Category Archives: sukarelawan

Kisah-kisah “Buang Air”

Hari nie aku nak cerita satu benda. Korang jangan kira aku pengotor pulak. Aku nak cerita pasal buang air kecil. Yang kita panggil “kencing” tu. Kalau kencing tersumbat, itu maknanya korang ada batu karang. Kalau kencing terlalu kerap, korang ada kemungkinan ada darah tinggi. Kalau kencing kuning, korang ada kemungkinan ada hepatitis. Kalau kencing tak lawas, ada masalah dengan korang punya buah pinggang. So, korang baca cerita kencing aku nie dari sudut positif, ok. Aku janji tak “kencing” korang semua.

Kencing atau buang ari kecil nie satu aspek penting yang perlu dan selalu aku tekankan bila aku diminta untuk bercakap atau berkongsi tentang “dunia kemanusiaan”. Kenapa buang air kecil ni penting? Selain dari ianya tidak menyusahkan misi bantuan ketika ianya juga berperanan untuk menyelamatkan nyawa anda.
Kalau anda jenis yang terlalu kerap buang air kecil, anda kena maklumkan kepada Ketua Misi anda dan anda juga perlu adjust untuk pastikan anda tidak banyak bercadang untuk berhenti buang air. Dalam perjalanan sejauh 300-400 km, kebiasaannya kita akan berhenti dua kali, sekali untuk makan dan solat termasuk buang air dan sekali lagi hanya untuk buang air dan sedikit “refreshment”. Kalau sebab anda, misi terpaksa berhenti lebih dari dua kali, ianya sangat membebankan dan merbahaya. Kalau kena tempat yang memang terkenal dengan tembak menembak, sniper dan rompakan, ianya akan memberikan mereka peluang untuk menjadikan kita mangsa. Perasaan cemas, gentar dan takut akan membuat kita lebih berpeluh dan merangsang buah pinggang untuk mengeluarkan lebih banyak kencing. Sebab tu kita kena sentiasa memastikan diri kita bebas dari perasaan ingin buang air kecil selalu.

KISAH Satu
Kencing tikus – Leptospirosis. Inilah penyakit yang banyak orang tak perasan, terutama pada petugas bantuan yang sibuk membantu ketika banjir. Masa banjir, semua lubang yang ada dibumi akan dipenuhi air, termasuklah lubang tikus, lubang ular dan segala macam binatang. Jadi semua haiwan nie akan keluar untuk menyelamatkan diri, mana haiwan yang terperangkap, dia akan terasa cemas, dan dalam hal nie, tikuslah yang menjadi mangsa, bila dia cemas, dia terkencing dan kencing tikus nie mengandungi racun. Dan dalam hal banjir, kencing ni akan hanyut bersama air banjir tersebut dan kadangkala ia akan bertakung disesuatu tempat sehingga surut atau hanyut lagi ke tempat lain. Kalau kita terkena air yang mengandungi kencing tikus secara sengaja atau tidak, ia akan memungkinkan kita untuk dijangkiti wabak tersebut.

Masa banjir di Pakistan dulu, lepas sebulan aku balik, badan aku jadi susut, aku ingat diet aku berjaya, tapi isteri aku kata ini penyakit.. yelah isteri aku boleh baca tapak tangan, dia belajar. Masa kecik aku pun belajar tengok tapak tangan, kawin dengan siapa, dapat anak berapa hahahahahaha. Satu hari tu, aku rasa tak larat sangat, aku pergi ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar terus aku kena tahan ward. Sahabat aku Azman yang tolong hantar. Doktor kata aku suspek kena Hepatitis A, nasib baik bukan B, C, D dan seterusnya. Dekat dua minggu aku kat Hospital dan dekat dua bulan aku keluar masuk hospital, habis urat aku kena cucuk nak ambik darah. Pelajarannya ialah hati-hati dengan KENCING TIKUS dan kalau KENCING KUNING itu bahaya.

KISAH Dua
Dalam perjalanan dari Bossaso ke Garowe, kami terpaksa singgah buang air di padang pasir yang ada pokok renek berduri, cukup untuk menyorok dari pandangan orang. Kena hati-hati, duri pokok renek ni tajam, boleh buat jarum. Orang sini panggil buang air tu “banak”. Dalam keadaan darurat, terpaksa buang air kecil secara berdiri. Tapi berdiri macamanapun mesti ada skilnya gak. Pertama, dalam darurat macamanapun, korang kena pastikan arah angin bertiup kemana, cam kita selalu cek arah angin masa nak main layang-layang. Kalau korang gagal pastikan arah angin kemana, tengah buang air tu tiba-tiba angin bertiup habislah terpercik sana-sini. Jadinya korang kena ada skil tu. Skil ni terpakai diseluruh tempat yang aku pernah pergi.

KISAH Tiga
Semasa aku bertugas di Pakistan dan Afghanistan dulu, bila dalam perjalanan, kita berhenti untuk buang air besar atau kecil, mereka akan bagi kertas tisu. Ye, kertas tisu cam kat dalam toilet tu. Diaorang istinjak guna kertas, dan dalam keadaan tak ada kertas diaorang akan gunakan batu. Kita belajar bab istinjak ni masa di sekolah dulu. Tapi kat Somalia nie tak boleh, dia mesti pakai air jugak, macamanapun mesti ada air. Takde air dia akan tahan sampai ada air. Hah, sama cam orang Melayu gak.
Cuma masalah pakai tisu dan batu nie ialah senang sekali toilet kat sini tersumbat dan nak merepairnya pun buang masa aje sebab minggu depan tersumbat balik. Tu sebab kat toilet awam kena hati-hati, kadang-kadang dalam radius 50 meter dari tandas dah bersepah kat tepi-tepi tu.

KISAH Empat
Masa aku mula-mula bertugas di Uzbekistan dulu, masa aku masih muda remaja, baru masuk 22 tahun, aku pergi ke kampung keluarga angkat aku, keluarga Kahramon Yuldashev di Ferghana Valley. Masa tu salji, kat sini salji tebal. Masa kami sampai, dah pukul 11 malam, pastu ada kenduri kahwin kat situ, diaorang ajak minum arak, aku kata aku tak minum arak, teh bolehlah. Diaorang kata minum araklah boleh panaskan badan, aku kata takpelah, bagi teh sudahlah. Aku minum teh dekat dua kole gak sebab nak melayan berborak.
Pastu bila balik ke rumah Kahramon, kami mengantuk sangat. Aku pun tertidur, lepas tu terbangun, rasa nak buang air. Aku kejut Kahramon, dia dah tak sedar diri, aku goncang dia, aku tanya mana tandas, “oo brat, gde tualet?” dia jawab sambil menunjuk satu arah “tam” – kat situ. Aku pun separuh merungut dan separuh mengantuk pergilah ke tandas, dalam hati risau gak, sebab diaorang nie selalunya ada bela anjing. Aku rasa aku sampai ke tandas tu, lampu memang tak ada, toksah tanya, aku main tolak-tolak aje pintu dan aku pun laksanakan sehingga selesai. Aku bawak air mineral. Subuh, kami bangun solat dan air wudhu panas telah disediakan dalam bejana aluminium. Lepas tu Kahramon kata kalau nak mandi pergilah kat bilik air, tapi dia tunjuk arah lain dari malam tadi.

Rupanya malam tadi aku pergi kat stor barang-barang je. Dan bila aku lalu kat situ aku jeling, aku nampak ada “ais batu” baru kat situ… beku.

KISAH Lima
Ini kisah klasik yang sdr. Khairil Annuar selalu cerita kat aku, dan aku akan sentiasa cerita kat semua orang yang aku sayang dan yang bercita-cita nak jadi humanitarian. Aku panggil kisah nie kisah “Kencing Kat Tayar” je.

Bila kita pergi ke kawasan perang atau lepas perang atau konflik yang ada elemen periuk api dan jerangkap samar, kita dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak. Dan tempat paling selamat untuk buang air ialah di tayar kereta yang kita naik. Jangan nak pergi cari semak, belakang pokok, tepi tembok dan sebagainya.
Nak tahu tempat tu ada land mine atau tidak, biasanya pemandu orang tempatan akan maklumkan kita. Tanda lain, selalunya akan ada batu bertanda merah putih atau merah hitam kat kawasan sekitar tu. Kalau ada tanda tu baiklah hati-hati. Satu lagi, kalau ada banyak sangat bangkai kereta kebal, ada meriamlah, ada lori tersadai tu semua tanda bekas kawasan pertempuran.. kena hati-hati.

Akhir sekali.
Selalu bersedia dengan air mineral dan kertas tisu dimana saja anda berada semasa dalam perjalanan. Kita kat Malaysia semuanya lebih lengkap dan lebih mudah. Kekadang bila berada ditempat yang mana kemudahan asas cam air pun takde kita akan jadi gelabah dan susah nak sesuaikan diri. Jadi sentiasa bersedia dan kreatif dalam perjalanan.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Bila lepas saja, sebutlah Alhamdulillah


Ada satu kawasan maut di dalam perjalanan dari Bossaso ke Gardo. Terletak di dalam kawasan berbukit bukau, semacam jalan nak Genting, Freaser dan Janda Baik. Berselekoh tajam sepanjang masa. Khabarnya setiap hari, mesti berlaku kemalangan, kalau tak eksiden sesama kereta, pastilah ada kereta yang terbabas atau hilang kawalan pemanduan.

Hinggakan, kebanyakkan pemandu dan pengguna jalanraya apabila sahaja merentasi kawasan ini, mereka akan mengucapkan kalimah Alhamdulillah. Dan hari ini, ada satu kawasan atau pekan kecil, siap dengan masjid, pusat kesihatan, restoran (gerai je) didirikan disini, disatu pekan yang dikenali oleh semua orang sebagai pekan Alxamdulillah (baca sebagai Alhamdulillah).

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Peta Dimana, Refugee, Somalia, sukarelawan

Gunting rambut di Garowe

Semalam aku beritahu pada SAHABAT MRA Somalia, Dr. Daud, bahawa aku nak potong rambut. Aku rimas kerja dengan rambut panjang. Dah terbiasa dengan rambut pendek, lagikan aku bekas Komander Kesatria, mestilah kena kemas selalu wakawakawaka…

Dia kata tak elok potong rambut petang-petang, elok potong belah pagi. Aku kata apa masalahnya potong petang, pagi nanti sibuk nak kerja, dia kata.. dengar cakap aku potong pagi. Aku pun mengalah, manalah tahu budaya sini kot kalau potong petang tak elok… tapi kenapa kedai gunting bukak juga petang? Kat sini nama kedai gunting ialah “Tima Jarah” bukan Timah Tasoh, tu nama empangan kat Perlis ok…

Aku bagi gambaran Tima Jarah yang aku pegi nie, kedainya sedang sahaja, boleh masuk tiga pelanggan, ada tiga kerusi, ada kerusi menunggu, ada cermin besar (standard kedai gunting) sepanjang dinding depan dan dinding kiri. Dinding kanan ada tingkap, tingkap jenis pakai selak, tapi tolak ke atas, bukan tolak kekanan atau kekiri. Lupa nak mention, nama Tima Jarah nie ialah International Tima Jarah. Kelas gitu…

Gunting dia, gunting kertas yang macam kita selalu guna tu, bukan gunting rambut yang ada ekor tu, pastu, kerusi dia, kerusi yang dipateri pada rim lori. Dia bikin baik punya, kerusi dia empuk gak, cuma bila nak shave, bukan kerusi tu yang boleh lentur ke belakang tapi engkaulah yang kena melorot kedepan, bagi kepala boleh letak ngam-ngam kat hujung kerusi tu… wakawakawaka

Dr. Daud kata dia bawa aku kedai nie, sebab dia tahu tukang gunting nie sorang saja yang boleh gunting rambut aku… rambut Asia. Cam biasa, dia pakaikan aku kain lapik warna hijau, pastu dia gunting, cam tukang gunting biasa kat Malaysia, lebih baik tangan takde bau kari, bau asam pedas, bau tempoyak, clean. Pastu dia start nak spray rambut aku, biasalah kat sini, spray semua jenis re-cycle, dia spray rambut aku pakai spray bekas cecair sabun cuci pinggan, takde hal. Pastu dia masuk bab nak cukur, jadi standardlah kedai gunting Malaysia pun pakai pisau cukur potong dua, cuma batang pisau yang dia gunakan tu cam dia buat sendiri je, cam pakai batang besi pada kalender kuda… korang follow aku tak nie?

Aku ingat dah nak cukur, rupanya tak. Dia sekalikan pisau tu dengan sikat, jadi dia potong lagi rambut aku sikit guna style tu, aku takut dia terlupa letak pisau tu belah atas, tidak botak aku nanti. Pastu dia start cukur, aku rasa ngeri sebab boleh dengar bunyi pisau tu potong rambut aku, tapi belum sempat aku kata apa, side burn aku dia tarah habis… hmmm geram gak aku dibuatnya, sepupu sepapat keluarga belah bapak aku, yang datang dari Batu Pahat tu semuannya simpan side burn, kalau diaorang tahu side burn aku kena potong boleh kena pulau nanti.

Bila aku tengok dah reda sikit, aku kata tolong trim sikit misai dengan janggut. Korang tahu tak dia trim misai aku pakai apa? Melampau betul. Dia tonyoh misai aku pakai mesin gunting rambut elektronik tu. Kalau pegi Kedai Gunting Rambut yang bekas askar jaga, macam kat Taman Nakishah, Alor Setar rumah lama aku tu, kau sebut nombor berapa je kau nak, dia akan set dan tukar mata pastu terus tonyoh benda tu kat kepala, sekejap je settle, haa mesin nie lah dia tonyoh kat mulut aku… bukan semput je datang, medulla oblangota pun boleh menguncup dibuatnya.

Aku ingat dah habis, dia kata belum lagi. Dia letak tuala mandi pulak cover badan aku. Apa pulak lagi nie.. Dia bawak satu krim ada tertulis Holland Cream Shaver, dia letak kat dahi aku, pastu dia spray air kat muka aku tercungap-cungap aku dibuatnya, terasa macam kena dera kat Guantanamo je. Pastu dia macam buat mask kat muka aku, aku mana reti benda nie semua, aku bukan jenis lembut punya. Kemudian, dia nak shave aku satu round lagi, tapi yang syoknya dia tukar mata pisau tu depan mata aku je, lepas tu boleh pulak pisau tu tertanggal, aduh mak… seriau aku dibuatnya.. Habis tu, dia sembur muka aku dengan air lagi dan dia lap muka aku, dia bilas dua kali, ok gaklah. Dia cuci kepala aku pun pakai cream shaver tu jugak, pastu di lap kepala aku. Pastu, dia pakai berus cam berus vacuum cleaner tapi panjang-panjang warna jernih untuk bersihkan belakang aku.

Habis je, aku pun bangun, dia pun ambik satu benda cam rotan bulu ayam time kat sekolah tu, dia sebat-sebat benda tu kat badan aku, nak kasi buang rambut lah tu… sakit pun ada, geli pun ada. Lupa aku nak cakap, sepanjang sesi gunting rambut nie berjalan, aku dihidangkan dengan lagu-lagu Somalia ala-ala dendangan Ahmad Jais.

Aku memang suka pegi gunting rambut bila berada di luar, terutama tempat rakyat marhain pergi, nak cari bahan cerita. Aku ada pengalaman gunting rambut di Jalalabad, Afghanistan. Dia siap letak kapas dalam telinga, keliling telinga, keliling leher… rasa cam nak kena kapan pun ada. Tu belum pengalaman aku tunggu nak gunting rambut kat kedai gunting di Peshawar, Pakistan, ada satu mamat tu dah habis gunting rambut, tiba-tiba dia buka baju, nasib baik ada singlet, apa dia nak buat nie? Dia pun depakan tangan dia, maka tukang gunting tu pun tolong potongkan sekali bulu ketiak dia kat situ gak… wakwakwakawaka, terus aku pergi kedai lain. Di Muzaffarabad, Kashmir, masa aku dengan Dr. Hyzan, tengah gunting, bergegar-gegar sebab masih ada after shock lagi.

Apapun, aku respek pada profesion Tukang Gunting Rambut. Korang je yang boleh pegang kepala raja dan perdana menteri masa dia hidup.

5 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Somalia, sukarelawan

Aidilfitri di Galkaiyo, Somalia

Aku beraya dengan bodyguard dan staf MRA. Tiada ketupat dan tiada lemang, tiada kueh raya mahupun kerepek.

Yang ada hanyalah kambing, kambing, kambing…hari hari makan kambing, pagi petang siang malam semuannya kambing hahahahahahaha… ada sekali aku minta telur untuk breakfast, diaorang kata aku kena order dua hari dulu, sebab tak de telur dalam stok, telur kena booking in advance… ahahahahaha….

Shahrul Peshawar

1 Comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Rumah Perlindungan Al Huda, Bossaso

Inilah rumah perlindungan Al Huda untuk anak yatim dan anak miskin dari kalangan anak-anak pelarian dan masyarakat miskin di Bosasso. Ada sebuah NGO Tempatan yang membantu mereka, sangat komited. Mereka perlukan dana untuk makanan dan sewa rumah. Aku cadang nak gunakan program Qurban untuk sponsor rumah perlindungan nie.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya, Refugee, Somalia, sukarelawan

Bersama Dr. Daud di Port Bossaso

Dr. Daud dah sampai ke Bossaso? Bukan, ini Dr. Daud Bossaso. Dia nie staf MRA Somalia. Kami bergambar kat Port Bossaso. UN guna port nie untuk bawa masuk makanan dan supply ke kawasan utara. Mana ada lanun sangat, dulu korang ingat tak yang panggil orang Bugis tu lanun sapa? Mat Salleh kan, cam tulah gak kat sini, depa panggil orang yang ganggu diaorang lanun… simple je.

Janganlah korang bayangkan Pelabuhan Kelang atau North Port tu, … ini Somalia lah, ini antara port terbaik yang diaorang ada, camana tempat yang port dia pun tak canggih boleh keluarkan lanun? Kalau ada sesapa nak hantar barang ke Somalia ikut Port Bossaso nie jangan risau, aku memang keturunan Bugis, kira lanun Malaya nanti aku “kow-tim” dengan lanun Somalia.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Bersama anak-anak pelarian di New Shabella, Bossaso

ADA orang kata aku ambil gambar duduk sebab nak melindungi sesuatu dari dalam tubuh badan aku, sampai hati diaorang cakap macam tu, dalam bahasa mahkamah ianya dikira tuduhan berniat jahat – Mala Fide.
Aku kenalah duduk nak bergambar dengan budak-budak, nanti aku tak masuk dalam “frame”. Tukang petik kamera tu dia akan petik je, dia bukan nak cari angle yang terbaik, jadi aku kena advise dia untuk gambar yang menarik, bukan senang nak mintak budak-budak tu bergambar dengan aku… diaorang tak biasa tengok orang lain selain yang sewaktu dengannya…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Kem New Shabella di Bossaso

Sebaik saja mendarat, lepas semua proses visa dan hal yang berpatutan di airport aku minta untuk terus melawat ke Kem Pelarian, aku kata nanti tangguh-tangguh takut terlewat satu hari. Aku lupa nak bagitahu, ketika tiba dari Barbera, beg aku dan beg Sayed tak ikut sekali, entah kat mana sangkut beg kami berdua – Wallahualam. Tapi, aku dah bersedia dengan beg sandang yang bawak laptop n keperluan lain, cukuplah untuk survival 7 hari. Tapi yang sedih, ada kuih lidah buaya untuk aku raikan Syawal dalam tu…

Kem New Shabella nie dapat nama sebab kebanyakkan penduduk datang dari wilayah Shabella di Selatan Tengah dekat dengan Mogadishu tu, diaorang datang ke Bossaso sama ada berjalan kaki beribu kilometer, tumpang lori, tumpang kereta,naik keldai atau unta… bas ekspress dan keretapi takde disini…

Di Kem ni, MRA bantu bagi air bersih, kita bawa lori tangki dan isikan air penuh-penuh dalam tadahan air nie supaya senang pelarian ambil air nie… kami supply 21 lori sehari ke 32 kem pelarian disini (setiap kem ada giliran masing-masing) kita akan buat selama sebulan bermula dari 26hb Ogos 2011 yang lalu. Sebuah lori boleh angkut maksimum 8000 liter air.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Pesawat untuk ke Bossaso

Pesawat Antropov ke Bossaso

Inilah pesawat buatan Russia, Antropov (iye ke?) yang akan membawa kami ke Bossaso. Takde sapa nak check aku ada visa atau tidak. Takde sapa peduli nak check aku bawa cecair ke, gunting ke, senapang ke, pistol ke. Takde sapa peduli aku nak bawa barang berat macamana pun, nak bawak anak gajah ke, nak bawak mak gajah ke, nak bawak katil ke hahahahahahahahaha

Yang paling best, pesawat ni tak leh hidup, dekat setengah jam, lepas pilot, engineer, repair…aku tengok dia main sambung-sambung wayar je, cam nak bagi lampu kereta menyala… pakai skru drebar je..

Bila dah diudara, semua orang asyik berkipas je, rupanya aircond tak leh function, aku tak tahan panas, dahlah puasa… tapi aku tertidur gak dengan peluh berjurai-jurai, dekat sejam pastu baru aircond function…

bersambung…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, IDP, Inilah dunia, Refugee, Somalia, sukarelawan

Ke Barbera, Somaliland

Inilah pesawat yang aku naik dari Dubai ke Barbera. Pesawat nie kecik je, aku terhimpit dengan sorang pompuan Somalia, seksa gaklah aku dibuatnya, tapi apa nak buat… buat-buat tertido ajelah.

Dalam pesawat nie, aku tak paham sepatah pun tulisan dia, tapi sebab selalu naik flight aku boleh agaklah apa nak buat kalau berlaku sesuatu…

Shahrul Peshawar..

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, IDP, Refugee, Somalia, sukarelawan