Monthly Archives: August 2010

Salam Kemerdekaan dari Peshawar

Assalamualaikum

Buat semua pengunjung blog yang dikasihi, kami, petugas Malaysian Relief Agency yang kini berada di lapangan bagi melaksanakan misi bantuan kepada mangsa banjir Pakistan di daerah Charsadda dan Nowshera, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Merdeka!

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

World Humanitarian Day – 19th August

http://ochaonline.un.org/whd/

Aku pun hampir terlupa…

Kepada semua Humanitarian di luar sana… selamat hari pekerja bantuan kemanusiaan…

Kat luar, Humanitarian nie kerja profesional tapi kat Malaysia, Humanitarian nie kira kerja suka dan rela je (sukarelawan).

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Humanitarian

Gambar Common Kitchen di Charsadda

“Common Kitche” atau “Dapur Medan” kelolaan MRA

Nasi yang siap dibungkus, sedia untuk diagihkan

penduduk berhampiran datang untuk mengambil nasi

penduduk yang tinggal jauh, MRA hantar menerusi kenderaan pacuan 4 roda

penduduk amat menghargai pemberian ini

inilah nasi yang diberikan kepada mangsa banjir dan inilah juga nasi yang kami nikmati untuk berbuka puasa

jemput berbuka…

sumbanglah kepada mangsa banjir ini melalui MRA, kami akan pastikan sumbangan anda sampai kepada mereka yang memerlukan.

akhir sekali… doakanlah agar mereka selamat di bulan yang mulia ini… anda adalah saudara mereka, dunia dan akhirat.

SHAHRUL PESHAWAR di Charsadda.. tengoklah dalam goggle kat mana tempat nie…

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Humanitarian, Kempen-kempen, sukarelawan

gambar hari ni

ini ialah gambar anak kecil sedang mendapatkan bekala  airri di sebuah lebuhraya berhampiran charsadda.  Kalau korang nak tahu, MRA buat projek pengagihan air cam ni lah, kalau nak sponsor dalam bulan posa nie… besau pahalanya… kontak pejabat MRA.

Shahrul Peshawar – ini aje hari ni

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya, Humanitarian, Inilah dunia

gambar di Charsadda

 

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya, Human Rights, Humanitarian, IDP, Kempen-kempen, Kenyataan Media

Lagi gambar di kawasan banjir

 

air masih bergenang, penuh dengan lumpur tebal

penduduk berpindah ke lebuhraya

khemah penduduk.. cuaca cukup terik

Dr. Azwan mengagihkan botol air minuman kepada penghuni khemah yang redha dan sabar dengan ketentuan ini.

cukup dulu gambar-gambar ni.. nanti saya update lagi bila elektrik ada.

Shahrul Peshawar in Peshawar.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam

Bantuan kepada Mangsa Banjir Pakistan Ogos 2010

Maaf, lama tak update.

On the ground, mana sempat nak update. 

Flight kali ini agak melelahkan.  Dari KUL ke BKK, kemudian dari BKK ke ISB pulak.  Dari BKK ni kena transit 5 jam dulu. Bebuka kat dalam flight je.

Sampai-sampai je, ubat-ubat yang dibawa kena tahan, atas alasan yang tidak konsisten.  Memang dah dijangka pun, cumanya yang leceh tu ialah kami nak bergerak dah, malas nak balik ke airport untuk selesaikan hal ubat nie.  Hujung minggu confirm cuti, tu yang leceh jadinya.   Apapun kami doa agar semua selesai, alhamdulillah, selesaipun. 

Untuk citer lanjut, korang baca aje kat blog Dr. Azwan yang ikut sekali dengan aku, dia nie rajin menulis…

http://drazwan.blogspot.com/

nak beli “spek”?

inilah sahur kami, telur goreng, roti naan dan krim susu…

pepatah Pashtu – “Tanpa sekuntum bunga, musim bunga tetap tiba”

anda sanggup?

mamat penjual buah

membersihkan anggur…

oklah, aku tak boleh lama, takut elektrik putus lagi.. apa

memang putus pun…

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, Di Minda Saya

Kempen Baju Raya GPM… layan…

Perlukah kita beli baju raya pada setiap kali Aidilfitri?
Pasti ramai yang menjawab PERLU!
Sepasang cukup?

SEKEJAP!

Pernah tak terfikir bagaimana jika kita tiada baju raya?
Dan bagaimana perasaan anda jika anda dihadiahkan sepasang baju raya?
Pasti GEMBIRA bukan?

JADI..

click to zoom

Tidakkah anda mahu melihat saudara kita pun GEMBIRA?
Mereka ingin sekali mendapat baju raya..
Tapi mereka tiada kemampuan membelinya.. apatah lagi untuk menempahnya.

Ayuh kita sumbangkan RM50 untuk saudara kita di KEMBOJA.
Mereka inginkan baju Melayu dan baju kurung untuk Aidilfitri nanti..

click to zoom

Kami sediakan program ‘Sepasang Seorang’ dengan menyiapkan keperluan lelaki dan wanita Kemboja di sini, dan kami bawakan pakaian siap itu kepada mereka.

Sila hubungi, SUHAIL (017-6144026/017-6665970) untuk urusan selanjutnya.
Terima kasih atas perhatian.
click to zoom

1 Comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Di Minda Saya, Kempen-kempen, Kenyataan Media

Kempen Kupon Ramadhan 1431 GPM – rm30 je

Assalamualaikum wrt wbt.

Yang berbahagia saudara dan saudari,

Salam Ramadhan Kareem.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Global Peace Mission (GPM) sekali lagi menganjurkan majlis iftar bagi golongan yang memerlukan di beberapa buah negara seperti:

  • Thailand
  • Myanmar
  • Afghanistan
  • Palestin
  • Laos
  • Sri Lanka
  • Filipina
  • Kemboja
  • Chechnya

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan saudara dan saudari bagi memastikan golongan yang kurang bernasib baik ini tetap dapat menikmati juadah berbuka puasa seperti umat Islam lain dalam menyempurnakan rukun Islam yang ketiga.


 KUPON RAMADHAN GPM
RM 30
Iftar satu keluarga

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun GPM sebelum atau selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431H (Sabtu):

Bank Islam: 14 0230 1002 9224
Maybank: 564 221 611 602

Slip bayaran boleh difaks/dipos kepada GPM atau diSMS ke nombor 010 – 400 2324. Sertakan nama, no telefon, alamat, tujuan sumbangan, jumlah sumbangan dan nombor rujukan bayaran untuk tujuan penghantaran resit.

Semoga Allah swt menerima amal kita. Ameen.
Terima kasih, wassalam.

“Bantulah fakir miskin berbuka di bulan yang mulia…”

“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan”

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A, Jalan GJ2 Batu 51/2 Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230   Fax: +60 3 6188 3233
Email: gpmhq@yahoo.com   Website: www.gpm.com.my

Leave a comment

Filed under Inilah dunia, Kempen-kempen

RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAKISTAN

RAYUAN BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PAKISTAN
06 Ogos 2010

Saudara/Saudari yang budiman,

Assalamualaikum

Banjir yang sedang melanda Pakistan adalah yang paling teruk sejak 100 tahun melibatkan kawasan yang begitu luas hampir keseluruhan utara Pakistan dengan lebih daripada 1500 orang terkorban, 30,000 buah rumah telah hanyut dan hampir 4 juta orang telah dipindahkan. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk disamping tidak berapa lama lagi musim sejuk akan tiba.

Walaupun banyak pihak sedang membantu, tetapi banyak kawasan yang masih belum mendapat bantuan. Keperluan yang amat diperlukan termasuk khemah, selimut, pakaian, peralatan dapur, makanan, kit kebersihan (hygiene kit) dan ubat.

Malaysian Relief Agency (MRA) merasa amat terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini dengan membekalkan keperluan tersebut atas kadar RM 300 seorang.

Kami bercadang untuk membantu pada peringkat permulaan ini seramai 1000 orang (bermakna jumlah bantuan adalah sebanyak RM 300,000) dan berkemungkinan akan menghantar pasukan kami untuk tujuan menyampaikan bantuan secepat mungkin.

Kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk menghulur bantuan kepada kami bagi membantu saudara-saudara kita di Pakistan. Nama Akaun kami : MALAYSIAN RELIEF AGENCY No. Akaun: 5640 9820 6365 (MAYBANK BERHAD) atau hantar sumbangan ke alamat diatas. Sekiranya sumbangan di masukkan ke dalam akaun kami, sila sms maklumat berkaitan kepada kami untuk tujuan pengeluaran resit.

Sekian. Selamat berpuasa dan semoga Allah membalas budi saudara dengan sebaik-baik balasan. Terima kasih.

Saudara mu se Islam,

Dato Dr Abdul Razak Kechik
Presiden

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Human Rights, Humanitarian, IDP, Kempen-kempen, Kenyataan Media, Refugee, sukarelawan