Daily Archives: June 16, 2009

Belasah Anwar kerana Chin Peng

100_4106

Hari ini ramai betul orang yang nak jadi hero.  Ada yang cadangkan Anwar di ISA kan.  Ada yang kata Anwar tak patriotik dengan alasan basi yang sama – menghiris hati anggota keselamatan.  Ada yang kata Anwar buta sejarah.  Ada yang kata Anwar hanya pentingkan politiknya sahaja… dan bermacam-macam lagi alasan tidak berasas dan berhingus dari pelbagai pihak, malah ada yang gelar depannya “Dr” pun bengong tak boleh pikir.

Anwar adalah antara jutaan rakyat yang tidak melihat dimana rasionalnya melarang Chin Peng balik ke Malaysia kerana dia seorang berfahaman komunis yang terlibat dalam perang yang dipaksakan kepadanya pada saat itu dengan berseronok memandu kereta buatan Jepun, sedangkan Jepunlah antara negara yang menyebabkan keseluruhan Tanah Melayu ketika itu duka nestapa!  Kenapa kita tidak tutup sahaja Kedutaan Jepun?

Yang melucukan ada pihak yang mendakwa ada membuat kajiselidik dikalangan rakyat Malaysia dalam bab Chin Peng, dan kononnya 80 peratus rakyat menolak Chin Peng.    Satu hoon pun aku tak percaya dengan soal selidik ni.  Rakyat bukan buta sejarah tapi rakyat bosan sejarah yang dinafikan.  Sejarah yang ditulis ala-ala penjajah – “menafikan fakta dan kebenaran”.  Sejarah jenis inilah yang sehingga kini menggambarkan orang Melayu Bugis sebagai Lanun.  Dato’ Maharaja Lela, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain sebagai penderhaka.

Chin Peng harus dibenarkan balik dan sejarah kemerdekaan negara harus dimasukkan juga pengorbanan mereka yang memilih untuk berada di sayap kiri.   Sayap kanan sahaja tidak mampu untuk membawa sang burung terbang di langit bebas.  Tetap sayap kiri diperlukan.

Kesian Anwar.

Shahrul Peshawar

7 Comments

Filed under Di Minda Saya