Monthly Archives: August 2009

Bantah pembinaan kuil bawa kepala Lembu – Islam lah tu?

100_4537

Apalah punya bangang?

Nak dakwah macamana pada bukan Islam?

Kalau nak tunjuk “ranggi” pun pegilah sembelih lembu sekor, agihkan pada fakir miskin – bukannya bawa kepala lembu seketul.

Nak bantah buat kuil bukan tak boleh, boleh bantah tapi mesti ada rasionalnya – orang-orang nie nak sembahyang kat mana pulak?  Orang Islam kena adil walaupun kita tidak pernah bersetuju dengan kaedah dan kepercayaan mereka.

Memalukan mak bapak aje..

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

CHICKEN ALA CARTE

Take the moral of the story and always thank ALlah for what you are now.  Remember, there are lot of people that need our assistance.
Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

N11 – Permatang Pasir milik PAS

DSCN3080

Walaupun dijanjikan sebagai ANAK EMAS Kerajaan Pusat, pengundi di N11 tetap memilih untuk menjadi ANAK SOLEH.

Mungkin tidak ada beg sekolah yang diberikan kepada adik-adik dibangku sekolah yang menyebabkan BN tersungkur, atau juga tiada jambatan yang boleh dijanjikan kepada penduduk.

Isu bersumpah, Isu serangan peribadi, isu sokong UMNO tak masuk syurga, isu duit palsu, isu Anwar pengkhianat, isu PAS ditunggang DAP, isu DAP kafir harbi, isu siasatan kes rasuah Fairus Khairuddin, isu pembangunan (dah lapuk sangat dah) isu UMNO pembela Melayu, isu Kampung Buah Pala, x-rakan kongsi Rohaizat buat kenyataan bercanggah dari yang sebelumnya, hinggalah isu akhir – pengistiharan YB Radhi jadi calon bebas pun tak membantu langsung.

Apapun, Najib cukup berbangga dapat kurangkan majoriti PAS.  Seperti kata Hishamuddin Rais yang lebih kurang begini maksudnya  “kakahkakakakahahakakaha apa punya parti masuk pilihanraya nak kurangkan majoriti saja tapi bukan untuk menang kakakakakahahaahak”

Penggunaan secara jelas haram jentera kerajaan Kesihatan, Tentera, POLIS, SPRM – memperalatkan budak-budak sekolah dan penerima sumbangan bantuan serta memperkudakan media arus perdana semahu-mahunya turut tidak dapat menahan kemaraan dan kemarahan rakyat.

Strategi akhir untuk tidak menampakkan NAJIB dan Rosmah dalam mana-mana kempen N11 juga tidak melekat dan mengena.  Orang dah muak dah, tak boleh nak buat apa.

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen

Nik Aziz menyeleweng? Terompah Pelastik mana yang cakap nie?

102_4440

Sapa yang pandai kata Tuan Guru Nik Aziz menyeleweng nie?

Aku tak percaya Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kata.  Dia hanya bagi kenyataan umum.

Tapi kalau USUTAN MALAYSIA dan BERITA HAIRAN  buat kerja cam Abu Jahal dan Abu Lahab melaga-lagakan Tuan Guru aku percaya – diaorang nie memang tak boleh harap – dalam suratkhabar depa pun ada iklan nombor ekor.

KENYATAAN PENUH PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 seperti Utusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.

Sebenarnya isu ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan sejak tahun 2000 lagi dan keputusan muzakarah itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.

Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan juga berpendapat sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan ingin menasihatkan kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam hendaklah berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak betul atau bidaah yang boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Kepada orang ramai, ingin saya nyatakan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka.

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.

2 Comments

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia

Merdeka dari sebarang bentuk penjajahan…

anak-anak kita

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Human Rights

Kempen ONE Malaysia atas kubur?

100_4588

Kekadang bila jarang sangat terlibat dalam program keagamaan kita jadi keliru mana satu yang agama suruh dan mana satu yang PM suruh.

Kempenlah ONE Malaysia tu sampai ke langit pun, tapi hormatlah sikit dengan yang duduk kat dalam kubur tu, tak payahlah nak gantung banner sampai dalam kawasan kubur?  Tu bila orang kata guna pengundi hantu korang marah…

JAWI pun kena ada otak lah sikit kalau takde banyak otak pun..

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia

Menegur pun biarlah BERADAB

umno gila

Kelakarlah tengok orang yang buat demo tanpa gunakan banyak otak dan akal nie…

Menegur pun biarlah berADAB.  Kalau tak beradab kita akan dikenali sebagai BIADAP.

Kita kutuk DAP sebab tak hormat Islam, tapi kita tak langsung amalkan cara dan kaedah Islam ketika berselisih.

Jadi apa macam sekarang… siapa yang menjatuhkan imej Islam?  Siapa yang lebih biaDAP?

SHAHRUL PESHAWAR

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian, Inilah dunia

Israel targets human rights groups

133_2275
August 11, 2009 by attendingtheworld

Israel targets human groups

Jonathan Cook, Foreign Correspondent

August 03. 2009

      Jeff Halper. co-founder of the Israeli Committee Against House Demolitions. Alexei Kidel for The National

      NAZARETH // In a bid to staunch the flow of damaging evidence of war crimes committed during Israel’s winter assault on Gaza, the Israeli government has launched a campaign to clamp down on human rights groups, both in Israel and abroad.

      It has begun by targeting one of the world’s leading rights organisations, the US-based Human Rights Watch (HRW), as well as a local group of dissident army veterans, Breaking the Silence, which last month published the testimonies of 26 combat soldiers who served in Gaza.

      Additionally, according to the Israeli media, the government is planning a “much more aggressive stance” towards human rights groups working to help the Palestinians.

      Officials have questioned the sources of funding received by the organisations and threatened legislation to ban support from foreign governments, particularly in Europe.

      Breaking the Silence and other Israeli activists have responded by accusing the government of a “witch hunt” designed to intimidate them and starve them of the funds needed to pursue their investigations.

      “This is a very dangerous step,” said Mikhael Mannekin, one of the directors of Breaking the Silence. “Israel is moving in a very anti-democratic direction.”

      The campaign is reported to be the brainchild of the far-right foreign minister, Avigdor Lieberman, currently facing corruption charges, but has the backing of Prime Minister Benjamin Netanyahu.

      Early last month, Mr Lieberman used a press conference to accuse non-profit organisations, or non-governmental organisations, of replacing diplomats in setting the international community’s agenda in relation to Israel. He also threatened reforms to curb the groups’ influence.

      A week later, Mr Netanyahu’s office weighed in against Human Rights Watch, heavily criticising the organisation for its recent fund-raising activities in Saudi Arabia.

      HRW has pointed out that it only accepts private donations, and has not accepted Saudi government funds, but Israeli officials say all Saudi money is tainted and will compromise HRW’s impartiality as a human rights watchdog in its treatment of Israel.

      “A human rights organisation raising money in Saudi Arabia is like a women’s rights group asking the Taliban for a donation,” Mark Regev, a government spokesman, told the right-wing Israeli daily newspaper the Jerusalem Post.

      HRW recently published reports arguing that the Israeli army had committed war crimes in Gaza, including the use of white phosphorus and attacking civilian targets.

      HRW is now facing concerted pressure from Jewish lobby groups and from leading Jewish journalists in the US to sever its ties with Saudi donors. According to the Israeli media, some Jewish donors in the US have also specified that their money be used for human rights investigations that do not include Israel.

      Meanwhile, Israel’s foreign ministry is putting pressure on European governments to stop funding many of Israel’s human rights groups.

      As a prelude to a clampdown, it has issued instructions to all its embassies abroad to question their host governments about whether they fund such activities.

      Last week the foreign ministry complained to British, Dutch and Spanish diplomats about their support for Breaking the Silence.

      The testimonies collected from soldiers suggested the Israeli army had committed many war crimes in Gaza, including the use of Palestinians as human shields and firing white phosphorus shells over civilian areas. One soldier called the army’s use of firepower “insane”.

      The Dutch government paid nearly 20,000 euros to the group to compile its Gaza report, while Britain funded its work last year to the tune of £40,000 (Dh245,663).

      Israeli officials are reported to be discussing ways either to make it illegal for foreign governments to fund “political” organisations in Israel or to force such groups to declare themselves as “agents of a foreign government”.

      “Just as it would be unacceptable for European governments to support anti-war NGOs in the US, it is unacceptable for the Europeans to support local NGOs opposed to the policies of Israel’s democratically elected government,” said Ron Dermer, a senior official in Mr Netanyahu’s office.

      He added that many of the groups were “working to delegitimise the Jewish state”.

      Jeff Halper, the head of the Israeli Committee Against House Demolitions, said the government’s position was opposed to decades-old developments in human rights monitoring.

      “Every dictator, from Hitler to Milosevic, has said that there must be no interference in their sovereign affairs, and that everyone else should butt out. But international law says human rights are universal and cannot be left to individual governments to interpret. The idea behind the Geneva Conventions is that the international community has a duty to be the watchdog on human rights abuses wherever they occur.”

      Mr Halper, whose organisation last year received 80,000 euros from Spain to rebuild demolished Palestinian homes, was arrested last year for sailing to Gaza with peace activists to break the siege of Gaza.

      Other groups reported to be in the foreign ministry’s sights are: B’Tselem, whose activities include providing Palestinians with cameras to record abuses by settlers and the army; Peace Now, which monitors settlement building; Machsom Watch, whose activists observe soldiers at the checkpoints; and Physicians for Human Rights, which has recently examined doctors’ complicity in torture.

      Mr Mannekin added: “The government cannot suppress information about what happened in Gaza by shutting us down.

      “You can’t send 10,000 soldiers into battle and not expect that some of the details will come out. If it’s not us doing it, it’ll be someone else.”

      The government’s current campaign follows a police raid on the homes of six Israeli women peace activists in April.

      The women, all members of New Profile, a feminist organisation that opposes the militarisation of Israeli society, were arrested and accused of helping Israeli youngsters to evade the draft. The women are still waiting to learn whether they will be prosecuted.

      jcook@thenational.ae

      Leave a comment

      Filed under Gaza, Human Rights, Humanitarian

      Saya okey – Muhyiddin (walaupun guna helikopter tentera untuk rasmi mesyuarat UMNO)

      102_4447

      Saya okey – Muhyiddin

      KOTA KINABALU 16 Ogos – ‘‘Saya okey, tiada masalah dan tidak terkejut,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan pengalaman apabila helikopter yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan tidak dijadual di Tuaran hari ini.

      Helikopter Nuri yang membawa Timbalan Perdana Menteri dan 14 yang lain melakukan pendaratan tidak dijadual di Impian Jadi Resort, Tuaran akibat cuaca buruk.

      Muhyiddin dalam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

      ‘‘Saya lega kita ada juruterbang yang bagus yang merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan penerbangan ke Kota Kinabalu kerana cuaca buruk.

      ‘‘Jadi kita mendarat di Tuaran. Tiada perkara pelik berlaku. Dia (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul,” katanya pada sidang akhbar di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini selepas mengakhiri lawatan sehari ke Sabah.

      Kelewatan akibat cuaca buruk itu memaksa Timbalan Perdana Menteri membatalkan rancangan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

      Utusan Malaysia

      JIB cuba tengokkan si DIN ni sikit… kata rakyat nak didahulukan dan pencapaian diutamakan… macamana boleh guna jentera kerajaan untuk rasmi mesyuarat UMNO?  Kalau dah tak boleh nak amanah dengan harta rakyat pun at least jadilah ahli politik yang profesional sikit – bayarlah helikopter sendiri…

      Memalukan betul, tak de amanah dan tak boleh diharapkan.

      SHAHRUL PESHAWAR

      Leave a comment

      Filed under Belasungkawa

      SPRM, PDRM, PM, TPM = DRM – orang dah tak percaya…

      102_4434

      Nafi tolak Chuan How jatuh

      KUALA LUMPUR 16 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan mereka menggunakan kaedah gestapo semasa menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada seorang daripada Exco kerajaan negeri Selangor, pada Jumaat lepas.

      “Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong (Ahli Majlis Perbandaran Sepang) sehingga beliau jatuh. Kecederaan yang dialami oleh Wong tidak akan berlaku sekiranya beliau mematuhi arahan yang telah diberikan dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menyempurnakan siasatan yang dijalankan,” menurut SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

      SPRM berkata, siasatan awal mendapati beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek telah tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Wong.

      “Penemuan hasil siasatan ini menjadikan Wong sebagai suspek utama dan keputusan dibuat agar beliau ditangkap untuk siasatan lanjut, dan untuk itu SPRM pada 5 Ogos telah berusaha menghubungi Wong melalui panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbitnya tetapi tidak dibalas.

      “Akhirnya, pada 13 Ogos 2009, Wong telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pegawai SPRM memaklumkan bahawa beliau bersetuju untuk bertemu dengan pegawai SPRM di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Pelek pada 14 Ogos 2009 jam 9 pagi,” kata SPRM.

      Pada hari Jumaat lepas, sepasukan pegawai SPRM telah bertemu dengan Wong berserta dua peguamnya di tempat yang dijanjikan dan pegawai SPRM telah menunjukkan kad kuasa SPRM kepada mereka bertiga.

      “Beliau (Wong) telah dimaklumkan bahawa beliau perlu dibawa ke Pejabat SPRM Putrajaya bagi tujuan siasatan lanjut kerana dokumen-dokumen berkaitan kes yang sedang disiasat berada di Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

      SPRM berkata, Wong dan kedua-dua peguamnya membantah kerana dikatakan Wong terikat dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bil. 4 Tahun 2009 dan lanjutan daripada keengganan tersebut, Wong telah ditangkap oleh pegawai SPRM berhubung kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

      “Wong juga seterusnya enggan menurunkan tandatangannya apabila notis di bawah Seksyen 53 (3) Akta SPRM 2009 dibaca dan diserahkan kepada beliau,” katanya.

      Beliau berkata, Wong melalui peguamnya meminta pegawai SPRM membenarkan beliau pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis berhubung tangkapan ke atasnya sebelum beliau mengikut pegawai SPRM ke Putrajaya.

      Pegawai SPRM bersetuju dan memaklumkan bahawa Wong adalah di bawah pengawasan SPRM dan beliau perlu menaiki kereta pegawai SPRM untuk ke balai polis.

      Kata SPRM, apabila Wong yang tidak digari hendak dimasukkan ke dalam kereta pegawai SPRM yang sudah pun menunggu di luar pusat tersebut, beliau secara tiba-tiba menepis tangan pegawai SPRM yang mengiringi beliau dan cuba melarikan diri.

      “Pegawai SPRM terpaksa mengambil tindakan menghalang Wong dari melarikan diri dengan memeluk beliau dari belakang kerana beliau mula meronta-ronta dan akhirnya menjatuhkan dirinya di atas lantai kaki lima deretan kedai di situ.

      “Adalah ditegaskan bahawa pegawai SPRM tidak pernah sama sekali menolak Wong sehingga beliau jatuh,” katanya.

      Dengan itu SPRM memohon kerjasama orang ramai untuk memerangi jenayah rasuah dan bukannya memburukkan SPRM dengan mengeluarkan kenyataan melulu berasaskan kepada sentimen semata-mata. – BERNAMA

      Utusan Malaysia lagi..

      SATU Malaysia pun tak akan percaya dengan versi SPRM nie…

      Tapi mungkin ada dua tiga NGO’k akan sokong – siap buat banner lagi – pakai lilit-lilit kat kepala sokong SPRM nanti – hahahaha… dapatlah nasi lemak dengan teh ais sorang sebungkus… JADILAH…

      Shahrul Peshawar

      Leave a comment

      Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya