penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu.

Pengarah Bantuan Kecemasan MRA, Khairil Annuar Khalid berkata, mereka bertambah bersemangat dan gembira menjalankan kerja-kerja sukarela berkenaan apabila mangsa yang dibantu memberi layanan yang cukup mesra.
“Mangsa yang dibantu juga menyatakan dengan ikhlas penghargaan mereka terhadap sukarelawan dan petugas-petugas MRA.

“Sambutan seumpama inilah yang membuatkan sukarelawan yang telah pulang ingin datang semula secepat mungkin untuk terus membantu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Kumpulan Utusan dan MRA melancarkan Dana Bantuan Mangsa Banjir Utusan-MRA untuk membantu mangsa-mangsa banjir di utara tanah air dengan harapan dapat menarik perhatian rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Khairil Annuar, hari ini mereka menyambung kerja-kerja pembersihan termasuk membantu membuang timbunan sampah iaitu pelbagai peralatan rumah yang rosak akibat banjir di kawasan perumahan Taman UDA dekat sini.

Selain di Taman Uda, katanya, sukarelawan dan petugas MRA turut digerakkan ke Dehrang di Pokok Sena dan Megat Dewa, Jerlun bagi pengagihan makanan dan membuka klinik kesihatan bergerak oleh pasukan perubatan yang dipecahkan kepada dua kumpulan. “Semua kerja-kerja sukarela ini bermula pada pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 6.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, malam tadi MRA menerima 1,000 kotak mi segera yang disumbangkan oleh Nestle Products Malaysia dan 300 kampit beras sumbangan sebuah syarikat swasta untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Katanya, sumbangan-sumbangan seperti mi segera itu itu amat dialu-alukan kerana ia boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir memandangkan mereka tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk memasak masakan dengan sempurna.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Humanitarian, Inilah dunia, Kempen-kempen, Kenyataan Media, sukarelawan

PASir oh PASir… ambik pasir boleh hilang air rupanya…hmmm

“Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan  KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010).”
Petikan perenggan akhir Kenyataan Akhbar YAB MB Selangor 14 Julai 2010

Hari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan.   Macam-macam pendedahan.  Sudahlah dijalanan banyak pendedahan yang menghakis pahala kini diakhbar juga ada banyak pendedahan, cuma yang dihakis oleh akhbar ialah kewarasan dan kebenaran sesuatu “pendedahan” tersebut.

DS Najib telah memulakan marathonnya untuk menyiapkan BN menghadapi pilihanraya akan datang, seperti kebiasaan acara sukan, peserta bukan boleh terus lari pecut… kena lari perlahan-lahan… dan dalam mood perlahan-lahan nie, kita boleh lihat bagaimana Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah digasak… 

Minggu nie, paling best tengok bagaimana strategis umno dan bn, termasuk strategis yang digajikan oleh JPM merencana taktik untuk mengocakkan pentadbiran negeri-negeri pakatan rakyat terutamanya Selangor.  Aku rasa terharu sangat bila Khir Toyo bercakap soal alam sekitar, soal kelestarian alam, bagaimana air bersih boleh berkurangan, bagaimana kalau tanah dikorek bakal merosakan ekologi dan begitu dan begini.  Kalaulah dia cakap macam tu masa kes Bukit Cherakah dulu… tentu dia dijulang rakyat.

Khir Toyo juga mahu Kumpulan Semesta ditutup dan kerja-kerja pasir diserahkan kepada PTG untuk diuruskan.  Begitu tawadhuk dan “concern” aje bunyi statementnya tu… hahahahahahahah…. ini lah jadinya bila banyak buat facial treatment, kita je cantik orang lain semua buruk.

Sudah-sudahlah membohong.  Zaman BN dulu apa yang tidak dikerabat untuk kroni dan penjilat?  Bukit lagi ditarah, inikan pulak pasir lombong dan sungai.  Apa kerajaan dapat?  Apa rakyat biasa dapat?  Tak ada apa.  Hari nie bila Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat perintah, rakyat dapat semua manfaat.  Dari yang baru lahir sampailah yang telah meninggal, semua ada bahagian yang disediakan, ringan sama dijinjing – berat sama dipikul.  Inilah namanya rakyat diutamakan…

Yang marah sangat pasal isu pasir di Selangor kenapa? Adakah mereka yang marah tu pencuri-pencuri pasir haram yang dilepaskan oleh penguasa tempatan sebelum 8 Mac 2008 dan kini telah kehilangan punca pendapatan lumayan, atau bekas pemegang tampuk eksekutif yang berkongsi keserakahan dan kini telah kehilangan “sumber pendapatan tidak rasmi bulanan” yang hampir tiada had… ataupun rakyat-rakyat kecil yang terpaksa melalui jalan-jalan lopak dan lecak yang dtinggalkan oleh lori-lori mengangkut pasir – yang halal dan yang haram.

Apapun, tahniah kepada Dato Anuar (boss SEMESTA), orang yang sederhana tetapi tajam.  Anda boleh temui beliau di surau kecil dan pasar malam je.    Teruskan kerja Dato’, pegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Shahrul Peshawar

 

8 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Kursus Kepimpinan Pelajar lagi..

Aku baru je kendalikan satu kursus Kepimpinan Pelajar di Naka, Kedah pada 10hb April 2010 yang lepas.

Ada 42 orang pelajar yang hadir.  Kami membicarakan tentang beberapa tokoh besar termasuk Umar Al-Mukhtar, Sultan Muhammad Al Fateh, Syeikh Hassan Al Banna dan Osama Ben Laden.

Selainnya, biasalah pengisian untuk pimpinan pelajar… dan aku tak sentuhpun isu politik tanahair… gua profesional lah

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under sukarelawan

Hujan sudah mula turun di Alor Setar – Raining starts in Alor Setar


(English translation below)

Seronok hujan turun ni… tapi ada juga yang tak seronoknya…

Dulu masa di Peshawar, hujan turun jadi cam pesta. Di Karachi, ikut pengaalam isteri aku, lagi gile, depa siap nyanyi dan joget bawak drum. (tengok filem Lagaan – Amir Khan – nanti korang faham)

Hujan nie membawa banyak rahmat… dan orang selalu kata kemarau setahun dapat dihapus dengan hujan sehari.

Tapi, terlalu banyak hujan boleh jadi mudarat juga. Boleh jadi banjir, boleh jadi barang-barang hanyut. Rumah aku di Gombak dulu pernah kena musibah banjir je, tak naik tinggi pun, paras buku lali je, tapi penatnya… nak membersihkan balik barang-barang yang terkena air, banyakknya cam buku dan bantal, baju aku kena buang je… tak leh nak kembali ke warna asal.

Tapi aku masih syukur, kerana rumah aku tak lah tenggelam seperti separuh rumah orang di kawasan bencana banjir yang memaksa diaorang sehingga panjat bumbung.

Hujan sentiasa mengingatkan aku pada masa silam ku.

Ada sahabat yang mati dipanah petir kerana bermain hujan, ada juga aku terlibat membantu orang yang terkena panahan petir sewaktu hujan ketika menunggu bas di Shah Alam.

Aku suka main bola dalam hujan, lagi lebat lagi best…
Aku pernah camping dalam hujan, habis khemah basah
Aku pernah jungle trekking dalam hujan, takut… dahan pokok jatuh besar-besar

Hujan, mungkin rahmat pada penjual payung dan baju hujan… tapi ianya menggangu "sales" penjual aiskrim dan penjual air batu di bawah pokok ceri.

Hujan adalah rahmat kepada katak – inilah musim dan masanya untuk menambahkan zuriat, tetapi malang dan bencana kepada tikus dan cencurut kerana terpaksa berpindah randah mencari kawasan yang sesuai.

ALlah telah memberikan tanda kedatangan hujan dengan pelbagai cara "alami". Cara mudahnya ialah dengan melihat pergerakkan semut. Bila semut pindah sarang – ada sesuatu akan berlaku. Yang lain, bila burung layang-layang terbang itu tandanya hujan nak turun, awas… pepatah Melayu ada berkata "mendengar guruh dilangit, air setempayan dicurahkan"… guruh bukan petanda nak hujan ya…

Hujan mengingatkan aku pada banyak peristiwa, umpamanya Majlis Pernikahan aku ditepi pantai… dari awal sampai habis hujan je… kami cuci periuk dalam hujan… hmmm

Lagi hujan, lagi banyak katak melompat… melalut lah pulak..

Cukuplah citer hujan aku.

shahrul peshawar…

It’s fun when raining… but sometime it is not..

When I was in Peshawar, raining is a fiesta. In Karachi, according to my wife, the people are going to dance on the street with drum.. (watch Lagaan film, Amir Khan – you will understand why..)

Rain bring a lot of rahmat (blessing).. and people always says one dry year will be washed away by one day raining.

But, too many rains will make things worse too. Maybe flood, it will washed away your belongings. Once, my house in Gombak was flooded. It’s just the level of my ankle, but, it is tiring when come to clean-up those things soaked with the flood water – like books, pillow, shirts… better to throw away.

However, I still thank to ALlah, as my house did not flooded up to the roof as others in the disaster areas.

Rain always bring my memory back to my child age…

I’ve friend who had died due to lightning while playing football in the rain, I’ve also experienced assisting a group of people who are seriously injured when lightning struck the bus station which they took shelter in Shah Alam. Few of them died due to serious burnt.

I like to play football in rain, the heavy the rain, the best it is
I used to camp in rain, everything get wet
I used to tracking in the jungle in rain, horror… when the branches fall

Rain, a blessing to the umbrella and raincoat seller… but it disturbed the sales of icecream and cold drinks seller under the Cherry tree.

Rain, a blessing to the frog – this is the time for mating but its a disaster to the rats and mole as they have to find some better and dry habitat.

ALlah actually had given us the signs of the coming of rain in various “natural” way. The simplest is by observing the movement of the ants. When they moved their colony to the higher ground, most probably something will happen. The other is by observing the sparrow flying. However, there is a Malay proverb saying – “when you heard thunder in the sky, do not throw away the water in the pile (tempayan)” – Thunder is not the sign of rain.

Rain remind me on so many things, my wedding is nearby sea. House of my wife is less than 300meter from the sea. From beginning until the end, its raining…

More rain, more frogs will jump… hahahaha

Enough for my rain story.

shahrul peshawar…

>

2 Comments

Filed under Di Minda Saya

Buat EM lagi…

20hb Februari yang lepas aku turun buat EM lagi dengan orang kampung… kat Bandar Bharu lah pulak.

EM nie bukan benda asing dikalangan kita, ianya suatu benda yang sudah sebati dan telah digunakan sejak sekian lama.  Proses pembuatan tapai, ragi, pekasam, semuannya ada melibatkan EM ni, cuma ianya tidaklah dikomersilkan secara  besar-besaran.

shahrul peshawar, alor setar

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Kedah Memang Mundur – apa nak dimalukan?

Kedah memang mundur…

Apa yang kita nak marahkan Shafie Apdal tu?  Betul apa yang dia cakap.  Dia datang dari satu tempat yang serba serbi membangun – serba serbi cukup… tempat yang semuannya Sempoerna.  Sebab tu dia tahu apa yang dikatakan sebagai mundur.  Dia kan seorang menteri, mana boleh menteri cakap benda yang tak ada bukti…

Cuba korang check sejak dia dilantik oleh UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah… berapa puluh kali dia balik ke Kedah nie… tu yang dia faham dan tahu segala hati budi dan isi perut negeri Kedah…  Hebat nie, mana ada ramai orang macam nie kat Malaysia…

Yang dia cakap mundur tu ikut pengalaman dia, kan dia orang terpelajar.  Dia cakap tu ikut apa yang dia lihat dengan mata kepala dia, yang dihidu dan disedut dengan hidung dia, yang didengar menerobos ikut telinga dia, yang dijilat dan dilapah dengan mulut dan lidah dia.  Tak boleh salahkan dia.

Dia cakap tu semua kerana dia faham, Kedah nie mundur lagi, walaupun Kedah pernah lahirkan dua perdana menteri, tapi Kedah masih mundur lagi.  Walaupun Kedah negeri jelapang padi, boleh buat makanan asas sendiri – Kedah masih mundur lagi.  Walaupun Kedah ada Pulau Langkawi yang terkenal tu, siap ada LIMA setiap tahun pun Kedah masih mundur lagi.  Walaupun ada rangkaian lebuhraya hebat menjalar hingga ke sempadan negara Thailand, Kedah masih mundur lagi.  Walaupun berpuluh-puluh tahun UMNO memerintah, ada lagi ramai lagi orang Kedah yang hidup merempat di tanah sendiri.  Walaupun berpuluh-puluh tahun mengundi Barisan, masih ada kawasan yang tak de bekalan air bersih dan letrik, ada yang membesar tanpa melihat tiang letrik… Kemunduran Kedah itu memang warisan dari Barisan.

Selalunya bila turun ke Kedah, dia akan pergi ke kawasan DUN dan Parlimen yang UMNO menang, aktiviti yang diaorang selalu buat apa lagi kalau tak bagi basikal, duit ringgit, beras, gula, minyak, kain pelekat dan trend terbaru yang wanita dan puteri dok guna ialah bagi bubur assyura… hahahaha..  Kalau tolong buat rumah pun bukan duit UMNO tapi duit penaja, duit kontraktor dan duit dua tiga kerat businessman yang menumpang teduh dibawah pelbagai skim.  Korang perasan tak, UMNO selalu bagi beg sekolah tapi tak pernah bagi buku… hihihi depa mana hargai ilmu pengetahuan sangat.  Dah jadi trend sesetengah orang politik tu untuk biarkan beberapa orang kampung hidup melarat, nanti senang nak tunjuk kat media bila tiba musim Raya dan pesta bersedekah.

Jadinya – aku sokong kenyataan Shafie tu, memang Kedah mundur – mundur yang diwarisi dari Barisan.  Ustaz Azizan dan exconya, yang pada aku antara adunan exco Kedah yang terbaik – doktor ada, insinyur ada, ahli perniagaan ada, pensyarah ada – pastu yang boleh cakap banyak bahasa pun ada… bertungkus lumus nak bangunkan negeri ni…. hang sorang je meraban tak tentu pasai.  Kot nak jadi JUARA RAKYAT pun… cakap tu biaq ada bukti kukuh, kat sini tak mainlah seret-seret tilam.

Shafie, aku rasa hang elok pi pekena laksa Telok Kechai dulu biaq luluh hang punya bingai tu.

Shahrul Peshawar, maaf lah… kasaq sikit… almaklum kawasan munduq.

2 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Tim MRA di Alor Setar untuk Misi Banjir

DSCN5716

Tim Malaysian Relief Agency sudah tiba di Alor Setar untuk mendapatkan maklumat awal mengenai aktiviti banjir di Kedah.

Tim yang terdiri dari 5 orang sukarelawan ini turut menghantar bantuan awal berupa makanan segera dan ubat-ubatan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under 1

TABIK untuk Ustaz Azizan – Menteri Besar Kedah

100B3041
ORANG TU KATA LAGI
Orang kata PAS ikut telunjuk DAP.
Orang kata PAS takut hilang undi Cina.
Orang kata PAS tak perjuangkan hak Melayu
Orang kata PAS tak boleh selesaikan masalah
Orang kata PAS macam-macam
Orang dulu kenapa tak selesai MASALAH BABI di Kedah
Orang dulu kenapa tak respons cepat
Orang dulu kenapa tak buat apa
Orang dulu bukan Melayu Islam ke
Orang dulu tak ikut telunjuk MCA ke?
Ada orang bantah kandang babi
Ada orang kata  babi haram
Ada orang kata tidak Islamik pindahkan kandang babi
Ada orang apikan benci Melayu dengan Cina
Ada orang semarakkan fitnah nak robohkan kuil dan to’kong
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah ARAK?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah JUDI?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah RASUAH?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah RIBA?
Kenapa orang itu bantah babi tapi tak bantah KHIANAT?
Semua haram.  Sama-sama haram?  Babi boleh bantah yang lain tak nak bantah?
Apa punya Melayu daa…  semangat selsema BABI je…
*orang (baca sebagai umno/bn)
SHAHRUL PESHAWAR
Alor Setar

3 Comments

Filed under 1

Selamat Mengundi – Pilihlah yang terbaik

100_3681

Selamat Mengundi kepada Semua Pengundi di Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Pilihlah pemimpin yang terbaik.  Pilihlah mereka yang memegang amanah.  Pilihlah mereka yang tidak khianat.

Pilihan di tangan anda.

Adios.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under 1

Trip to Bukit Selambau

100_3862

I was in Bukit Selambau for a straight three days.

I’ve seen many interesting scenarios and points to share.

1.  As usual, plenty of “Election Tourist” – people who came just to register that they had been in Bukit Selambau.  They will visit all the “Bilik Gerakan” as if they are the Wakil Calon or the candidates themselves.

2.  Traffic Jammed – As expected – outsider and party workers are coming with their own vehicles, took almost all parking space available.

3.  Independant Candidates, some of them are well equipped with basic election machinery – “bilik gerakan’, posters, buntings, bodyguards etc. This time it is not like the “Makcik” who contest with Mat Sabu in 8th Mac 2008 – Kuala Terengganu.

4.  “Sponsored Bebas Candidates” – Very simple – I did not meet anyone in this world who will throw his money down to the drain.  If it is someone else money – it may be.

5.  Again, why I said that Bebas Candidates are sponsored – someone had been organising their “Ceramah Perdana”.  So funny when all Bebas candidates sit in the same stage and asking voters to vote them while they themselves are not united.  Anyhow, I didnt go to that Ceramah Perdana.

6.  The real fight definately will be narrowed to Keadilan and BN.  Between the eyes and the “dacing”.  I dont think the “ayam jantan”, “kelapa sawit”, “bas – not pas”, “gerek”, “kepala harimau”, “buku” and others can be the voice of the grassroot…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya