Monthly Archives: May 2011

Perkongsian Pengalaman Sukarelawan 2 – SRI AL HUDA

Saya dijemput oleh sahabat-sahabat dari SISMA yang sedang berkursus di Sri Al Huda, Gombak pada 29hb Mei yang lalu untuk berkongsi dengan mereka mengenai pengalaman saya didalam dunia sukarelawan. Saya rasa sangat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman ini bersama adik-adik dan golongan muda terutamanya para aktivis di lapangan dan penggerak masayarakat.

Antara yang saya kongsi bersama mereka ialah kisah perjalanan kami bertiga, saya, Sdr. Khairil dan mentor kami Haji Anuar Tahir, dari Peshawar, Pakistan ke Bam, Iran. Kami mencari jalan terbaik untuk menjimatkan kos dan antara keputusannya ialah untuk tidak ke Bam menaiki pesawat, kami masuk ikut jalan darat. Perjalanan kami melalui Queta, Balochistan, merentasi banjaran gunung bersempadan diantara Pakistan dan Afghanistan. Melalui ribut pasir dan gurun. Hingga kami tiba di sebuah bandar sempadan, antara Pakistan dan Iran – Mir Javah.

Saya ceritakan juga bagaimana kami melalui sebuah checkpoint selepas Nok Kundi, dimana kami semacam diserbu oleh sekumpulan lelaki berjambang dan berserban, siap bersenjata. Rupa-rupanya mereka hanyalah anggota polis yang ditugaskan untuk membuat sekatan jalan dan pemeriksaan pada mana-mana kenderaan yang lalu disitu. Mereka sangat kagum bertemu dengan orang Malaysia. Ini kali pertama orang Malaysia lalu disitu. Dalam buku catitan, kata polis tersebut belum lagi ada orang Malaysia lalu. "Foreigner" terakhir lalu disitu tiga bulan lepas, itupun orang Jepun katanya. Mereka cukup ramah, malah mengajak kami untuk minum dan bermalam disitu, tapi kami terpaksa tolak dengan baik.

Shahrul Peshawar, Seri Al Huda
gambar budak-budak nie ada ceritanya, kenalah ikuti siri pengalaman sukarelawan kalau nak tahu..

Leave a comment

Filed under Kempen-kempen, sukarelawan

Hormat dan sensitiflah sikit…

Malam semalam saya berkunjung kerumah adik ipar.
Saya jarang tengok TV kebelakangan ini…
Malam tadi saya tertengok sebuah rancangan realiti, yang mana pemenangnya bakal membawa balik hadiah lumayan siap ada kereta lagi.
Saya tak kisah lah bab tu, kalau bawak 1 juta pun lantaklah, nak bawa balik lori atau kepala keretapi pun tak jadi hal…
Cuma saya sedikit terkilan….
Dalam salah satu persembahan yang diadakan, latar belakangnya ialah suasana kejadian tanah runtuh di Madrasah At Taqwa, Hulu Langat.
Yang paling menghinakan sekali ialah pada akhir lagu tu, ketika latarbelakangnya solat jenazah… penonton yang terkinja-kinja menjerit-jerit…
Adalah akhlak sikit…. cuba fikirkan dan letakkan diri awak kat situ. Anak atau adik awak yang meninggal, pastu orang buat camtu camna?…
Pihak yang mengaturkan program realiti nie pun kenalah fikir sensitiviti benda-benda cam nie, profesional sikit.

Shahrul Peshawar, menonton dari Jalan Ampang semalam…

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia, Kenyataan Media

Sukarelawan diperlukan sepanjang cuti sekolah ini…

Sekretariat MRA memaklumkan bahawa mereka memerlukan beberapa orang sukarelawan untuk membantu didalam beberapa tugasan dan kempen yang bakal mereka anjurkan. Justeru, mengambil kesempatan dari cuti sekolah ini, mereka mempelawa kepada sesiapa yang ingin meluangkan masa untuk membantu MRA amatlah dialu-alukan.

Pejabat MRA terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 03 2697 2007

Sekian.

4 Comments

Filed under Refugee, sukarelawan

Emergency e-learning from JPAM

http://www.civildefence.gov.my/e-learning%20web/elearning.html

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Bencana Manusia, Di Minda Saya, sukarelawan

Edisi 6 E-Majallah Malaysian Relief Agency (MRA)

1 Comment

Filed under Humanitarian, Kenyataan Media, sukarelawan

TNB mengkhianati rakyat?

Silap Mata Kroni-Kroni UMNO Melalui Bil Eletrik TNB

Dilulus untuk paparan oleh Juragan
TKO
Oleh: BayangDiAir

“Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.

Tujuannya dapat dijangkakan. Bukahkah Pos Malaysia telah melakukan pelbagai urusan sampingan seperti pembaharuan lessen memandu, pembayaran bil domestic, daftar pengundi dan sebagainya. Apa tujuannya? Pos Malaysia mungkin gulung tikar jika tidak diberi oksigen. Jadi Pos Malaysia kena kaut lagi melalui mou dengan TNB. Siapakah menjadi mangsa sebenar? Apakah TNB mahu rugi kerana dipaksa menyumbat oksigen kepada Pos Malaysia? Jawapannya pasti, TIDAK. Cara kapitalis berniaga pasti mengenakan pelanggannya. Macam mana TNB mahu ‘cover’ caj RM3.00 yang dikenakan oleh Pos Malaysia? Berikut ceritanya.

Semasa bil secara pos, anggaran penggunaan tenaga direndahkan. Contohnya, pengguna yang biasa menggunakan secara purata 1 500 KW dalam tempoh dua bulan, maka anggaran bil yang dilakukan secara pos direndahkan kepada 400 KW sahaja untuk bulan berkenaan. Maka pada bil kedua di mana pembaca meter datang ke premis, bacaan penggunaan dikira untuk tempoh dua bulan sekali gus, menjadikan jumlahnya 1 500 KW. Di sinilah pengguna diperkenakan. Benar, jumlah bayaran ditolak dengan bayaran bulan terdahulu untuk 400KW itu, tetapi nampakkah bil tuan-puan dicaj tariff sehingga peringkat keempat yang mahal itu? Di sinilah TNB ambil keuntungan secara tipu. Mengapa? Perhatikan pengiraan di bawah apabila sistem pos dilaksanakan, pengguna terpaksa membayar seperti berikut:-

1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00

200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60

200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40

100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70

Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.

Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-

750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan.

Kiralah sendiri kalau 100 000 pengguna menjadi pelanggan wajib TNB.

Natijahnya, KPDNKK dan persatuan pengguna perlu bertindak segera. TNB dan Pos Malaysia perlu memberi penjelasan sekiranya maklumat dan pengiraan ini tidak tepat. Penulis mendapat maklumat ini setelah pegawai TNB sudah tidak tanah terima caci maki para pelanggan kerana bil berganda. Lalu beliau terlepas cakap dengan katanya, “ini agenda politik”. Rakyat tanyalah diri sendiri, ” ini agenda politik siapa?”. Mahukah lagi rakyat mengekalkan parti yang memainkan agenda jahat ini?

Maklumat lanjut di: http://dakwahkemama n.blogspot. com

Ulasan Shahrul Peshawar

Aku rasa seseorang kena bawa kes nie ke peringkat lebih atas lagi… kita kena buat report POLIS perihal pencurian sebegini.  Kita buat laporan besar-besaran ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

Dan dalam masa yang sama, TNB kenalah nafikan perkara ini… dan nyatakan berapa ramai staf yang telah diberhentikan (pembaca meter) diseluruh negara.  Seseorang kena buat kenyataanlah…

baca artikel aku tahun lepas:  https://shahrulpeshawar.wordpress.com/2010/07/04/tnb-motto-should-be-pulling-the-nations-progress/

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Manusia

MRA turut menjengah di Hulu Langat

Shahril (Jururawat Hospital Pakar Al Islam, Kg. Bharu) sedang meringankan bebanan kesakitan seorang mangsa yang tersepit

Hulu Langat, Selangor, 21 Mei 2011 –

7 orang ahli tim bantuan kemanusiaan gabungan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM), Malaysian Relief Agency (MRA), Briged Bakti Malaysia (BBM) dan Hospital Pakar Al-Islam yang diketuai oleh Shirajuddin Sirat, Setiausaha Eksekutif MRA telah tiba di lokasi yang ditimpa musibah tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat pada jam 6.05 petang.

Sebenarnya ahli-ahli misi terpaksa berjalan kaki hampir 2 km dalam hujan lebat untuk tiba di lokasi rumah anak yatim tersebut kerana jalan masuk yang sesak. Jururawat Muhamad Shahril daripada Hospital Al-Islam telah membantu kanak-kanak lelaki yang selamat, terkepit kakinya dan alhamdulillah berjaya dikeluarkan sekitar jam 10.00 malam. Tugas utama beliau adalah untuk menstabilkan pesakit dengan menyemak tekanan darahnya dari semasa ke semasa, bekalan oksigen yang mencukupi dan memastikan pesakit tidak tertidur. Kanak-kanak ini tersepit di antara mayat rakan-rakannya, kerusi dan tanah serta batu runtuhan dengan dinding bangunan.

Pada masa yang sama, ahli tim yang lain terlibat bersama lain-lain NGOs mengaturkan makanan dibawa masuk daripada luar kawasan bagi petugas-petugas penyelamat dengan menaiki 2 buah motorsikal. Khidmat ini diketuai oleh Faizul Abdul Razak, warga tempatan yang memberikan khidmatnya sejak berlakunya tanah runtuh tersebut. Beliau berada tidak jauh daripada lokasi ketika itu.

ULASAN Shahrul Peshawar

Kami (MRA) tak nak claim apa-apa daripada sapa-sapa, cuma kami turut hadir membantu apa yang terdaya.  Tahniah pada semua yang terlibat di peringkat Negeri dan Pusat, DUN dan sebagainya.  Semua pihak harus muhasabah atas apa yang berlaku, jangan tunding menunding, jangan tuduh menuduh, tak usah perkecilkan usaha orang lain.  Buatlah kerja yang berfaedah.  Kepada semua petugas baik yang fulltime atau volunteer – ANDA SEMUA HEBAT – WOW!

Kepada keluarga dan pihak pengurusan – tabah dan tenang hadapi semua mehnah ini.  Jangan dirisaukan, anak-anak itu semua pasti sedang bergembira di alam yang satu lagi.

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam, sukarelawan

kurangkan pengambilan GULA

Hahahahahahahahahhahahahahahahahahahhahahahahaaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah

RAKYAT KENA TIPU LAGI

Kita akan diingatkan untuk kurangkan minum gula

Banyak gula akan kena kencing manis

Banyak gula akan kena diabetes

Minum banyak air mineral jangan minum teh tarik

Minta kurangkan gula dalam teh tarik

Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

Budak-budak ambil banyak gula akan jadi hiper

Banyak gula boleh rosakkan gigi

Banyak gula boleh sebabkan kencing manis

Banyak gula boleh sebabkan banyak semut mati

Ganti gula dengan madu

Ganti gula dengan stevia

Ganti teh tarik dengan teh o kurang manis

Gantikan kerajaan sekarang dengan kerajaan baru….

Hahahahahahahahahahah… semua rakyat didahulukan……

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Your chance to sail with Mavi Marmara..

I met with some friends from Turkey recently, and I was informed that Mavi Marmara will set sail again.  Mavi Marmara will be sailing under the new flotilla freedom II campaign soon.

Those who are interested to join the flotilla are welcome to fill in the participation form.   Who knows you’ll be chosen as one of its passenger.  I’ve already filled my form. http://www.ihh.org.tr/filo-katilim-formu/en/

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Gaza, Human Rights, Humanitarian, Kempen-kempen, Palestine, sukarelawan

LAPANGAN 5 (E-Majallah Malaysian Relief Agency)

http://www.scribd.com/doc/54857514/05-LaPANGAN

2 Comments

Filed under Kenyataan Media