Tag Archives: PR

PASir oh PASir… ambik pasir boleh hilang air rupanya…hmmm

“Walaupun Kerajaan Negeri akur pengurusan  KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010).”
Petikan perenggan akhir Kenyataan Akhbar YAB MB Selangor 14 Julai 2010

Hari-hari kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan.   Macam-macam pendedahan.  Sudahlah dijalanan banyak pendedahan yang menghakis pahala kini diakhbar juga ada banyak pendedahan, cuma yang dihakis oleh akhbar ialah kewarasan dan kebenaran sesuatu “pendedahan” tersebut.

DS Najib telah memulakan marathonnya untuk menyiapkan BN menghadapi pilihanraya akan datang, seperti kebiasaan acara sukan, peserta bukan boleh terus lari pecut… kena lari perlahan-lahan… dan dalam mood perlahan-lahan nie, kita boleh lihat bagaimana Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah digasak… 

Minggu nie, paling best tengok bagaimana strategis umno dan bn, termasuk strategis yang digajikan oleh JPM merencana taktik untuk mengocakkan pentadbiran negeri-negeri pakatan rakyat terutamanya Selangor.  Aku rasa terharu sangat bila Khir Toyo bercakap soal alam sekitar, soal kelestarian alam, bagaimana air bersih boleh berkurangan, bagaimana kalau tanah dikorek bakal merosakan ekologi dan begitu dan begini.  Kalaulah dia cakap macam tu masa kes Bukit Cherakah dulu… tentu dia dijulang rakyat.

Khir Toyo juga mahu Kumpulan Semesta ditutup dan kerja-kerja pasir diserahkan kepada PTG untuk diuruskan.  Begitu tawadhuk dan “concern” aje bunyi statementnya tu… hahahahahahahah…. ini lah jadinya bila banyak buat facial treatment, kita je cantik orang lain semua buruk.

Sudah-sudahlah membohong.  Zaman BN dulu apa yang tidak dikerabat untuk kroni dan penjilat?  Bukit lagi ditarah, inikan pulak pasir lombong dan sungai.  Apa kerajaan dapat?  Apa rakyat biasa dapat?  Tak ada apa.  Hari nie bila Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat perintah, rakyat dapat semua manfaat.  Dari yang baru lahir sampailah yang telah meninggal, semua ada bahagian yang disediakan, ringan sama dijinjing – berat sama dipikul.  Inilah namanya rakyat diutamakan…

Yang marah sangat pasal isu pasir di Selangor kenapa? Adakah mereka yang marah tu pencuri-pencuri pasir haram yang dilepaskan oleh penguasa tempatan sebelum 8 Mac 2008 dan kini telah kehilangan punca pendapatan lumayan, atau bekas pemegang tampuk eksekutif yang berkongsi keserakahan dan kini telah kehilangan “sumber pendapatan tidak rasmi bulanan” yang hampir tiada had… ataupun rakyat-rakyat kecil yang terpaksa melalui jalan-jalan lopak dan lecak yang dtinggalkan oleh lori-lori mengangkut pasir – yang halal dan yang haram.

Apapun, tahniah kepada Dato Anuar (boss SEMESTA), orang yang sederhana tetapi tajam.  Anda boleh temui beliau di surau kecil dan pasar malam je.    Teruskan kerja Dato’, pegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Shahrul Peshawar

 

8 Comments

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Siapa Hina FELDA? Yang kata Felda Bangkrap atau yang Bangkrapkan FELDA?

Siapa hina siapa?

Orang yang kata FELDA dah bangkrap atau orang yang menghabiskan duit FELDA sampai bangkrap?

Sepatutnya segelintir peneroka FELDA yang lurus macam tiang letrik kena faham, yang dikatakan FELDA tu rugi bukan korang para peneroka yang buat hal, tetapi sang pengurusan yang tidak cekap dan pastinya ada ketirisan menyebabkan keuntungan FELDA tidak selaras dengan perkembangan semasa.  Orang lain boleh berlipat ganda untung, FELDA pulak kelihatan menguncup.  Yang patut korang buat, ialah mendesak pihak yang mengatakan FELDA tu bangkrap untuk tunjukkan bukti, masukkan dalam akhbar, buat debat… takut debat buat dialog…  Barulah korang boleh melihat dari sudut yang orang lain kata FELDA bangkrap tu…

Korang baca petikan blog Dato’ Husam nie… banyak yang korang akan faham, terutama pasal kemana hilangnya duit-duit FELDA, bisnes overseas FELDA dan selanjutnya di blog Cetusan Hati…

UMNO Putera keringkan wang Felda

Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagaian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh ‘diuruskan’. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta….

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan ‘masa depan’ di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.

RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.

Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!

Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan…..

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.

1 Comment

Filed under Bencana Manusia

isu kelayakan calon BN – belum menang, rakyat dah kena kelentong

Semua Baik Bosss……

Ramai orang marah dan cemas bila Zaid bercakap jujur tentang dirinya dan kisah lampaunya. Orang kata Zaid terlalu jujur dan lurus.

Tapi kalau benarlah laporan ini, kita juga tuntut calon BN – Kamalanathan untuk bertindak serupa.  Tambahan dia memang orang PR (bukan pakatan rakyat tapi public relations lah). http://wrlr.blogspot.com/2010/04/tidak-ada-ijazah-komunikasi.html

Kalau benarlah juga laporan nie, kesian… bukan setakat Najib dan Muhyiddin di kelentong, seluruh pengundi dan ahli UMNO kena temberang… hahahahahahahahah…. mamat yang hanya minum air suam nie boleh “jual” Muhyiddin cam tu je…. ahahahahahahahaha…. oklah tu dari dia gantung selipar lagi bahaya.

Tak kanlah dah boleh jual Najib, Muhyiddin – suci bersih  tak ada skandal? Mesti ada punya…

Shahrul Peshawar – jangan serang peribadi orang, bila orang serang balik kan terduduk…

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Shahrizat ingat semua orang tua gila duit…

Aku tak faham kenapa Shahrizat nak ucap takziah pada warga tua di Pulau Pinang, inilah bila dah tak hormat pada orang, orang hidup diucapkan takziah.

Shahrizat ingat semua orang dalam dunia nie umno agaknya, yang makan duit dengan lauk pauk.  Kami tak kelapaq lah.  Ingatan dan kasih sayang tu yang penting, bagi sebab ada muslihat mana ada berkat – dunia hina – akhirat merana.

Kerajaan PR Pulau Pinang baru usia berapa tahun?  Itupun dah boleh bagi RM100.  Tapi Shahrizat lupa, BN perintah Pulau Pinang berapa lama?  Apa yang orang tua dapat?  Yang hari-hari keluar dalam rancangan Bersama Mu tu sapa? Semua orang sokong pakatan rakyat ke? 

Inilah dia bila seorang Menteri menilai harga diri dan maruah manusia dengan ringgit.  Guan Eng bagi bukan sebab kat Pulau Pinang ada pilihanraya, nak beli undi atau nak ajak orang datang dengar ceramah seks dari BN, tapi Guan Eng bagi sebab dia prihatin, kerajaan PR prihatin.

Oklah kalau RM100 tu sikit… berapa BN boleh bagi?  Pakcik dan makcik tu bukan kesah berapa RM depa dapat, tapi yang mereka kesah ialah mereka dihormati, diingati dan dikasihi…

Apalah Shahrizat, murah sangatlah takziah you.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under 1

UMNO semakin tandus… tandus sumber manusia…

Umno semakin tandus… tandus tahap gaban (ikut bahasa orang muda sekarang)

Umno terima Fairus Khairuddin kembali… Fairus bukan keluar dari PKR dia sebenarnya kembali ke Umno… baguslah dia kembali sekurang-kurangnya dapat dia mempercepatkan proses pereputan Umno tu… Fairus bukannya garam yang akan menahan ikan dari busuk tetapi lalat yang akan mempercepatkan lagi proses pembusukannya.

Jahat betul bunyi tulisan aku nie, tak jahat sebenarnya sekadar nakal je… tak kanlah seorang pendekar tak tahan dengan sindiran?

Ada beberapa persoalan yang perlu kita teropong kanta kan….

1.  Kenapa Fairus kembali ke Umno sekarang?  Adakah betul sebab kalimah ALlah tu?  Kalau betul kenapa lambat sangat? Awat hang tak join demo pemuda dan perkasa hari tu?  Kan ke lebih gempaq kalau join time tu… atau hang pendekar tak berani turun demo? Jawapan tu tak cukup meyakinkan, intelligence hang tak bagi maklumat cukup meyakinkan.

2.  Orang Penanti dan Permatang Pauh mungkin dah kenal Fairus – yang cakapnya berdegar-degar, tak de yang panjang melainkan dia punya, tak de yang besar melainkan dia punya, tak de yang berat melainkan dia punya, takde yang dahsyat melainkan dia punya, tak de yang teruk melainkan dia punya, takde yang berharga melainkan dia yang punya… hahahahahahah TAPI… orang luar Penang tak kenal si Fairus – so DISINILAH peranan Fairus untuk mengelirukan orang MELAYU terutamanya di kawasan yang Umno yang kalah dalam pilihanraya lalu.  Banyak alasan boleh bagi, saya rapat dengan DSAI, saya orang no 2 dalam kerajaan Penang, saya tahu siapa Guan Eng, saya kenal orang itu saya kenal orang ini…  saya cukup pasti Fairus adalah perkakas (gadjet) baru Umno untuk menghadapi Anwar Ibrahim dan menjadi “frontline” berhadapan orang kampung dan orang Melayu. Kan umno nak jadi juara rakyat (juara Melayu sebenarnya)…

3.  Kenapa mesti Fairus keluar dari Gayong Pusaka?  Kenapa Fairus tinggalkan Mahaguru Dato’ Majid?  Bukankah semua Gayong bersaudara dan semua di alam persilatan adalah adik beradik?  Kenapa merendahkan diri kita kerana nafsu melulu?  Fairus telah khianat pada sumpah Gayong itu sendiri. Jelas selama ini Fairus menunggang Gayong Pusaka untuk dirinya sendiri, menggunakan khidmat pengawal peribadi dari kalangan adik-adik Gayong yang mempertaruhkan nyawa mereka demi dirinya sendiri, Fairus tak pernah pedulikan kebajikan budak-budak bodyguard nie, jenguk bagi air sejuk pun tak pernah kalau tunggu depan rumah dia.

4.  Lastly, kalau Fairus cadang nak buat roadshow, fikir-fikirlah sikit… nanti AMK dan orang lain “counter” roadshow tu semula … LONDEH hang nanti… malu, tak kesian kat anak bini? Hang memang tak kesianpun, hang hanya fikir diri hang sahaja.  Aku nak tengok camna Umno nak handle hang dengan “time management” dan “ego darah pendekar” hang tu…

Apapun bro, puzzle umno dekat nak complete dengan kembalinya hang ke situ…

shahrul peshawar – u know me..

3 Comments

Filed under Belasungkawa

Musim keluar PKR

Relekslah bros and sestra semua…

Ini Malaysia lah… negara musim-musiman…

Bila ada kes buang anak, penuh semua suratkhabar kes buang anak – depan masjid, dalam sungai, tepi stesen bas, depan balai Bomba.

Bila ada kes artis kahwin pulak – ada artis kahwin lari, ada artis kahwin tak restu, ada artis tak ngaku kahwin, ada artis tak sempat kahwin

Bila ada kes tikar sembahyang – kat Kedah tikar sembahyang, kat Selangor tikar sembahyang, kat Kelantan tikar sembahyang, kat Perak tikar sembahyang – pelik semua tikar sembahyang kat negeri Pakatan je.. hihihi

Bila ada kes bas ekspress kemalangan pulak – hari-hari ada kemalangan, kat jelapang lah, kat tol lah, kat highwaylah, kat puduraya lah… pokoknya bas ekspress..

Bila ada kes hilang – adalah enjin kapal terbang hilang, ada anak hilang, ada isteri hilang, ada hilang bapak… camgitu

Bila ada satu Malaysia – ada klinik satu Malaysia, ada hari satu Malaysia, ada kenduri satu Malaysia, ada baju satu Malaysia, ada lagu satu Malaysia hahahahhahaah

Bila ada musim takde air – kat Kulim takde air, kat Pendang tak ada air, kat Sik takde air, kat Alor Setaq paip tak keluar air, kat Guar Napai paip keluar angin, kat Bukit Selambau kes 60 tahun takde air pun timbul… semua kes kat Kedah kihikihikihi

so camgitulah dengan kes keluar PKR… mula-mula ahli biasa, pastu ada ketua bahagian, pastu ada pengerusi negeri pastu ada ADUN, pastu ada ahli Parlimen… cam gitulah di Malaysia – negara yang semakin caca marba semenjak Najib naik.

Inilah Malaysia…

shahrul peshawar, alor setar

Leave a comment

Filed under 1

Selamat Mengundi N31-Bagan Pinang. Tolak pemimpin rasuah!

DSCN4192

Leave a comment

Filed under 1, Bencana Manusia, Di Minda Saya

Memalukan Bangsa & Negara III

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Memalukan Bangsa & Negara II

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Se-rangkap pantun khas untuk N12 Penanti

sebatang jalan kampung di Padang Ibu

sebatang jalan kampung di Padang Ibu

Sangkut katalah sangkut

Boleh saya ikhtiar berenang

Takut katalah takut

Boleh saya istihar menang

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya